Followers

Wednesday, July 10, 2013

Review Suamiku Tak Romatik tapi Autistik



Hai2 bertemu lagi dalam en3 kali ni *bajet retis katakauuu*

Okey ni adalah review kedua okey selepas novel kak Suri Ryana Kali ni novel dari kak Farisha Imani pulak yang diberi tajuk Suamiku tak romantik tapi autistik (STRTA) Ni adalah first novel kak FI yang telah diterbitkan oleh Karyaseni Novel kedua beliau in shaa allah akan keluar bulan 9 ni juga under Karyaseni tajuk Akankah bahagia itu milik kita walaweiii sempat lagi aku promot hahaha Novel ni dah lama keluar setahun dah ada kat pasaran kalau tak salah Aku baru je lagi beli novel ni masa bulan ¾ macam tu la Planning dah lama nak beli novel ni, masa baru keluar lagi tapi bertangguh-bertangguh Tapi Alhamdulillah dapat la jugak beli novel ni Kenapa dari dulu aku nak beli novel ni? Sebab tajuk dia unikkk kikiki

Seperti biasa memperkenalkan watak2 bagi novel ni Nura Alia dan Syed Azwan/boboy


 Serba sedikit tentang STRTA

Cerita ini mengisahkan tentang Nura Alia yang berkerja sebagai penyiasat Dia berkerja sebagai penyiasat sebab dia tak nak kerja dengan ayah dia En Razak. Nura Alia telah mendapat kes baru dengan bantuan sahabtanya Romy. Nura Alia dikehendaki mengintip kekasih kepada Syed Azmi, si player Pada mulanya memang Nura Alia tidak berminat dengan Syed Azmi kerana perangainya yang kaki perempuan tapi tanpa disangka Nura Alia telah tertipu dengan lakonan mantap Syed Azmi yang kononnya-kononnya telah insaf dan ikhlas menyintai Nura Alia. Segalanya terbongkar apabila Syed Azmi hampir-hampir memperkosa Nura Alia. Selepas kejadia itu, Syed Azmi telah menghilangkan diri tanpa mengucapkan kata maaf dan perkara ini telah menyebabkan Nura Alia berdendam dengan Syed Azmi. Nura Alia mengambil tindakan untuk memasuki  ke dalam keluarga Syed Azmi dan kemudian membolot harta keluarga Syed Azmi. Nura Alia telah menjadi pengasuh kepada Boboy Siapa Boboy? Boboy adalah abang Syed Azmi, Syed Azwan yang mengalami penyakit autism setelah kematian adik perempuanya. Pada luaran, Boboy kelihatan normal dan sangat kacak sehingga pada mulanya, Nura Alia sendiri tidak menyangka bahawa dia perlu menjaga seorang lelaki autism yang sangat kacak.

Semakin lama, Nura Alia berada di dalam keluarga Syed Azmi semakin terhakis niatnya untuk membalas dendam kerana keluarga Syed Azmi yang sangat baik. Dia juga tidak smpai hati untuk mengambil kesempatan di atas kekurangan Boboy.

Boboy dan Nura Alia ditangkap basah! Yup. Nura Alia dengan Boboy ditangkap basah semasa berada di kampong Nura Alia. Pada asalnya Nura Alia pulang ke kampong atas desakan ibu dan ayahnya yang ingin dia berjumpa dengan calon menantu pilihan mereka Syam.  Nura Alia telah menolak sekeras-kerasnya lamaran Syam kerana padanya Syam adalah seorang yg munafik. Hanya berlakon sebagai seorang yang alim dan semuanya ternyata betul apabila dia cuba memperkosa Nura Alia dan memanggil orang kampong untuk menangkap mereka berdua. Tetapi nasib tidak menyebelahi Syam kerana boboy telah menyelamatkan Nura Alia *masa ni hanya terdapat Nura Alia dan Boboy di rumah*

En Razak telah bersetuju untuk mengahwinkan Nura Alia dan Boboy? Kenapa Encik Razak berkeras ingin menjodohkan Nura Alia dengan boboy, seorang lelaki yang mempunyai penyakit autism? Tegarkah seorang ayah memperjudikan nasib satu-satu anaknya?

