Followers

Wednesday, May 23, 2012

Manusia dan Dugaan...

Hai and Assalamualikum guys.... ^_^
Ohhh.... saya masih belOm dapat kembali inche lappy tersayang... Abang aku tak mau repair... okey fine aku amek netbook aku yg kak aku guna buat harta aku balik... kah3...
Serius rindu nak update blog ni dengan kisah sehari dan novel2 aku.. hehe...
Okey... topik hari ni... Manusia dan dugaan... manusia dan dugaan mmg tak dapat dipisahkan... Setiap manusia mesti akan diberikan dugaan dalam hidup mereka... Cuma yang berbezanya... bentuk dugaan yang diturunkan kepada kita. Dalam hidup ni kita mesti diuji dengan pelbagai cara. Jadi kita mestilah bijak menangani dugaan tersebut dengan akal fikiran dan tanpa mengikut emosi... =)
Allah SWT akan memberi kita sebuah ujian bila kita mampu mengharungi ujian tersebut... Jadi kita kena yakin, redha dan kuat dengan setiap dugaan yang berlaku dalam hidup kita... jangan mudah mengaku kalah atau mengelak atau menyoal kenapa Allah SWT memberi dugaan yang sebegitu kepada kita... Kita wajib mengingati bahawa ada orang yang mendapat dugaan yang lebih berat dari kita...
Saya sedang cuba mengingati diri saya sendiri cuma jangan terlalu lemah dengan jalan yang telah Allah SWT aturkan kepada kita... kadang-kadang apa yang kita tidak pernah fikirkan itu adalah yang terbaik untuk diri kita... Contohnya... kita menginginkan plan A... tetapi yang kita dapat adalah plan B... mungkin plan B lebih baik untuk diri kita... Allah SWT telah menjanjikan yang terbaik untuk kita... dan sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik buat diri kita... Kita mmg berhak untuk menolak sesuatu perkara itu... Tetapi jika ia lansung tidak membuahkan hasil adalah lebih baik mengikut kata orang... Saya tidak cakap kita tidak berhak membantah... Memang membantah itu juga adalah satu kemestian kerana kita ada hak untuk mempertahankan pendirian kita... Dan... tidak salah juga jika sesekali mengikut kemahuan orang lain... Insya'allah apa yang berlaku dalam diri kita adalah yang terbaik.... Chill...

ps : Sesungguhnya pesanan ini adalah untuk diri sendiri kerana saya diberi situasi seperti dia atas di mana saya tidak diberi pilihan untuk mempertahankan impian yang saya inginkan pada suatu masa dulu... Memang tidak dinafikan pada mula saya berasa sgt kecewa dan putus harapan... Tetapi dengan sokongan sahabat baik, solat dan setelah berfikir dengan baik... Insya'allah saya dapat menerima perkara ini dengan hati yang terbuka... =)

Oh ya... Sepanjang aku tidak update blog tentang novel ini, almost 2 month i think.... banyak jugak novel yang telah aku borong... hahaha... dan ada jugak yang diberi oleh orang... :P

1. Cerita Cinta Kita
2. Kahwin Ganti
3. Terlerai Kasih
4. Oh Cinta
5. KEA
6. Mampu Mencintaimu
7. Takdir Itu Milik Aku
8. Hatimu Milikku

Yang ni ja kot rasanya... hah ada lagi satu pihak popular bagi tapi lupa pulak tajuk apa... hehe... entry bersama gambar next week aku update aku? hehe... muahhh3... sayang you all semua....

No comments:

Post a Comment