Followers

Saturday, April 19, 2014

How is my life?????

Assalamualaikum...

Ini yang dinamakan tajuk ikut sedap mulut nak letak apa... hahaha...

Alhamdulillah selesai sudah jawab paper exam untuk sem ni... :) cara cakap macam berlunggok je paper padahal satu paper je pong... kah3... apa2 pun alhamdulillah selesai jawab walaupun entah menatang apa aku tulis dalam paper tu tadi... heh... so next step... hanto segala final aku by 23hb... *pitamss tahap nak muntah* then after that cuti2 Malaysia... sebelum melangkah ke dunia praktikal... cepat je masa berlalu... dah nak final... sobs2 *tua sudah diri ini*

baru2 ni aku buat blogwalking... jalan g tgk blog blogger lain... then aku tgk blog diorang bnyak jek post gambo2 menarik berbanding blog aku... then aku pun terfikir... adakah hidup aku sungguh membosankan sehingga takde gambar? hahaha... actually bukan takde tapi tak banyak... sbb pertama, aku pakai phone bodoh je pon sbb aku kalau guna phone canggih sket mesti rosak... wakakaka... makanya aku takde makna nak usung DSLR aku yang gabak tu kehulu kehilir... sesetengah tempat je aku bawak dia... hahaha... sebab kedua aku malas nak snap gambar hahaha,... *hudoh bebenor perangai ini* tapi kini aku sedar gambar itu penting untuk aku #throwback apa yang jadi kat hidup aku... :D

sedarkah kalian selama ini blog aku bnyak update pasal novel? sedarkah kalian aku paling banyak dikeliling oleh novel? hahaha... kalau dulu aku gila fesyen... tapi hari tu aku stop pasal fesyen *takde la kejap mana pun sebenarnya... lama jugak la hahaha* then teruskan dengan dunia aku yang penuh dengan novel smpai mak aku cakap nak campak keluar rak novel aku tuh... *sampai hati ibu* hahaha tak payah nak ibu sgt la padahal kat rumah panggil mak je pun... heh...

tapi nmpak gayanya macam aku akan kembali menjadi manusia yang gilakan fesyen... adakah ini semua faktor usia yang semakin membesou? *besou la sgt baru 20 tahun kotttt* atau adakah kerana pengaruh kak senior merangkap housemate aku? hahaha... kerana dalam masa seminggu shaja saya telah selamat membeli sehelai tudung, sehelai jubah dan sehelai blouse... gilkan disitu? ya... agak gila untuk saya kerana saya tak pernah buat perkara sebegini... mungkin jugak kerana saya telah lama menginginkan baju2 serta tudung tersebut... ceittt apakah skema tetibe tak pasal? hahaha...

makanya hari ni aku akan bagi korang untuk mengkaji serba sedikit ttg hidup aku yang takde la menarik mana pun tapi takde la bosan sesangat kerana aku dikeliling oleh orang2 yang kepoh sediakala... hahaha :P

so let me introduce... orang-orang yang menghuru-harakan dan menceriakan hari2 saya... hahaha... LOL


 Housemate merangkap kakak2 merangkap kawan2 merangkap classmate serta coursemate... :D


coursemate serta classmate yang setia bersama dari sem 1 hingga sekarang... :D *muka2 orang baru habis jawab exam* hahaha

so inilah orang2 yang bertanggungjawab dalam hidup diri ini... bergaduh, bergurau, menolong. mengomen, mengutuk semua kami bersama... hahaha... kamilah budak2 paling bising, paling sporting, paling awsome, paling gempak... eh senang cerita semua paling yang gempak2 best2 semua kami la... hahaha... kebahagian dan kedukaan dikongsi bersama mereka... mengenal erti dunia bersama mereka... :D thanks guyss... 

ok sekian pengenalan untuk kali ini... wakakaaka... soo see you next time... adios :D

No comments:

Post a Comment