Followers

Thursday, July 10, 2014

Review : Sayangku Sampai ke Bintang

Assalamualaikum sayang2 sayeee... ehee... *mohon jangan baling saya dengan selipar* hahaha
Ohhh sebelum tu rasanya sempat lagi nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak... Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu kan? Baru je lagi aku rasa kita sambut raya tahun lepas ni dah nak sambut pulak... aku pun rasanya baru je lagi masuk sambung diploma tak sangka tahun depan dah habis in shaa allah... apa2 pun dalam kita bergembira dekat sini jangan lupakan saudara2 kita di bumi Gaza... :'( Sedih melihat nasib mereka... Semoga Allah lindungi mereka...

Okey... aku tau... dah lama tak hapdate belog ni... sawang pun aku rasa segala bapak nenek sawang hado... hadoii nasib la penulis belog ni dapat penyakit yang takde ubat iaitu MALAS nak buat acane? sebenarnya aku tengah stress sama ni... member2 semua dah start praktikal 7hb hari tu aku dok tercangok lagi kat umah sbb tak dapat lagik... sadis benorrr... doakan la aku dapat okey? kesian kat aku nnt cuti sem hujung tahun jadik pendek kalau mula lambat... T_T apabila aku stress penyakit malas aku pun berleluasa makanya belog ni pun ku abaikan hahaha,... *ini semua alasan!!!* ngeh3... kalau malas cakap je malas nyah oi hadoii... okey abaikan segala merapu meraban di situ yang pasti hari ni *sementara menunggu waktu subuh* aku dengan jayanya telah merajinkan diri untuk menghapdate belog ini... yaaaa... jom tepuk tangan ramai2 muehehehe... kali ni peminat novel boleh menari joget samba semua sbb aku nak buat review *wahhh kau jahhh... bajet org suka baca belog kau la kan? kau engat kau retis??* LOL

So... since aku baru habis baca novel SAYANGKU SAMPAI KE BINTANG kemarin so hari ni aku buat review pasal novel ni la yer... Ohh ya mohon percaya aku baca novel ni sehari... start dari pukul 12malam tak tido sampai sahur... lepas sahur sambung lagi mentera tunggu subuh then pukul 7 aku pun selamat collapse hahah... pengsan tak ingat dunia sampai mak aku datang kejut pukul 9pagi... then tengah hari tu sambung lagi sikit dan TAMATTTT... hahaha... sila jangan contohi perangai ni sebab sgt tidak baik... =.=' okey berbalik kepada novel SAYANGKU SAMPAI KE BINTANG (SSKB) ni... sooo sila scroll ke bawah untuk tengok cover dia sebelum aku merapu dengan lebih panjang... hahahaha


gambar adalah daripada ihsan pak cik gugel since aku tak berapa nak rajin untuk snap gambo... *nampak tak penyakit malas aku semakin teruk... blerghhh*

Oklah mari kita sambung *apesal macam skema ayat aku? -.-*

Okey3... SSKB under terbitan kakinovel (KN) dan novel ni adalah novel kedua penulis yang bernama DILA DYNA... novel fisrt kak dila tajuk BISIKAN KATA HATI (BKH) keluar tahun 2012 kalau tak salah... and yes dua tahun lepas novel first kak dila terbit barulah novel second dia terbit... lama okey kak dila tunggu SSKB ni keluar cetak... Memang penantian itu satu yang menyiksakan tetapi hasil pulangannya adalah lumayan *mohon paham apa yang aku cuba sampaikan walaupun ayat macam tunggang langgang huhu* And yes... aku follow cerita ni since dari belog kak dila sebab zaman2 tu aku tengah best layan belog... ngeh3 cumanya aku tak ingat aku jadi silent reader or what biasala aku ni kan lebih bnyak diam dan baca dan perhati daripada bersuara... I kan pemalu *sumpah statement mintak kena lempang 100 watt* haha

kalau korang nak baca review pasal first novel kak dila BKH tu... bolehla ke sini... review-bisikan-kata-hati. *aku mmg follow semua cerita kak dila ok... jgn jeles kah3* sebab sekarang ni aku nak review novel kedua kak dila pulak... :)


sebelum tu marilah kita cuci mata... ahaksss... itu dia hero dan heroin kak dila kali ini... gamba ini adalah hasil editing tangan aku yang dah lama tak main Ps kah3... kalau korang rasa gambo ni kecik sila la klik kat gambo tu yer untuk tujuan pembesaran... hahaha... gamba tu je yg membeso... korang tak beso pon ngeh3... *ok merapu lagi* -.-'

