Followers

Friday, February 25, 2011

4 Tips MuDaH IngAT Apa YanG Dibaca

Tip 1: Tidak Perlu ingat ayat demi ayat yang kita baca


Kebanyakkan pelajar yang mengeluh mudah lupa apa yang dibaca ialah pelajar yang cuba menghafal ayat demi ayat yang dibaca dari dalam buku, majalah atau artikel. Perkara ini bukan sahaja membuang masa malah boleh melemahkan semangat. ini kerana menghafal ayat demi ayat memakan masa yang sangat lama dan begitu madah pula ia dilupakan. Bayangkan anda menghafal ayat sebanyak satu muka surat. Apabila anda cuba membacanya semula, apakah perasaan anda jika terlupa beberapa patah perkataan daripada ayat-ayat tersebut?


Tip 2: Kenal pasti isi penting dan kata kunci


Adakah anda suka menggunakan 'highlighter' semasa membaca? adakah anda suka mewarnakan bahagian-bahagian di dalam buku yang anda rasakan penting? jika ya, bagus. Namun, berhati-hati, perhatikan dengan teliti apa yang anda warnakan. Kebanyakkan pelajar suka mewarnakan keseluruhan perenggan yang mengandungi isi penting atau kata kunci. Akibatnya, buku akan penuh dengan garisan-garisan tebal yang berwarna-warni. apabila mewarnakan keseluruhan perenggan, kita akn mengingati semua ayat yang berada di dalam perenggan tersebut. Akibatnya kita akan cuba hafal ayat demi ayat. tambahan lagi, mewarnakan keseluruhan perenggan membuatkan muka surat yang dibaca kelihatan banyak sekali perkara yang perlu diingati. Mana tidaknya, kalau satu muka surat ada 12 perenggan, 9 perenggan telah anda warnakan. Tidakkah ia melemahkan semangat? Apa yang patut anda warnakan ialah hanya "perkataan penting" sahaja. Elakkan diri daripada mewarnakan keseluruhan perenggan. Jika satu perenggan ada isi penting, warnakan perkataan penting itu sahaja. ini akan membuat anda lebih peka kepada perkataan penting tersebut. Lebih menarik lagi, dalam satu muka surat, tidak ada terlalu banyak perkataan penting. Jadi anda tidak mudah lemah semangat.


Tip 3: Belajar untuk percaya kepada diri sendiri dan yakin untuk kembangkan ayat-ayat sendiri berdasarkan isi penting.


pelajar di dalam tingkatan 4 dan 5 seharusnya sudah berani mengembangkan dan membina ayat sendiri menggunakan kata kunci yang ada. jangan takut salah dan jangan takut yang dibina tidak berkualiti. Semakin banyak anda berlatih untuk membina ayat sendiri berdasarkan kata kunci, semakin cekap anda melakukannya. Di dalam peperiksaan semasa menjawab soalan berbentuk esei contohnya, apa yang dicari oleh pemeriksa ialah isi penting atau kata kunci yang memenuhi kehendak soalan. Pemeriksa tidak terlalu memerhatikan bagaimana cara anda mengolah ayat-ayat anda. asalkan ia boleh difahami, sudah pasti ia mencukupi. Bayangkan pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan sepanjang 2 muka surat. Kertas jawapan itu ditulis dengan ayat yang indah dan berbunga-bunga. Namun, satu isi penting pun tidak ada. adakah kertas jawapan ini akan mendapat markah yang baik? Sudah tentu tidak. Jadi, tumpukan perhatian untuk menghafal isi penting dan kata kunci. kemudian berlatih untuk kembangkan dan bina ayat menggunakan kata kunci yang telah kita hafal.


Tip 4: Alihkan kata kunci yang ditemui ke dalam satu buku khas.


Ada tabiat pelajar yang suka mencari isi penting dan kata kunci tetapi membiarkannya sahaja kekal di dalam buku yang dibaca. Contohnya, apabila pelajar ini membaca buku dan terjumpa kata kunci, dia akan sekadar tandakan kata kunci itu dan biarkannya di situ. satu cara mudah untuk kita ingat kata kunci yang baru kita baca itu dengan mengalihknnya ke dalam satu buku khas. Jika anda sedang membaca buku Sejarah, sediakan satu buku khas untuk kata kunci dan isi penting subjek sejarah. Apabila anda jumpa isi-isi penting semasa membaca, tandakan dan salin semula ke dalam buku khas tadi. Aktiviti ringkas menyalin semula ke dalam buku khas ini sahaja sudah mampu membantu anda untuk lebih mudah ingat apa yang baru dibaca tadi. satu perkara yang perlu anda tahu juga, apabila semua kata kunci dan isi penting telah dialihkan ke dalam buku khas, anda mudah untuk mencarinya. anti tidak perlu menyelak semula buku teks atau rujukan untuk mencari di mana anda pernah lihat sesuatu kata kunci. Semakin mudah anda mencari kata kunci yang ada, semakin mudahlah juga proses anda untuk mengingatinya. Bagus juga sekiranya anda mempunyai buku khas untuk perbendaharaan kata. Sediakan satu buku khas untuk maksud perkataan Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab yang anda telah pelajari. Jika anda sedang membaca artikel Bahasa Inggeris, jangan tuliskan maksud perkataan tersebut di dalam artikel yang sedang dibaca tetapi tuliskan di dalam buku khas perbendaharaan kata tadi. Kemudian luangkan masa untuk menghafalnya. Teknik ini jauh lebih berkesan daripada pelajar yang suka menulis maksud perkataan di dalam bahan yang sedang dibaca. Satu sebabnya ialah jika anda hanya tuliskan maksud perkataan di dalam bahan bacaan, anda tidak akan cuba menghafalnya. Anda rasa selesa kerana semua maksudnya sudah ada di depan mata iaitu di dalam bahan bacaan itu. namun jika anda terjumpa lagi perkataan itu di dalam bahan bacaan lain, pasti anda akan hadapi kesukaran

No comments:

Post a Comment