Followers

Saturday, June 16, 2012

Review KEA!!!


Assalamualaikum!! Heee~ peace!
Herm… apa aku nak taip ni… #sambil tongkat tangan depan laptop#
Okey… macam ni… kali ni aku nak buat review nOvel lagi… Erkk… Review ke 3 kalau tak salah aku… #I malu nak buat review bagai ni… keh3#
Okey… sudah membebel sikit2… ampa bukan nak baca pun kan? Haha… Oraite… Kali ni nOvel KEA – Kak Ara Sharrina menjadi pilihan… Kea ni adalah ‘first baby’ kak Ara…  So here it is… ^_^


Serba sedikit tentang nOvel KEA

Novel ni mengisahkan tentang percintaan antara Kea Alyissa dengan Haikal Hakimi… Kea merupakan seorang doktor pelatih di HUKM… Haikal menghidap penyakit barah otak peringkat kedua… :’( Dan ditakdirkan Kea ni jadi second refferel doktor pada si Haikal ni… Oh ya… mula-mula tu Haikal ni sangat annoying yer… Nyampah aku! Dia tertekan… Dia rasa putus asa untuk teruskan hidup dia… Ada ayah pun, ayah sibuk memanjang cari duit… Mak pulak tak tahu menghilangkan diri ke mana lepas bercerai dengan ayah dia… Tapi hidup dia mula berubah bila kenal Doktor Kea Alyissa… J Semuanya mnjadi sangat la sweet macam gula2 kapas… Auwwww… hihi… Bermula dengan Kea ikut Haikal ke Cherating hubungan diorang menjadi semakin rapat… Then Haikal pulak ikut Kea balik kampung untuk majlis pertunangan abag dia, Aiman. Tapi bukan senang nak melawan penyakit cancer ni… Penyakit yang boleh bawak maut… Oh my… sedih hokeyhhh… Tapi disebabkan semangat Kea sangat kuat untuk menjaga orang yang dia sayang sehingga sembuh… Dia menyuarakan hasrat hati dia pada Haikal… J

Haikal… tolong halalkan hubungan ini. Tolong halalkan hubungan kita dengan setulus hati. I mahu menjaga you hingga ajal yang memisahkan kita…. – Kea Alyissa

Kea Alyissa… sudikah awak menjadi isteri saya…dan ibu kepada anak-anak saya kelak? – Haikal Hakimi

Dan… semuanya sangat indah bila Haikal propose Kea dekat hOtel dihadapan parents Kea… Oh ya… bukan senang Kea mendapatkan restu dari mak dia untuk berkahwin dengan Haikal… Pada mulanya hasrat hati Kea ditentang hebat oleh mak tersayang kerana mak dia khuatir sekiranya Kea mengalami nasib yang sama dengan mak dia iaitu membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi… Ayah Kea juga meninggal dunia kerana menghidap cancer. Tapi oleh kerana sikap Kea yang tidak mengenal erti putus asa dan kuat semangat… Akhirnya dia mendapat restu daripada mak dia untuk menjadi suri hidup di ahti Haikal Hakimi Ashraf!! Dan bermulalah… hubungan yang halal antara seorang pesakit dan doktor… Omoooo… Sweet jer…

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka… banyak perkara sweet yang Haikal buat untuk Kea… Antaranya…

Love Massage!! I don’t know why… But I just love it!! Aku sengih-sengih je bila baca love massage tu...

Mula-mula Haikal beli dress then past dekat Mak Esah suruh bagi dekat Kea and pakai… Bila dah siap, ada driver jemput Kea depan rumah then bawak Kea ke suatu tempat yang gelap and lapang… Cer teka apa ada kat situ… hehe… Helicopter hokeyh? Helicopter!! Kea kena naik Helicopter tu baru boleh jumpa Haikal! Owhh… Helicopter tu menuju ke Cherating okey? Yes Cherating! Tempat yang Kea ikut Haikal dulu… J

 Ehem! Ada satu ayat ni Haikal buat video… Aku rasa tersentuh gila… Macam aku pulak si Kea nya… ngeee~ rasa sangat dihargai okey? Syahdu jer… tOuching to the heart meyh… Okey mai nak copy ayat tu…

Dear my sweetest sweetheart…

Remember today? Today is the day when I fall
for you. The day when we both got caught in a
lift, the day when you asked me to hold you
tight, the day when I found something special
about you and the day when I really wanted to
Be with you…

In my eyes you are so beautiful, your clear
eyes, your sweet smile, your caring, your
attitudes… for me you are so perfect, starting
from that day, you always made me adore
you, every move I made, I always think of you,
you’re brightened my world with the warmth
of your presence…..

you hold my hand when I am weak and falling,
you whisper words and it vanished all my
regret… every moment spent with you is like
a beautiful dream come true… and until now,
I cannot imagine my life without you, your
warm love…. Please, please do not leave me, I
don’t know how I am, who I am without you
being there with me, you are my blood, you
are my heart, you are my life, you complete
me….