Serba sedikit tentang SSKB

SSKB mengisahkan tentang Hasif Nadhmi dan Raisha Mahira yang berkahwin atas amanat terakhir atuk Raisha yang ingin melihat cucunya berkahwin sebelum dia menutup mata. Atuk Raisha meninggal sebaik sahaja selesai majlis akad nikah di antara Raisha dan Hasif. Kalau nak ikutkan Raisha dengan Hasif ni dah mmg jatuh cinta at first sight *aku rasa la* tapi Hasif tu ego kemain suka ja sakitkan hati wife sendiri... erghhh... Sebelum Raisha melansungkan perkahwinan bersama Hasif dia ada menerima tawaran menyambung pengajian di Korea dan Raisha meneruskan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Korea setelah mendapat kebenaran... Tetapi... ada something yang berlaku dua hari sebelum Raisha bertolak ke Korea... sesuatu yang menyakitkan hati... *rasa nak bagi tendangan jurus ke 100 kat Hasif -.-'* sesuatu yang telah merubah hidup Raisha 360 darjah dengan kehadiran benih yang membesar di rahimnya... T_T 

Di saat Raisha bertarung dengan perasan dan membersarkan zuriat mereka sendirian sambil ditemani empat orang sahabat yang setia Hasif di Malaysia pula bergembira suka hati bermain cinta dengan wanita bernama Hana yang mempunyai raut wajah seiras arwah tunangnya. *sumpah sakit jiwa masa ni... ego ego ego ego... erghhh*

5 tahun kemudian Raisha pulang dengan semangat yang baru serta membongkarkan rahsia mereka kepada Hana sekali gus menyebabkan Hana memutuskan hubungannya dengan Hasif dan membawa diri ke Dubai *masa ni aku puji si Hana ni sbb tak tergedik nak kat si Hasif tu... tapi masa ni je la aku puji dia =.=*

Hasif mula menyedari rasa cinta yang tersemai buat isterinya... Tetapi di saat hubungan yang dingin baru ingin pulih badai datang menghampiri... Hasif tega melukakan sekeping hati Raisha sekali lagi demi insan lain yang bernama Hana... Hana lagi? yaaa... dia pulang semula dari Dubai demi menagih janji Hasif kerana dirinya telah mengandung dan Hasif rela bertanggungjawab walaupun anak di dalam kandungan Hana bukan miliknya... *masa ni aku nak bagi jurus apa pun tak tau la kat Hana ni... sakit hati!*

Di saat hubungan Raisha dan Hasif ibarat retak menanti belah, Aidil datang membongkarkan rahsia yang disembunyikan oleh Raisha... Rahsia 5 tahun lepas... Rahsia tentang kehadiran Hakim Hakimi Bin Hasif Nadhmi yang hanya sempat melihat dunia beberapa tahun... Tetapi semuanya sudah terlambat... Raisha sekali lagi membawa diri tanpa dapat dikesan.

OKeyyyy cukup sampai sini... nak tau apa jadi seterusnya? belilah novel ni... hahahaha *gelak kijam* Bila korang baca ni aku rasa mmg korang akan stress dengan perangai si Hasif ni... ego kemain... suka sangat sakitkan hati wife sendiri... nak tau macam mana Hasif luah perasaan dekat Raisha? nak tahu kesudahan kisah mereka? semuanya ada dalam SSKB... heeeettt~ korang jugak akan rasa macam naik rolling coaster masa baca novel ni... kompem mood swing ah... sedih dengan nasib Raisha... sakit hati dekat Hana yang tiba-tiba muncul dan keruhkan lagi hubungan Raisha dengan Hasif yang baru dalam proses nak berbaik... Macam mana Hasif handle perangai cemburu dia... macam2 la... yang aku cerita ni sikit2 ja... and korang jugak akan gelak dengan perangai sengal raisha dan kegatalan si Hasif muahahahaha.... Beli okeyy tak rugi... cerita dia pun santai je... takde la berat sangat pun... ;)