Akhirnya Nura Alia dan Boboy berkahwin walaupun isteri En razak tidak bersetuju dengan rancangan ini. Padanya adalah lebih baik jika dikahwinkan sahaja Nura Alia dengan Syam dari Boboy, budak tak cukup seringgit.
Bulan madu mereka telah diuruskan oleh mama,papa boboy ke Terengganu Semasa mereka ke Pulau Redang, macam2 peristiwa berlaku Peristiwa yang dirancang oleh Syed Azwan yup Syed Azwan bukan boboy apa beza Syed Azwan dan boboy? Syed Azwan adalah lelaki yang normal bukan budak tak cukup seringgit macam boboy *mesti korang pening kan? Hahaha*
Yezzaaaa Syed Azwan hanya beralakon menjadi budak tak cukup seringgit, dia masih normal Selama 7 tahun dia berlakon menjadi boboy dan rahsianya ini telah diketahui oleh en Razak kerana itu En Razak membenarkan Boboy berkahwin dengan Nura Alia? Macam mana En Razak tahu rahsia boboy ni? Sila baca sndiri kikiki Sebab apa Syed Azwan menyamar jadi boboy? Baca sendiri

Tanpa sedar Nura Alia mula jatuh cinta jatuh cinta pada Boboy budak tak cukup seringgit kerana itu dia telah menjalankan tanggugjawabkan sbgai isteri yang sebenar-benarnya semasa mereka bulan madu itu. Boboy telah berlakon menjadi mabuk untuk mengelakkan Nura Alia menyedari hakikat yang boboy masih Syed Azwan yang normal. Akhirnya dengan berani Nura Alia meluahkan persaan cintanya pada boboy walaupun dia sedar boboy tak mungkin memahami apa maksud cinta itu. Boboy juga telah nekad untuk menceritakan perkara sebenar setelah pulang dari bulan madu dan mendengar luahan hati Nura Alia itu.

Tapi tiba-tiba Syed Azmi muncul Syed Azmi telah pulang dari luar Negara. Syed Azmi tidak dapat menerima kenyataan Nura Alia, gadis yang dicintainya telah berkahwin dengan boboy, manusia yang paling dibenci olehnya. Pada pandangan Syed Azmi, Syed Azwan lah penyebab kematian adik mereka.

Niat Boboy untuk berterus terang terpaksa dibatalkan kerana Boboy ingin menyiasat apakah rahsia yang disembunyikan oleh Nura Alia dari pengetahuannya Adakah Syed Azmi dan Nura Alia saling mengenali
Boboy mula menjauhkan diri dari Nura Alia apabila dia mengetahui perkara sebenar. Diari yang dijumpai di rumah En Razak menceritakan semua rancangan Nura Alia untuk membalas dendam. Dan lebih malang apabila diari tersebut dijumpai oleh mama Boboy. Disaat semua membenci Nura Alia satu lagi rahsia terbongkar Nura Alia mengandung!! Mengandungkan anak Syed Azwan Apakah tindakan Boboy? Adakah dia akan menceritakan tentang kebenarannya? Bagaimanakah penerimaan mama dan papa Syed Azwan yang ditipu selama 7 tahun? Dapatkah Nura Alia memaafkan penipuan Boboy? Adakah dia memaafkan kesalahan Nura Alia? Apakah misteri disebalik pembunuhan adik mereka? Dapatkah Syed Azmi menerima kenyataan? Segalanya terjawab dalam Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik.. Boleh dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli on9 dengan karyaseni :D

Pendapat tentang STRTA

1.      First of all mmg tebal novel ni dengan ketebalan 888ms agak semput aku nak habiskan haha tapi novel Siti Rosmizah tebal lagi ah yg tu mmg patah tangan nak pgg haha Percubaan pertama yang tak mengecewakan First novel kan boleh perbaiki lagi the next novel :D