My love, I love you with everything I am and
more than anymore ever thought possible… I
want to be with you for the rest of my life… I
love you, Kea Alyissa…

Love,
Haikal.

Wuwuwuwuwu…. Tersentuh hati mak nak baca ayat ni…

Okey lagi satu part sweet macam gula2 kapas bagi aku yang terpilih ialah Switzerland. Haikal ada sewa satu kapal ni untuk diorang naik… Atas kapal tu pulak banyak kata-kata cinta tersusun kemas di dinding dengan bunga teluki… aku boleh bayangkan macam mana… how sweet Haikal Hakimi Ashfraf… J

Sehinggalahhhhh……….. jeng… jeng… jeng…

Muncul malaun macam langau yang bernama Zarif Zaquan!! Erghhh… mamat ni mmg menyebabkan aku dapat penyakit hypertension! aku mmg menyampah ya hamat dekat mamat sorang ni… Dah la tak paham bahasa… degil… tak kira kOjaq dengan mak lagi uh… huh! Langau ni la yang menyebabkan Haikal benci dekat Kea… perghhh… masa ni mmg aku rasa nak kerat 18 ja malaun nama Zarif ni… Mamat ni macam ada tekanan perasaan la…  Girlfriend dia mati masa dia tengah belajar dekat luar negara… sem last… sO dia tak dapat nak tengok jenazah girlfriend dia tu… lepas tu dia jadi murung…

Besa la kan… ujian dalam rumah tangga Kea an Haikal… langau ni jumpa pulak dah dengan Kea and the worst part is muka Kea macam arwah girlfriend dia tu, Atilia… Dia asyik panggil si Kea ni Lia ja… Dah berpuluh kali Kea cakap dia bukan Lia… Tapi mamat ni mmg jenis yang tak paham bahasa… Dia tuduh Atilia tu menipu dia… tinggalkan dia sebab nak kawen dengan Haikal yang kaya tu… Ya Rabbi… masa ni mmg aku meluat la… habis semua sumpah seranah aku bg kat Zarif ni… Punya tak puas hati la kan… dia sebarkan gambar dekat Haikal and… yang lagi mem’bengang’kan aku… Haikal percaya dekat Zarif malaun tu! Dia lansung tak nak dengar penjelasan Kea… Masa ni aku rasa nak belasah Haikal pulak… Maunya tak… masa tu Kea tengah pregnant kot!! Malah si Haikal boleh pulak meragui anak yang Kea kandung tu… Masa ni mmg aku teriak… Kesian kot kat Kea… Ingat senang ka nak mengandung? Wuwuwuwuw… #erkk… macam aku tau pulak macam mana rasanya pregnant… adehhh# tapi nasib baik jugak lah Kea ada kawan baik macam Izat dengan Maria… sentiasa di sisi tak kira susah atau senang… Diorang la banyak tolong Kea di saat Haikal telah membuang jauh Kea dari hidupnya… Haikal pulak frust gila sebab sangka Kea kawen dengan dia sebab duit ja sampai ubat pun dia tak makan… appoiment dengan Dr. Yusoof pun dia tak datang… Memang dia dah putus harapan untuk hidup masa ni… Berkurung dalam bilik ja kerja dia…

Nak tau apa jadi lepas tu? Okey…

Sila pergi beli sendiri dekat kedai buku berhampiran or order on9 dekat laman web KN (kakinovel) kah3… tak tau laman web KN? Tak per2 aku kasi… hah amekk!! Belo on9 dapat dikaun RM4 kot… oh.. tapi sila daftar jadi ahli dulu okey semua sayang2 saya… heee~


 tak kan semua aku nak cerita kot? 766 page meyh… Agak dowhh… ni pun dah banyak aku cerita… Apa yang boleh aku cakap… mmg rugi BESAR kalau korang tak beli novel ni… Tak rugi meyh duit korang sebanyak RM 27 tu… Berbaloi-baloi lagi ada… sO… selamat menjelajah ke kedai-kedai buku… lalalalala~

