Followers

Friday, March 30, 2012

Review LOve yOu Mr. ArrOgant...

Hai2.. Jumpa lagi di review yang kedua pada hari ni... haha... *tapi masa buat en3 ni dah masuk tarikh 30hb la.. hihi... *

Okey, baru tadi aku habiskan nOvel LOve yOu mr. ArrOgant (LYMA) sehari ja aku baca yg ni... sebab nipis!! heee~ plus aku pOn mOOd agak bagus untuk membaca hari ni.. Sebab tu dia laju sikit...

Serba sedikit tentang kisah LYMA....

NOvel ni mengisahkan tentang Zafriel Irham dengan Zaara Amirah... Kisah dia aku klasifikasikan sebagai kahwin paksa la.. dah sebab memang Irham tu yang paksa Zaara tu kahwin dengan dia... huhu...

Kisah diOrang bermula lepas kereta si Irham tu langgar kereta Zaara sebab masa tu Zaara break mengejut sebab nak elak dari langgar seekOr anjing ni... Dah kena langgar, si Irham ni mintak la ganti rugi ka Zaara RM5000... Tapi Zaara mana nak ada duit sebanyak tu jadi Irham bagi masa seminggu untuk Zaara langsaikan semua bayaran tu... Sebagai cagaran Zaara memberi hp kesayangannya kepada Irham...

Dipendekkan cerita Zaara masih tak mampu nak bayar duit tu jadi Irham sengaja menghantar msg kepada ibu Zaara mengatakan Zaara mengandungkan anaknya. Zaara yang marah dengan tindakan Irham itu pantas mencari Irham di tempat Irham bekerja, Irham Holdings. Tanpa disengajakan semasa tergesa-gesa ingin keluar dari pejabat Irham, Zaara telah terlanggar ayah Irham di hadapan lif. Ayah Irham yang sudah berkenan dengan Zaara pantas menyuruh anaknya berkahwin dengan Zaara ataupun Sherry... Jika Irham tidak berkahwin, Irham Holding akan jatuh ke tangan sepupu Irham, Hardy...

Irham lebih rela memilih berkahwin dengan Zaara daripada Sheery.... Pelbagai perkara yang berlaku dalam usaha untuk mereka bertemu bahagia apatah lagi dengan perangai Irham yang sangat ARROGANT!! hati kering gila... huhu... Tambah2 dengan mak Irham yang tidak pernah mengiktiraf Zaara sebagai menantunya. Nak tau apa yang mak Irham buat untuk pisahkan Zaara dengan Irham.... Macam mana Irham yang arrogant nak mampus tu boleh sayang kat zaara... macam mana zaara boleh sayang kat irham... Korang bOleh beli eh nOvel LYMA ni kat kedai buku berhampiran... Cerita dia santai ja... tak berat.. kOnflik pun yang ringan2 ja... tak dak la menyakitkan hati sangat... :D

Sebab-sebab saya suka nOvel LYMA...

* Walaupun ada orang cakap novel ni macam bicara hati tapi aku tetap suka nOvel ni... :D Persamaan antara nOvel ni dengan Bicara hati hanya pada part yang diOrang eksident then kena kahwin sebab tak mampu nak bayar... Okey that all... TAPI.....Yang lain dah tak sama... Akak Aliesha Kirana ada cara dia sendiri dan idea dia sendiri untuk kembangkan cerita LYMA ni... and... Tengku Shahran mana ada beku, ego, arrogant macam irham ni... hati Irham lagi kerassss... beku macam iceberg!!! hahaha...

* Sebab saya suka IRHAM!!! hahaha... Walaupun Irham arrOgant nak mampus, hati beku, hati kering, suka buat macam tak dak perasaan.... TAPI.............. Irham sangat caring dengan Zaara okey walaupun dia macam tak tunjuk sangat dekat Zaara tu...