Pendapat tentang SSKB

Firstly... yang aku perasan heroin SSKB dengan heroin BKH ada sedikit persamaan... di mana dua orang ni tinggalkan suami bertahun lamanya... tinggalkan bersebab la... huhu... Laila tinggal Aiman for 4 years then Raisha tinggal Hasif for 5 years agak macam ada persamaan di situ... then balik Malaysia mula2 macam tak dapat terima hakikat then sedar sayang kat wife... then kalau Aiman hilang Laili (kakak Laila)... Hasif pulak hilang tunang dia *aku lupa nama apa* hahaha... macam ada a little bit persamaan la... tapi bukan semua sama okey... ada lainnya... di mana... Hasif lebih ego dan menyakitkan hati dari Aiman... hahaha... Aiman kejap je nak sedar sayang wife dia tu... then terus pujuk... yang Hasif sengal ni punya lambat nak mengaku sampai si Raisha tu kena lari smpai dua kali... dannn kisah hidup Raisha lagi sedih dari Laila... dia punya pengorbanan and kekuatan mental dia lagi kuat... dan konflik diorang pun lain... kalau Aiman orang yang nak meruntuhkan masjid dia gila zalim sampai hilang ingatan Aiman tu... yang Hasif ni halangan dia dari segi orang ke3 hanyalah Hana tu... tapi sebabkan Hasif tu ego kemain... tak dapek nak nolong... haha... Ini apa yang aku rasa la... tapi tetap best... sebab bahasa dia santai... aku ni kan jenis tak boleh org guna bahasa buku sgt... satg aku mengantuk... muahahaha

Then aku perasan ada typo... Muhammad SWT dan Siti Khadijah it should be Muhammad SAW dan Siti Khadijah kan? 

Ni aku nak bebel atau dalam erti kata lain bagi pendapat pasal perangai tak semegah si Hasif tu... korang mmg akan sakit hati kat dia sebab dia sgt2 ego tak nak mengaku sayangkan wife dia and sanggup pulak p luah perasaan dekat budak Hana tu... then padan dengan muka dia jugak la sapa suruh g main cinta dengan Hana tu kan dah tak pasal Hana cari kau suruh kahwin dengan dia kononnyeee kene rogol... -.-

Pada para suami di luar sana... hargai la isteri anda... Besooo pengorbanan isteri ni... Lahirkan anak... jaga makan pakai... adehhh bnyak la tugasan isteri ni... jadi suri rumah tu pun satu kerja yang memenatkan okey walaupun tak keluar kerja macam para suami... aku yang tengok mak aku pun penat oi... bangun pagi2 dah siapkan makanan untuk family... kemas rumah... basuh baju... sidai baju... lipat baju... ngajo anak... bagi anak mandi... weyhhh ingat tak penat ka?? *haaa kan tak pasal ku bebel pasal suami supaya hargai isteri* hahaha... aku bebel ni bukan sesaja ok aku bebel ni sbb aku perasan si Hasif ni tak reti nak hargai wife dia... then bila wife dia lari baru dia nak kalutttt... hahaha....

and pleaseee... nak jealous pun ada batas nak Hasifff oii... kalau dah kau ober jealous Raisha pun bengang dah serupa kau tak percaya kat dia la tu... adehhh...

yang paling aku salute Raisha besarkan anak dia kat Korea sorang2 ai mean tanpa family/suami la... member dia ada la... nasib baik ada member macam tu... bukan senang sekarang ni nak cari kawan yang susah senang bersama... selalunya yang ada kawan time senang je... time susah entah la... satu dalam berjuta mungkin... Cuba korang bayangkan... dengan nak study... dengan nak jaga anak yang lansung tak pernah kenal ayah dia and anak yang lansung tak diketahui kewujudannya olh ayah sendiri... Seriusly Raisha sangatttttttttttttttt tabah dan cekal... kalau aku kat tempat dia tak tau la...

