Followers

Monday, March 31, 2014

Review : Dia Imamku

Assalamualaikum buat pemabaca blog ini yang mmg suka diabaikan oleh tuan owner punya blog... *sighhhh*
Apa2 pun thanks untuk orang2 yang masih setia membuka blog yang suka bercerita entah apa2... yeahhh aku rasa lepas ni blog aku kena cerita pasal current issue jugak lah... macam menarik je kan? i will think about it letter... apa2 pun... back to tajuk asal entry kali ni... yeahhh again pasal novel... nak buat macam mana iyer dok dah owner blognyer hantu novel... hehehe... sort of actually aku ada lagi sebulan be4 cuti sem... sekarang tengah fight dengan segala assignment n final... tapi apa yang paling best adalah... LAPTOP AKU ROSAK... yeahhh sebab tu aku boleh bersuka ria baca novel :3

So kali ni aku nak review pasal novel DIA IMAMKU - kak NAJWA RAHMAN... First off all... suka aku ingatkan yang aku ni sebenarnya takde la pandai mana pun nak buat review bagai kan... tapi kalau untuk berkongsi apa yang aku rasa tu bolehla... so kind of apa yang aku tulis ni walaupun kekadang ayat macam apa je... tapi tu la apa yang aku rasa... :)

so i will make it short first... DIA IMAMKU (DI) novel sulung kak najwa... Keluaran kaki novel (KN) untuk bulan March kalau tak salah... *correct me if i'm wrong... aku bab2 bulan terbit mmg fail haha* 

oh ya tapi kak najwa ada satu novel yang diterbitkan sendiri under ILHAM BESTARI kalau tak salah... tajuk JADI MILIKKU tapi yang ni aku tak sempat nak beli lagi sbb ongkos pun tak berapa nak mengizinkan :) tapi nnt aku akan dapatkan jugak... demi novel lautan cencalok sanggop aku redah... *ok merapu*

*gambar ini adalah dari ihsan pakcik google*

Actualy aku nak snap gamba dia imamku yang aku punya sendiri tapi dah dua2 camera aku selamat ditinggalkan kat kedah makanya kita mintak tolong ihsan pak cik gugel je la... nak gune phone saye gne phone cikai je... :3 btw... yang kiri tu la novel yang kak najwa publish sendiri... but now aku nak cerita pasal novel belah kanan tu... yang belah kiri tu tunggu aku g beli dulu eh... hahaha... 

so... jom kita mulakannn... hahaha...

Tentang DIA IMAMKU

First off all... Dia Imamku ni berkisarkan tentang kehidupan NUR INSYIRAH dengan MUHAMMAD NAUFAL...and Dia Imamku banyak berkisarkan tentang kehidupan Insirah dan Naufal bila diorang dah kahwin... ohhh dan ini bukan kisah kahwin paksa walaupun memula korang baca korang akan rasa macam diorang terpaksa kahwin... :p

Kisah Naufal dan Insyirah bermula bila Insyirah sering bermimpikan tentang seorang lelaki yang tidak pasti gerangannya. Beberapa hari sebelum raya, Insyirah dikejutkan dengan berita yang dia bakal dikahwinkan dengan Naufal atas alasan arwah atuk Insyirah dan atuk Naufal telah berjanji untuk menjodohkan cucu mereka. Tanpa was-was Insirah menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengan Naufal kerana lelaki yang di dalam mimpinya bernama Naufal dan belajar di Ireland tidak ubah seperti Naufal yang ingin dijodohkan dengannya. 

Tanpa Insyirah sedar Naufal itu adalah Naufal yang sering dibuli ketika waktu kecilnya. Lelaki yang telah dibaling batu pada dahinya sehingga berparut dan lelaki yang disukai Insyirah sejak kecil.

aku nak cerita panjang2 pasal diorang pun payah sbb bnyak sangat rahsia yang Naufal simpan dari Insyirah... but sort of macam ni la... Bila si Insyirah ni jumpa Naufal dia dah mula stress dengan layanan kelat-kelat masam Naufal... Naufal terlalu sinis dengan Insyirah.