* Sebab suka ZAARA... *erkk... semua aku suka eh... =.=* Pada pandangan aku mmg Zaara tu sangat cOmel dengan perangai dia dengan Irham... Tambah2 bila dia merajuk dengan Irham... Tapi Irham selalu tak layan dia... ngOk ngek tau Irham tu... haha... Yang paling aku suka la pasai Zaara ni... Dia mmg tabah gila walaupun dia asyik nangis!! NOrmal la tu... POmpuan hati lembut meyh.. kiki... Dia rela kena marah, hina, maki dengan mak mertua dia... Tapi lansung tak pernah mengadu kat Irham... Pastu bOleh pulak dengan rela kasi Irham kawin dengan Sherry... *Opssss.... * Kalau aku la, walaupun mak mertua aku punya permintaan, belum tentu aku kasi Oii... T_T

* Banyak pengajaran yang aku dapat dalam nOvel ni... Tentang sifat kekeluargaan..... amalan agama kita berbanding harta duniawi.... sifat sabar.... penyanyang.... melindungi orang yang kita sayang.... ^_^

Okey that all... macam terlebih panjang ja ni?? haha.. Sorry kak AK... Saya main belasah tulis apa yang saya rasa ja ni.... BTW... Saya sangat3 setuju kalau akak AK buat LYMA 2.... Buat part sweet banyak2 sikit tau... haha... Saya rasa ending dia cam tak puas baca ja... Kalau akak AK buat panjang sikit mayb Okey kOt.... hehe... Tapi ini hanya pandangan peribadi saya.... ^_^ Tapi kan kak AK... saya tertanya-tanya dengan kakak Irham tu... Apa jadi kat dia? Dia dah dapat terima ka Zaara tu? Masa mak dia sakit pOn kenapa dia tak dak? *ampun banyak sOal!* hehehe...

Herrrmmm... Oh.. Tahniah kak AK atas kelahiran nOvel sulung akak ni... Teruskan berkarya... Teruskan beruasaha.... KALAU ADA orang yang hentam akak teruk2 anggap tu sebagai cabaran untuk akak menghasilkan karya yang lebih baik lepas ni... Jangan putus asa... Akak memang ada bakat dalam bidang penulisan ni... :) Menanti karya kedua akak pulak publish!! heeee~ Good luck!!

Thursday, March 29, 2012

Review nOvel SSID

Setelah berminggu2 nOvel Sebenarnya, saya isteri dia (SSID) tu masuk list pending aku... Finally habis jugak baca dalam masa 5 hari... *lambat sebab mood membaca sekarang tgh kurang.. selalu sehari ja habis.. haha.. ayat cOver.. =.= *

hOraite aku dah habis baca tadi pagi! then tetiba aku rasa nak buat review pasai novel tu... hihi... *saja nak try buat review... selalu aku baca ja tak pernah pon bagi pendapat aku sebagai pembaca...*

blOg aku pOn macam tak dak benda nak update.. adehhh... sadis gila... *baik tak payah buat blog cenggini...*

Okey.. SSID ni jalan cerita dia mengisarkan tentang Firash Arshad yang kena paksa dengan mak dia untuk kahwin dengan Syafa Aqira lepas si Firash ni tak sengaja tertidur dgn Syaf ni masa p majlis harijadi kawan diOrang Raimy and Raina... Firash ni tak sedar pun yang dia buat benda tak elok masa tu sebab dia dalam keadaan yang separuh sedar.. Si Syaf tu pulak dah pengsan...

Syaf tu actually couple dengan abg si Firash tu Farish... Tapi sebab case yang Firash tidur dengan Syaf tu diorang pon break... walaupun si Farish tu still lagi sayang kat Syaf...

Syaf dengan Firash ni pun kahwin la walaupun si Firash ni tak setuju sangat ya la kahwin masa umur 21 tahun tengah study lagi masa tu... nak support anak org pon belum tentu lepas... Oh lupa pulak... Si Firash ni tua 4 tahun dari Syaf...