2.     Terlalu bnyak kot part merajuk pujuk merajuk pujuk hehehe kadang2 rasa macam novel ni tebal sebab part tu jek
 
3.     Boboy and Nura Alia yang sengal perangai macam kanak2 ribena hahaha

4.     Bnyak benor halangannya untuk boboy ceritakan perkara sebenar. Better kalau pendekkan sikit kot part boboy jadi boboy and banyakkan part boboy jadi syed azwan erkkk. Bahasa apa aku pakai tu? =.=’

5.     Apa kata lepas ni buat kisah Syed Azmi pulak? Macam menarik je kisah dia.. heee~

6.      Syed Azwan yang PENGECUT Sangat pengecut Dia sanggup menyamar jadi autistik sebab nak lari dari masalah kes pembunuhan adik dia. Syed Azwan yang cepat putus asa tapi mamat ni agak sweet la sikit jek sweet dia sbb tak bnyak part dia jadi syed azwan arn banyak part sengal dia as boboy je hahaha.. kanak2 betul..

7.      Yg bestnya novel ni beri aku pengetahuan tentang budak2 autism yang sumpah tak pernah tau n dengar pun sebelum ni Dengan baca novel ni automatic macam dekatkan aku dengan budak2 penyakit autism Teringin nak jumpa and tgk sendiri macam mana budak2 autism ni serba sedikit maklumat boleh dapat dari novel ni ;)

8.      Pendendam Nura Alia dan Syed Azmi yang boleh dikatakan pendendam Nura Alia dendam dengan Syed Azmi smpai nak balas dendam tapi lastly dia yang susah sebab dibenci walaupun kejap je Syed Azmi yang tak dapat maafkan Syed Azwan atas kematian Sharifah Azlina adik diorang. Kadang-kadang tgk Syed Azmi ni macam tak dapat nak terima kenyataan juga la Tapi tu la manusia mmg macam tu kadang2 payah nak terima
9.      What u give u get back aku rasa dalam novel ni boleh pakai kot istilah tu hahaha Tgk keadaan Nura Alia dgn Syed Azwan Nura Alia ada rahsia macam mana Syed Azwan ada rahsia Rahsia yang bakal mengecewakan dan menyebabkan diri mereka hampir dibenci kalau nak kita darab bahagi depa dua ni sama je hahaha

10.    One more jangan lari dari tanggugjawab Syed Azwan lari dari tanggungjawab dia and adik dia jadi mangsa Orang yang tak bersalah jadi mangsa

11.     Lagi satu yang bestnya novel ni mmg unik lain dari yang lain so far aku tak pernah baca lagi novel tentang hero ada penyakit autism ni Selalunya aku baca mmg hero normal la kalau ada pun mesti tak bnyak kan hero yang tak normal ni walaupun Boboy ni sebenarnya normal tapi mula2 kita tak tau pun dia normal Kiranya kak FI mmg punya idea yang mantap ah fresh gituuu ingat senang nak cari idea yang lain dari orang ni? Tabik springggg ah
 
12.    Last but not least elemen suspen n tertanya2 mmg menjadi kita jadi macam tak sabar nak tau kenapa macam ni kenapa macam ni apa jadi sebenarnya apa rahsia diorang sebab keluarga boboy ni boleh dikatakan penuh dengan rahsia :D

Tu je kot hahaha Untuk kak Zubaidah Ibrahim aka Farisha Imani Atie tunggu next novel akak Si Fariz sengalllllllllllll tak sabo nak hentam dia ni hahaha Overal 3.5* untuk novel first akak ayat n bahasa akak boleh perbaiki lagi tu boleh mantapkan lagi tapi okey la tak mengecewakan pon your first novel ni good try from u kak ;) kalau ada yang terasa hati, terkasar bahasa I’m sorry maafkan saya biane *______*

1 comment:

  1. kalau teringin nak tengok budak autistik boleh pergi mana-mana hosp bahagian pakar kanak-kanak. U will understand how it looked like authistic kids or ADHD ...

    ReplyDelete