"Anak dara tak elok duduk dekat tali air ni"
"Dengar tak orang cakap apa tadi?"
"Cakap apa?"
"Tak elok duduk dekat sini."
"Eh, suka hati oranglah! bukan kacau awak pun."
"Sebab awak kacaulah orang cakap macam tu."
"Apa awak mengarut ni?"
"Pergi baliklah."
"Nur Insyirah, pergi balik."
"Awak siapa nak arah-arah orang?"
"Orang bakal suami awak. Tak elok awak dekat sini, bahaya. Lagipun kita tak ada apa-apa ikatan. Kat sini kmpung, bukan bandar. Orang kampun suka bercerita."

"Kenapa tu?"
"Terhiris jari. Dalam lukanya."
"Biar Naufal tengok."

"Kena ke klinik ni."
"Mama tak reti bawak kereta manual, Naufal."
"Mak ngah pun tak reti."
"Biar Naufal aje bawak Insyirah... tapi mama ikut sekali, ya?"
"Pergi pakai tudung, Insyirah. Rambut awak tak lawa mana nak tayang dekat orang."

Itulah Naufal... di dalam sinisnya ada manisnya... di dalam kelat-kelat masam ada sifat penyanyagnya... 

"Awak... nak ke kahwin dengan orang?"
"Entah. Kalau ibu orang dah suruh, orang turutkan aje."
"Auch!"
"Kenapa ni?"
"Orang okey."
"Awak ni memang tak pandai jaga diri ke apa?"
"Jangan buat orang lain susah hati boleh tak?
"Sakit lagi tak?"
"Tolonglah jaga diri tu. Kalau orang balik Ireland nanti, macam mana?"
"Kenapanya kalau awak balik Ireland pun?"
"Orang tak kira. Awak setuju atau tak, orang nak kita kahwin. Biar orang aje jaga awak!"

Naufal yang cuba berlagak tidak mempunyai perasaan pada Insyirah yang ada kalanya terlepas laku membuatkan Insyirah pening sama ada Naufal menerima secara rela atau tidak. Kelakuan Naufal yang kadang kala membuatkan Insyirah berbelah bahagi. Naufal yang cuba menyembunyikan rahsia hatinya tanpa diketahui Insyirah.

Dua hati akhirnya bersatu apabila sedikit demi sedikit mengenai rancangan perkahwinan mereka diketahui Insyirah. Langit tak selalu cerah... Itu jugalah yang berlaku di dalam rumah tangga Insyirah dan Naufal... bahagia yang disangka berpanjangan rupanya dilanda badai. Semuanya kerana Zulaikha!! *serius aku benci pompuan ni* -,-

"Orang menyesal kahwin dengan awak! Sangat menyesal!" Jerkah Naufal.

Okey dialog time gaduh2 cukup satu ni sahaja... hahaha... sbb nnt aku touching... serius doh nak nagis je aku baca bila part konflik diorang ni... stress dengan Naufal... stress jugak dengan Insyirah... stress lagik dengan ZULAIKHA... haaaa amekaw capslock aku bagi... hahaa... tapi serius nak nangis masa Naufal cakap macam ni kat Insyirah... tambah nak nangis bila Naufal buat tak tau kat Insyirah dengan Isyraf dan lebihkan si Zulaikha tu sebab rasa bersalah. Serius masa ni aku rasa nak lumat2kan dengan Naufal tu sekali... Zulaikah tu memanmg kompem orang first aku lumatkan... heh