Hubungan diorang mmg tak mesra lansung la... biasa2 ja... sampai la si Firash ni kena praktikal dekat tempat yg sama dengan si Syaf ni kerja... Kerteh... kalau tak salah... dah kerja dekat tempat sama... diOrang pun tinggal la serumah... orang semua tak tau pun diorang dah kahwin melainkan mak dengan nenek Firash... Then bila diorang dah baik2 hidup pun dah bahagia la... ada pulak orang nak hancurkan rumah tangga dioarang... ada la something happen yang membuatkan Syaf macam tak percaya kat Firash then hubungan depa jadi dingin balik...

Then Office diOrang ada buat xtvt apa ntah *lupa.. hehehe...* ada la berlaku satu insiden yang membuatkan si Firash ni jeles.... Bila dia dah jeles, dia buat sOmething kat Syaf... Syaf sedih then tinggal dia... sObs2... untuk sambungannya bOleh beli nOvel ni kat kedai buku... Takkan aku nak cerita semua kOt... Ni pOn belambak aku tak cerita... NOvel itu tebal Okes.. harap maklum...

Pada pendapat aku jalan cerita dia mmg tak bOsan... Best... Ermm.. Fisah sangat sweet hOkayyy.. Jeles aku... haha... Cerita dia pun tak la berat sangat... Simple ja... *pada aku la..* tak dak la nak bermain dgn emOsi teruk2.. rilek jer.. santai.. walaupun kadang2 ada la jugak sakit hati plus kesian dekat Firash n Syaf tu... SO overall aku kasik 5* dari 5*... Erkk??? hahha... senang cita dapat full marks la... :P

That all... daaa~ segala kekurangan harap dimaafkan... First time buat riview ni.. mana reti... Seumur hidup sepanjang 18 tahun aku hidup and 6/7 tahun jadi pembaca novel ni la review pertama aku.. hehe...

Thursday, March 22, 2012

nOvel baru lagi???

Hyep2 semua....
Kemarin aku dah amek dah result SPM aku... mmg tak cemerlang la aku cakap... agak frust la jugak dengan result aku tu.. Tapi apa boleh buat.. Redha ja la.. Buat yang lebih baik di masa akan datang.. Jangan main2 dah hOkey cik Atikah? Sila fokus lepas ni yer... Walaupun frust sikit aku tetap bersyukur dgn result yg aku dapat tu sebab tak gagal... memang sangat bersyukur.. serius... tak tipu.. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah SWT bagi untuk keputusan SPM aku... Yang ni ja la yg boleh aku cakap ttg result aku... ^_^

Okey, tadi pagi abg posmen dah hantar dua novel yg dinanti olehku... novel pertama dan kedua yang dibeli untuk bulan 3 ni... Ada lagi satu nOvel tapi entah la apa jadi sebab baru bank-in semalam.. lorhhh... kikiki... lambat lagi kot yang tu... tak pa2 sabar2 nanti dapat jugak tu.. cool dulu.. hehe.. hOrait... dua nOvel yang dimaksudkan adalah..... SSID dan IBL!!! yippii!!



Nampak tak dekat bahagian nama syarikat tu tulis nama Azura Binti Abdullah?? Kenai tak? hihi.. itulah penulis novel SSID... atau nama penanya Zura Asyfar... kali ni aku order direct dgn penulis... bukan karyaseni... hehehe.. saja gediks nak order dgn penulis.. btw, thanks kepada seseorang yg sudi tolong orderkan novel ni untuk saya... jasamu di kenang kak.. :D


 Ni la cover novel SSiD atau tajuk penuhnya Sebenarnya, Saya Isteri Dia.... Sangat cun cOver dia.. I lOike.. nOvel ni di bawah terbitan Karyaseni... Sekarang dah ada pon kat kedai2 buku macam pOpular n MPH tu.. bOleh la kalau korang nak p terjah beli... Ahah... yang kat depan novel tu adalah penanda buku yg penulis tu buat sendiri... Sapa yang order dgn penulis dia mmg akan dapat penanda buku tu.. Serius aku suka penanda buku tu... tulip! *tetiba aku rasa aku suka tulip.. habislah pakwe aku nanti.. wakakaka..* pic tu pulak adalah heliza dgn hairul azrin yag penulis bayangkan sebagai herO n herOin dalam nOvel ni... =)