Pandangan peribadi aku mengenai nOvel KEA

  • Ada banyak pengajaran dalam nOvel KEA ni… ketabahan Haikal melawan penyakit dia… kekuatan Kea mengharungi dugaan dalam hidup dia… berusaha untuk mencapai cita-cita… semangat persahabatan yang kuat dia antara Kea, Izat dan Maria… hidup saling melengkapi… Erkk… banyak lagi la… senang cerita… korang akan jumpa pengajaran yang banyak dalam novel ni… novel KEA ni bukan sebuah novel yang ‘tak dak isi’ malah ’penuh dengan isi’… Korang boleh ambik teladan dari kisah Kea Alyissa ni… Kalau korang nak tau… Kea ni banyak memberi inspirasi untuk aku teruskan perjalanan hidup aku yang masih jauh lagi ni… Aku akan cuba jadi kuat and tabah macam dia… Tak kan mengeluh walau apa pun ujian yang dalam dalam hidup aku kelak… J

  • Tak boleh baca khatam hari-hari novel Kea ni nanti dapat kencing manis!!! Haha… maunya tak dapat kencing manis… Haikal tu sangat sweet okey? Erkkk… pssstttt… nanti nak cari hubby macam haikal la… keh3… Omo… penyakit miang keladi aku dah datang… :P

  • Hidup tak selalu indah… Setiap manusia akan diturunkan ujian dengan pelbagai bentuk dan cara… Macam Kea… dia ditakdirkan hilang ayah semasa dia masih kecil dan ibu Kea pula ditakdirkan membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi… Haikal pula ditakdirkan tidak mendapat kasih sayang dari seoarang ibu dan ayah… Haikal juga ditakdirkan menghidap penyakit yang sangat bahaya… Kesimpulannya… jangan pernah mengeluh walau apa pun dugaan yang Allah diturunkan kepada kita… Kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita… J kalau Haikal tidak menghidap penyakit barah… dia tak kan kenal dengan seorang gadis yang comel, lincah, periang macam Kea Alyissa… Sesungguhnya semua itu aturan Allah… peace! #apa aku membebel ni hah?#

  • Sebuah novel yang banyak bermain dengan perasaan… Ni bukan novel yang korang akan gelak dari awal sampai habis… tak mencabar la kalau gembira ja 24 jam kan? Kena la cukup dengan perencah segala bagai… Contoh novel Kea ni… manis, pahit, tawar, masin… ada gula dan garam… ada gembira, duka, geram… semua perasa ada dalam novel Kea… yeahh… and suka untuk aku cakap pada aku cakap… sila jangan baca novel Kea di tempat awam… nanti orang cakap korang sewel… kah3… Mana tidaknya.. kejap gelak… kejap senyum… kejap sedih… kejap geram… kah3… aku baru baca depan kak aku pon dia cop aku sawan… ngeee~ sentap aku tau! Last2 lari baca dalam bilik… aman! Haha.. Oh… tapi mood seram tu tak dak la… korang bukan baca novel hantu!! :P tapi mood suspend ada… korang akan tertanya-tanya… ‘apa jadi pada Haikal?’ ‘Haikal mati ka?’ ‘Haikal makin teruk ka?’ ‘Janganlah Haikal mati…’ aku dah merasainya okey… mmg benda ni aku asyik tanya bila part haikal masuk hospital… nak nagis tau ka? Wuwuwuwu… :’(

  • Hah… buku ni jugak elok untuk tambah pengetahuan tentang ilmu kedoktoran ni… Aku siap kerut2 kening lagi bila keluar habis term2 bio semua ni… yang mana aku besa dengar tu okey la… Mana aku tak paham, aku cari si kakak iparku yang doktor itu… miahaha… nasib dia baca novel jugak macam aku… keh3… Harap maklum la yer… SPM biO aku ‘D’… kikiki… suka ‘memain’ sgt… hamek kaww!! #act aku mmg lemah bab2 menghafal ni… semput dOhh# sebab tu tak layak jadi doktor… lalalala~ #apa aku mengarut pasai aku plak ni??#

Lastly… Untuk Kak Ara… Sila jangan bosan baca entry saya yang panjang kemain saya rasa… Dan mintak ampun dan maaf untuk segala kekurangan dalam review ni… act mmg tak reti pun buat review bagai ni… tapi saya cuba la… yang saya tahu la kan… apa yang saya tulis ni mmg apa yang saya rasa… hehe…
Tahniah sebab berjaya menghasilkan novel yang berjaya menyentuh hati saya sebagai pembaca… Lepas baca novel lain pun still teringat dekat Kea and Haikal… J kuat sungguh penangan sweet couple ni… hihi… Tapi kadang-kadang tu sedih je bila tengok nOvel KEA tu… Oh ya… nOvel akak dah masuk dalam list novel kesayangan saya… hehe…
Semoga berjaya hasilkan novel yang lebih baik di masa akan datang… Saya akan support akak dari belakang… Tak sabar tunggu next ‘baby’ akak… hehe… Good luck! Chaiyok2…

Haikal and Kea di hatiku selalu… <3

No comments:

Post a Comment