Tambah buruk lagi keadaan bila Zulaikha tu sepupu dengan Syamimi dendeng... sapa Syamimi dendeng? kenapa dapat nama dendeng? cari sendiri jawapan dia... hahaha... tapi aku benci syamimi dendeng tak seteruk aku benci Zulaikha sebab aku rasa Zulaikha ni sepuluh kali ganda kejam dari si dendeng tu... sebab Zulaikha Insyirah hilang suami... sebab Zulaikha Isyraf hilang abi... sampai bila Insyirah dapat bertahan dengan rumah tangganya? Sampai bila Naufal akan dihujani rasa bersalah atas apa yang berlaku pada Zulaikha? Dapatkan Insyirah dan Naufal pertahankan rumah tangga diorang yang baru setahun jagung itu? segalanya bakal terjawab dalam DIA IMAMKU... dapatkan dia kedai buku yang berhampiran dengan harga RM21(SM)... kalau nak beli online macam biasa masuk laman web kakinovel then reg ahli kalau first time beli... dapat diskaun RM4 berbaloi2 ahahahah *dah macam iklan aku rasa lol*

Pendapat DIA IMAMKU

1. Masa aku baca novel ni mmg tak tipu mmg aku main dengan perasaan... memula aku baca aku gelak dengan perangai ala sengal Naufal dengan Insyirah... Lepas tu aku geram kat Naufal yang suka-suki marah Insyirah... lepas tu aku geram balik dekat Insyirah yang suka tanya Naufal soalan entah apa2 pasal dendeng... and kemuncak dia... aku rasa geram, sakit hati, sedih, simpati semua complete set dengan Insyirah, naufal, Zulaikha, dendeng, dengan mak-mak si Zulaikha tu sekali... kekadang aku geram kat Naufal kesian kat Insyirah... kadang2 pulak aku kesian kat Naufal... complicated tau? macam aku pulak yang kena buat keputusan... But seriously kalau aku kat tempat Insyirah belum tentu aku akan buat macam apa yang Insyirah buat... silap2 aku dah give up awal2 :3 But tak tipu i can said Insyirah ni antara wife yang kuat n kental... Sebabnya... banyak sebab sebenarnya... kalau aku belum tentu tahan nak hadap Naufal yang selalu marah2... yeahhh tapi tulah Insyirah dalam degil2 keras hati dia masih tabah n sabar layan Naufal... sebab dia percaya Naufal tu Imam dia yang akan bimbing dia sampai akhirat nnt... 

2. cabran kahwin muda... ahaksss sapa cakap kahwin muda tu senang? depend sebenarnya benda ni... Kalau rasa diri mampu handle nak jalankan tanggungjawab tu tak salah... macam Naufal ni aku tgk dia boleh handle kahwin dalam masa dia study cuma yang cabarannya bila Naufal jauh di Ireland and Insyirah kat Malaysia... And trust me... PJJ ni mmg banyak cabaran... Tengok la dendeng tu... bila wife Naufal jauh kat malaysia dia sibuk nak menyendeng dengan Naufal... kepercayaan kena kuat bila buat PJJ ni... kalau kepercayaan takde mmg hancus... Contoh Insyirah la... aku tak slahkan dia la sbb yeahh sapa tak jeles ye dak bila ada pompuan lain menyendeng dengan laki dia... Insyirah patut percaya Naufal yang Insyirah je ada dalam hati naufal... but a little bit aku nampak jugak salah Naufal... Yeah dia nak tolong si dendeng tu tapi cara dia macam a little bit tak kena la since dia dah ada isteri... sebab sepatutnya dia kena jaga jugak hati wife dia...

3. Apa yang aku perasan pasal si Naufal ni... dia mmg suka jaga orang lain sampai kadang2 tak sedar yang dia dah lukakan hati orang yang dia sayang.

4. Rahsia...Since diorang ni laki bini aku tak rasa dalam hidop diorang kena ada rahsia... yeah aku perasan Naufal dengan Isyirah ni macam lost communication... aku selalu dengar orang cakap communication tu penting untuk laki bini... Contoh Insyirah tau pasal rahsia Zulaikha but dia tak nak bagitau Naufal... tapi aku tak salahkan si Insyirah sgt la sebab mmg kompem la kecik hati dengan si naufal yg mmg suka letak blame atas bahu dia dengan backup orang lain... sama la kes dengan dendeng tu... Insyirah tak bagitau Naufal apa yang dendeng tu cakap kat dia sebaliknya lari n pendam... Macam mana naufal nak settle on problem tu kalau dia tak tau apa punca... kan?