Ahah! ni tanda tangan penulis untuk aku! kikiki... thanks sebab sign untuk saya... ^_^ kalau nak baca dia tulis apa, sila klik pada gambar untuk tujuan pembesaran... kalau nak sinopsis bOleh google sendiri kot? hihi.. nak baca sinopsis boleh klik link kat bawah ni okey? kat belah bawah ada sinOpsis....

                                                   sinOpsis nOvel SSID



Ni pulak dari kak Damya Hanna!! Order direct dengan dia jugak!! Salah seorang penulis favOurite aku.. Semua nOvel dia aku baca... Tapi yang paling aku suka Saat Cinta Bersemi... kikiki... Sangat2 kena dengan jiwa aku nOvel tu... =)


cOver nOvel IBL atau tajuk penuhnya.. Ingin Berkasih Lagi!! Aku suka yang macam kipas tu... nampak cOlOurfull and ceria ja... ^_^


And this.. sign kak Damya... ^_^ nak sinOpsis jugak ka? Yer la aku bg sebab aku sayang kOrang semua.. apakah? haha... bOleh p kat blOg penulis untuk tengOk sinOpsis... penulis ada letak sinOpsis pada en3 bertarikh 6 March 2012 di blOg beliau... Selamat membaca! Oh ya... nOvel ni pun dah berada di bookstore yg berhampiran dgn anda... =)


Okey, ni saja untuk hari ni.. nanti tunggu nOvel baru yang lain pulak sampai... hahaha.... *ada nawaitu lagi ni nak beli novel baru.. adehhh.. habisla duit aku..*

Okey, nanti bila aku dah baca dan kalau rajin.. ditekankan perkataan KALAU tu... aku akan buat riview ttg dua nOvel ni... Ermm.. kalau rajin la sebab aku tak pernah nak buat riview2 semua ni.. sO kekOk sikit.. kalau rajin aku try Okey?
Samapi sini saya... bai2...

ps : satg malam nak cari u n couse yang layak dgn kelulusan aku pulak... penink!





Monday, March 19, 2012

Hari yang dinanti hampir tiba....

Salam semua!!! *___*
Hidup aku tengah tak berapa nak tenang sekarang.... 2 days more to go...
Seram gilOs!! Bg yang tak tahu 2 hari lagi tu ada apa... mai sini nak bg tau... 2 hari lagi hari yang agak bersejarah akan berlaku dalam hidup aku... Penentu masa depan aku!! fOr sure, aku bukan nak kahwin... Tak cukup umur lagi... *erk.. 18 tahun bukan dah boleh kahwin ka? okey abaikan!*
Result SPM bagi calon2 SPM 2011 dah nak kuaq!! Agak seram mendengarnya... hermm... tak tau la apa nak jadi.. abg2 aku dah duk gempaq aku nuh.. kurang asam sunggOh! nak bg aku lagi getaq la tuh.. bukan nak bg tenang aku.. haiyakk!! buat masa sekarang aku boleh berdoa dan tawakal ja la.. apa aku nak dapat 21hb ni aku kena redha... *kak aku punya nasihat* tapi betul la.. benda dah jadi, kena la terima.. meraung keluar air mata darah sekali pun tak boleh ubah apa2... menyesal kemudian dah tak guna... *perumpaan ni sgt sesuai dgn aku!! yeahhh!* masa orang kalut bagi nasihat tak mau dengar... masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. sibuk nak main2.. so padan muka kau!!! sepanjang aku tgh tunggu result ni ada la dapat 2 kali mimpi yg tak berapa nak menyeronokkan... sangat seram dan haruslah ada kaitan dgn result aku... aku harap2 mimpi tu tak kan jadi kenyataan sebaliknya hanya mainan tidur aku... haaahhhhhh!! sampai sini ja.. korang doakan kejayaan aku dengan calon2 SPM 2011 yang lain eh? semoga aku tenang masa nak ambik result tu... kuatkan hati Atikah!! Terima semua dengan redha! Wish me luck! thanks u all.. Sayang kOrang semua... One more thing.. aku harap aku dapat masuk U!! tak pun matrik!! sangat2 berharap... ya allah tolong la makbulkan doaku ini... Amin....