Raisha yang sangat baik... walaupun banyak kali dilukan oleh Hasif dia tetap nak suami dia jugak... padahal ada je orang lain nak kat si Raisha tu... huhuhu... kalau aku belum tentu sanggup nak tengok muka Hasif tu... huwaaaaaaaa.... sakit hati kot walaupun yang kali ke2 tu dia lukakan hati Raisha sebab terpaksa... tapi takda la terpaksa sgt pun sbb dia boleh ja tolak permintaan Hana sengal tu... tapi dah Hasif tu nak jadik baik hati p kahwin dengan Hana tu pulak kan... kononnya si hana tu perlukan dia sbb si hana tu dah preggy... choiii... yang Raisha dulu preggy sorang2 dekat Korea siap tekanan perasan semua dia tak tau... *haaa... kan dah bebel*

andd yess... aku perasan ada watak abang Ejaz!! kan kak dila??? ke nama je sama??? dah lupa kot cerita abam Ejaz tu... nnt nak kena refresh balik ni... hahaha...

Lastly... kalau korang pernah baca dekat blog kak dila dulu novel ni dengan tajuk Secebis Lakaran Cinta sebelum kak dila tuko tajuknya... versi novel ni bnyak yang dah dirombak... dan aku perasan benda tu walaupun aku pun dah ingat2 lupa dalam versi blog dulu... adehhh *dah 2 tahun kauuuu* tapi yang aku perasan memula bezanya masa Hasif nak tau rahsia yang Raisha simpan tu... kalau dalam blog Hasif tau masa g rumah Raisha kalau tak salah... ada gamba... and boleh dikatakan awal2 jugak la dia tau... tapi dalam versi novel ni kak dila letak kat hujung...  yang ni aku tak sure sgt betul tak macam was2 sikit... kalau tak salah dalam blog Aidil pun kerja kat company Hasif tu... and bnyak part Aidil smpai Hasif jeles... *yekee??? mmg tak konpident yang ni... hahahaha... kang aku campo segala novel tak pasal...* tapi boleh dikatakan keseluruhan jugak la kak dila rombak... ada sikit2 je dikekalkan...  bab 1 tu pun dulu macam takde... ke aku tak perasan tak sure la... bab 1... pertemuan pertama Hasif dan Raisha... :D Pertemuan yang tak disengajakan... pertemuan yang berlaku atas sebab cabaran yang diterima Raisha...

Kesimpulannya.... saya suka novel ni!!! muahahaha,,,, 4.5* daripada 5* saya kasi... wuhuuuu... mmg sakit hati memula kat Hasif tu sampai rasa nak tampo2 je... tapi since dia pun okey dah the end tu siap bertambah kesengalannya kuampunkan... hahaha... hero yang meyakitkan hati antara Aiman dengan Hasif mmg dapat kat Hasif... tapi hero yang kusuka pun jatuh kat Hasif jugak sbb dia miang plus sengal bnyak dari Aiman... wakakakaka *galakkkkk* good job kak dila... apapun mmg ku rasa novel ni lebih baik dari BKH... tak sia2 penantian yang nak hampir 2 tahun tu... *ke dah cukup 2 tahun? -.-* All the best untuk kak dila... Lepas ni boleh tunggu abam Ejaz dengan harapan tak perlu bertahun menunggunyerrr... hahaha...  Lepas abam Ejaz sapa pulak eh? *usap2 dagu sambil refresh balik nama hero2 akk.,.. kih3... abam is ku mmg tau akk dah simpan dalam peti besi... hahaha kesian kat dia... LOL...

Request : nak SE SSKB boleh? nak lepas diorang dapat baby... weheee... kompem sweet and lagi bertambah kesengalannya... SSKB raya ke... hahaha... mintak maap la akk oi... cik atie ni mmg mengada gini... suka buat request... hahaha... tapi akk dah nak cuti lepas ni? apa kata mempertimbangkan permintaan ini? hahahah *lariannnn pecutttt* sayang akan berbintang2... ngeee~ *ini bukan bodek okeyyy*

Segala yang baik datang dariNya yang buruk datang dari saya... Salam Ramadhan Al-Mubarak... :)

psttttt.... lagu background blog hari ni sempena dengan abam Hasif and Raisha... ngeeee~ <3 <3 syang diorang berbintang-bintang kah3... pinjam trademark akk... heee~