Conclusion : DIA IMAMKU banyak tips on how korang nak handle your marriage.. ahaksss... DIA IMAMKU... NAUFAL telah ditetapkan untuk menjadi IMAM buat INSYIRAH... Kun fayakun... kita tak tau aturan Allah... nmpak tak yang sebenarnya Allah dah bagi petunjuk dekat Insyirah through mimpi2 dia... tak semua orang dapat rasa macam apa yang Insyirah rasa... yes mimpi itu mainan tidur tapi tak mustahil jugak untuk mimpi tu jadi kenytaan... segalanya rahsia dia... kita berdoa yang terbaik untuk kita... in shaa allah... Aturan Allah sememangnya sebaik2 aturan... Allah memberi ujian kepada perkahwinan Naufal dan Insyirah untuk mengukuhkan lagi perkahwinan mereka... memperbaiki baik buruk mereka... kerana hidup di alam rumah tangga ini hidup perkongsian... segalanya dikongsi bersama... Hidup Naufal dan Insyirah saling melengkapi... :) 

1. ada satu kemusykilan di hati ini... orang dalam pantang boleh panjat tanggakah?? since ada part masa tu kalau tak salah Insyirah baru lepas bersalin one week tapi ada scene dia naik turun tangga... aku konpuse je... since kakak2 n kakak2 ipo aku semua yang pantang kat rumah mak aku semua tak naik atas... semua tido kat bawah jek... mak aku bentang tilam kat bawah then diorang tdo bawah je... mak aku tak kasi naik atas... ke boleh jek naik atas sebenornye?? harap maaf hanya bertanya kerana diri ini juga takde pengalaman sendiri... pengalaman menjadi pemerhati je banyak... hahaha... 

2. kak najwa... can i request untuk kisah along-encik arkitek-abang firdaus... macam menarik je kisah diorang... hohoho... tak tau la kenapa tapi saya macam tertarik dengan kisah hidup along Insyirah... :)

oky ni je kot nak bubbling... sorry atas semua kekurangan,.. dah lama tak menulis gini la jadinya... pastu menulis dengan keadaan yang kalut pulak kan sbb owner lappy nak ambik balik lappy dia nnt... hahaha... macam mana pun... tahniah kak jua... such a great novel... 4.5* saya bagi... ;) kekadang geram dengan Naufal sbb macam bnyak je dia tarik tali... hahaha... lol... again tahniah kak jua... <3

p/s: kena beli Jadi Milikku la pulak alkisahnya... hahaha... Mika and Dhiya... hoyeahhh... ohh lupa nak cakap... Mika n Dhiya pun ada jugak tau sikit dalam Dia Imamku... ahaksss... okeyhh thank you u ollss... sayang uolss ketat2... muacxxxx... ;*

p/s2: my background muzik sila bayangkan masa scene naufal main gitar n nyanyi untuk Insyirah!!! sweet!! ngeh3... that for u kak jua... kikiki <3


6 comments:

  1. wah, baca review awak terus rsa nak pi beli skarang ni jugk.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli2 jangan tak beli...tak rugi in shaa allah...
      wah..baca review saya terus rsa nak g beli eh? review sengal je pun.. hahaha... just to share apa yg saya rasa...ayat pun bnyak tunggang langgang haha... :D

      Delete
  2. Seronok baca setiap review yg akk buat. Buat orang nk ketawa mengilai. hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... Thanks sebab suka apa yang akk tulis... Jengah la selalu blog ni *kalau berupdate haha*

      Delete
  3. auww mcm suwik aja cite ni .. mmg nnti serang kedai buku terus lah jawabnya hahaha . goodjob kak .

    ReplyDelete
  4. Tak nak proloved ke novel tu? Sy nk beli😅

    ReplyDelete