Saturday, March 10, 2012

Hadirnya Cinta...

Niat di hati tak nak buat entry sebab mOod swing... =.= Tapi bila tengOk balik entry aku tahun ni mmg kureng, aku update la jugak... But fOr sure entry yang ringkas! Hari tu aku selOngkar habis member fb kat page Geng Giler Novel yang ada jual nOvel lama2.. Sebelum ni ada dah jumpa sOrang kakak tu jual nOvel lama2 tapi pergilah sepi dengan nOvel hadirnya cinta tak dak.. SO aku cari Orang lain... Jumpa pulak kakak sOrang lagi ni.. Dia ada nOvel hadirnya cinta ja.. Pergilah sepi tak dak.. Hadirnya Cinta pOn bOlehlah.. Aku rembat la apa lagi... Dengan keadaan aku yang masa tu sakit tekak Of cOz tu tanda2 nak demam... Dengan kurang sihat tu usaha tangga kejayaan ajak member aku teman p bank... Erkkk... Ada la jugak member aku tu cakap 'Ang tak sihat2 pOn nak keluar jugak nOh... nOvel punya pasai...' masa tu aku mampu senyum ja.. Tak bOleh nak balas apa2 dah sebab mmg aku dah rasa semacam... EsOknya mmg aku demam + selsema + batuk... wakakaka... Padan muka! Ni pOn ada lagi selsema + batuk... Tak baik betOi pOn lagi...
tadi tengah hari, anak sedara aku menjerit nama aku... Dia cakap 'acu, nOvel acu dah sampai.' Aku macam...  Erkk... mana budak ni tau benda alah ni nOvel? Apesal dia tak cakap buku ja? Ceittt... nampak sangat kalau pOsmen cari aku mmg hantar nOvel sampai budak kecik uh pOn dah tau... wakakaka... SO kesimpulannya, hari ni aku dah dapat nOvel hadirnya Cinta tu.. kOrang tau ka sapa penulisnya? Penulisnya adalah Pitteriah Abdullah... :) And untuk pengetahuan kOrang jugak, novel yang aku dapat tu adalah cetakan pertama.. hehehe... Dasyat jugak ar.. Cetakan pertama pada tahun 2003... masa tu aku darjah 3... Mana reti belek nOvel g masa tu... baca pOn aku tak sure dah pandai belOm time tu... heeeee~
tapi aku tak baca lagi la... Kita masOk list pending dulu eh... hehehe... Malas dOwh... tak pa yang penting aku dah beli nOvel tu... Bila rajin nnt aku baca la... :D


Ni la cOver nOvel tu.. Aku malas nak snap gambar hari ni jadi aku cari kat google ja la... kih3.. sama ja gambO nOvelnya... Aku nak cerita pOn aku tak tau sebab aku tak baca lagi... Jadi kat bawah nanti aku bubuh sInOpsis belakang buku ja la eh... :)
kalau kOrang yang dah baca mesti dah tau kan? heee~




Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy. 

Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dgn Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak boleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran.

Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikitpun tidak ambil kisah tentang perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia pada tunangnya dan tidak mungkin akan berpaling tadah. 

Sebaik sahaja dibebaskan, yasmin Nadilla pun pulang ke kampung. Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapat tahu adiknya, Hasliza sudah berkahwin dgn Amran. Hancur hatinya. Dia tidak sangka adiknya sanggup merampas bekas kekasihnya. 

Sejak kepulangan Yasmin Nadilla, hati Hasliza tidak pernah tenteram. Dia berasa sangsi terhadap kakaknya. Dia takut kakaknya akan merampas kembali hati Amran. Pelbagai konflik berlaku hinggakan Yasmin Nadilla membawa diri ke Terengganu.

Di Terenganu, Yasmin Nadilla telah bertemu kembali dengan Daniel Ezairy. Dapatkah Yasmin Nadilla menerima cinta Daniel Ezairy?



Ada bnyak lagi karya2 Pitteriah Abdullah.. Kat bawah ni nanti aku sertakan gambar2 nOvel hasil nurkilan Pitteriah Abdullah yang aku tau Okey? 






Okey, that all... Selain daripada ni aku tak tau ada tak lagi karya2 dia... Air mata Rindu tu karya terbaru dia.. And... Aku tak beli lagi... huhuhu.. tapi kalau mengikut kata penulis dia, watak utama lelaki AMR ni ada kaitan dengan watak utama lelaki HC... kalau tak salah aku, cOusin dia... Salah I'm sorry, sebab aku pOn tak baca lagi... heee~
Menipi Mimpi tu pOn kalau tak salah aku dah tak cetak.. SO kalau nak kena cari yang secOnd la.. ;) 
That all untuk hari ni... nanti kalau ada masa, ada tOpik aku update lain... *walaupOn tOpik aku banyak terjerumus ke arah nOvel kikiki.. * Salam sayang... <3

Friday, March 2, 2012

Musim drama/filem adaptasi nOvel pulak...

Hermmm... nampak gayanya sekarang semua pengarah and produser filem tengah berebut-rebut nak ambik nOvel jadi drama/filem... Yang dah tayang Nora Elena, Gemersik Kalbu, Ombak Rindu, lagenda Budak Setan, Stanza Cinta, Bicara Hati and macam2 lagi la.. yang aku ingat 6 ni ja... Then lepas ni ada Kasih Antara Kita (Cinta Buat Emelda), Adam dan Hawa then sekarang Sehangat Asmara pulak dah... Kasih antara kita tu mesti ampa tau kan? kalau tak tau boleh rujuk entri sini Cinta Buat Emelda.... Adam dan Hawa aku tak pernah buat entri sebab malas... haha... Adam dan Hawa seperti biasa... AarOn Aziz sebagai Adam Mukhlis... Erkk.. Okey fine aku tau ramai yang teruja bila tau aarOn aziz jadi abg pilOt.. tapi aku ntah apa masalah, tak rasa apa-apa pOn masa diOrang gtau aarOn jadi Adam... Aku macam "Oh.. Okey.." Tak pasti kenapa pada masa tu aku macam tak dak perasaan.. Jiwa kering siOt... Bukannya aku tak minat Aaron tu... minat ja... Hish tak paham betOi dgn perasaan sendiri... Okey, Ain Hawani akan dilakOnkan Oleh Nadiya Nissa... Sapa Nadiya Nissa nih? Ala yang menang award pelakOn pembantu terbaik untuk filem cun tuh... Tak tau jugak? japg aku tempek muka dia... Sabar2... Ramai yang tak berpuas hati sebenarnya bila Nadiya Nissa ni jadi Ain hawani.. diOrang lagi prefer Rita Rudaini.. Aku pon sebenarnya lagi prefer Rita Rudaini.. Tapi tak salah kOt bagi peluang dekat Nadiya ni untuk buktikan bakat dia dalam lakonan.. mana tau dia boleh bawak dengan baik sekali... harap2 macam tu la.. erm... Drama ni diOrang baru shOoting.. SO ntah la bila masanya nak main kat astrOnyer.... Adam dan Hawa untuk astrO ya... sapa tak dak astrO p la rumah sapa2 tengOk.. Yang pasti.. aku mesti tak bOleh fOllOw nanti... Entah masa tu aku dah masuk u mana dah.. huhu... (dOakan aku berjaya masOk u Okey? sayang kOrang semua...) And... part yang aku tak berapa berkenan drama Adam dan hawa ni adalah... 80 episOd! ya llah aku ni dah la jenis malas ya ampun nak ikut cerita panjang2 ni... sabar ja la... Nak buat macam cerita indOn kOt.. Redha ja la.. Aku drama2 indOn pOn aku tak tengOk sebab berjela2 panjangnya... meleret2.. nyampah aku... banyak g kerja aku boleh buat daripada nak melayan cerita panjang-panjang macam tu... Tapi kalau memang drama ni best macam nOvel dia... insya'allah aku fOllOw.. kalau bOsan harap maaf... aaron tak aaron... aku tinggal ja nanti.. paling kurang aku tgk episod last ja nanti.. hehe...

SO here it is...............


Abang pilOt kOrang... Adam Mukhlis.... :)


Ni la nadiya Nissa... :) Ain Hawani kepada abg pilOt di atas... haha.. dalam drama ja eh..


COver nOvel Adam dan Hawa hasil nurkilan Aisya SOfea... terbitan Alaf 21.. Cerita dia memang best.. Rugi kalau kOrang tak baca lagi... Korang bOleh beli dekat kedai-kedai buku eh kalau kOrang tak pernah baca lagi... Nak ambik feel sebelOm tengOk drama dia dulu ker kan? hehe...

Tadi! Aku dapat tau pulak, nOvel sehangat Asmara pOn nak buat nOvel jugak.. Aku macam.. "ehh, apehal semua nOvel nak buat drama ni?" Dulu sibOk nak buat cerita hantu... pastu sekarang sibOk nak adaptasi nOvel pulak dah... Haishh.. macam2 sunggOh.. but serius, orang lain mayb suka bila Novel diorang buat cerita... tapi bukan aku... Aku lebh suka bayang sendiri.. Lebih feel... tapi aku tengOk la jugak kadang2 tu drama adaptasi filem kalau menepati citarasa aku... Tapi kan? Lepas aku ingat2 balik cerita Sehangat Asmara ni aku jadi macam.. "Oh my Allah........" kau rasa kenapa?? haha.. Aku teringat dulu masa mula2 aku baca nOvel ni, ada satu part tu yang memang sepatutnya budak2 macam aku (masa tu la) tak patut baca... haha... Nak gelak... Tapi kOmpem la dalam drama tak dak.. nak mampOs apa.. huhu...

Ni hah cOver nOvel Sehangat asmara... juga karya Aisya sOfea...


Ni cOver lama... Masa aku baca nOvel ni dulu cOver ni la... :)


Ni cOver baru... :)

Aku malas nak taip panjang2... mOod kurang... dipendekkan cerita... Zainal Arief akan dipegang oleh Adi Putra and.... kamilia najwa akan dipegang Oleh Rita Rudaini.. :) Mesti ramai suka ni herO and herOin dia... hahaha... Yang ni akan ditayangkan kat TV3... pada firasat aku mesti slOt Akasia ni.. Salah tak tau.. hehe.. 

nah!! Kamilia najwa dengan Zainal Arief korang.... =)




Ni yang aku tau pelakOn2 dia... ada lagi nOvel yang tengah plan nak buat drama jugak.. tapi pelakOn dia aku tak dapat kesan.. Tak shOtting lagi kOt... 

Ni antara nOvel2 lain yang turut nak buat drama....


See?? Banyak gila kan?? Sebab tu aku cakap sekarang tengah musim drama adaptasi nOvel.. Semua nOvel yang diOrang nak adaptasi semua aku dah baca... Kecuali nOvel anis ayuni... aku memang tak pernah baca nOvel dia... satu pOn tak pernah... And aku pOn tak tau kenapa... huhu... Okey la.. Sampai sini dulu... Jumpa next entry.. AdiOs... =)