Followers

Friday, July 12, 2013

Review : Dia... Random Guy



Assalamuaikum everybody yeahhh untuk uolls yg sudi singgah blog ai yg entah apa2 ni Kenapa 2 hari ni aku rajin update? Jawapannya adalah sbb aku nak kejar masa nak balik kolej sudaaa masa untuk bersuka ria sudah tamat:’( 

And this entry will be the last review novel sebelum aku balik KK (bukan Kuala Kangsar or Kota Kinabalu yer tapi Kuala Ketil kikiki)

Novel yang terpilih adalah Dia Random Guy (DRG) by Farah Husain Oh yeah aku berjaya habiskan novel ni dalam masa sehari SEHARI *capslock* okey bangga kejap dengan diri sendiri sebab sejak habis sek men ni dah lama aku tak habiskan baca one novel dalam satu hari Nampak tak kenyataan dia disitu?? Kenyataan yang aku duk pulun nak habiskan be4 Sabtu Actually novel Dia Random guy ni dari hari abg poslaju hantar lagi aku nak baca mmg tak sabar la nak baca tapi memandangkan masa tu aku tengah baca STRTA, dengan sibuk nak kendurinya jadi aku simpan dulu dalam rak Tapi semput nafas la jugak duk tahan dari baca Dia Random Guy tu Asyik menjeling je rak novel huhuhu


 DRG ini merupakan novel keluaran IdeaKreatif apa tak pernah dengar?? Takpe aku maapkan sebab IdeaKreatif ni still baru n DRG n PTA (pergi tanpa alasan) adalah buku berkembar pertama diorang PTA tu buku penulis Hani Fazuha Kenal Hani Fazuha? Dulu novel dia under Alaf21 tapi aku rasa lepas ni novel2 dia keluar IdeaKreatif je kot memandangkan dia owner IdeaKreatif tu hehehe PTA tu pun aku ada order tapi tak smpat bank-in lagi *ceq mintak tlg org bank-in kan sbb ceq jarang kuar umah takde member T_T
Okey kalau nak lebih mengenali ttg Idea Kreatif ni boleh carik fb diorang join group or like page then boleh terjah website diorang :D




Serba-sedikit tentang DRG

DRG ni mengisahkan tentang seorang gadis yang berusia 32tahun tetapi masih solo, Alina Suffiya. Mana datangnya nama Random Guy tu? Sapa Random Guy tu? Okey Alin telah pergi ke majlis reunion sekolahnya tanpa mengetahui musuhnya Zufa turut hadir. Sebelum ini Alin mengelakkan diri dari menghadirkan sebarang majlis yang dilakukan oleh rakan-rakan sekolahnya kerana tidak mahu berjumpa Zufa. Tetapi kali ini Alin tidak dapat mengelakkan diri lagi apabila sahabat baiknya Wawa menipunya dengan mengatakan Zufa tidak akan hadir pada majlis itu jadi dengan senang hati, Alin menghadirkan diri pada majlis itu.

Mengeruhkan keadaan apabila Zufa terlalu asyik memerli si Alin kerana dia belum berpunya Apabila Alin sudah tidak dapat menahan perasaan marah di dalam hatinya, dia telah mengatakan dia telah bertunang Untuk menguatkan lagi kenyataan dia telah bertunang, dia telah menarik seorang lelaki yang ketika itu berada di sebelahnya untuk menjadi ‘mangsanya’ dia telah memperkenalkan lelaki itu sebagai Kay. Alin menyangkakan mulut Zufa akan diam tetapi siapa sangka, darling si Zufa yg turut berada di majlis itu sebenarnya adalah along kepada ‘Kay’. Dan rahsia pembohongannya turut terbongkar malam itu juga Selepas kejadia itu ‘Kay’ atau nama sebenarnya Zariel Amzar mula berdendam dengan Alina Suffiya. Padanya kehadiran Alina Sufiyya telah menghuru-harakan hidup dia. Alin sangka semuanya akan berakhir pada malam itu tetapi *jeng3x* wakakakak saja letak mood suspend

Amzar akan menjadi bos baru di tempat Alin bekerja Salam Consultant. Amzar merupakan anak sedara kepada pemilik Salam Consultant, haji Salam. Haji Salam telah meminta bantuan daripada Amzar untuk memulihkan kembali syarikatnya yang semakin teruk. Amzar telah menyuruh Fahmi mencari maklumat tentang Alin dan tanpa membuang masa terus diletakkan nama Alin di bawah liability Apa tu liability? Aku pun tak berapa nak tau sangat tapi melalui apa yang aku baca dan mengikut jalan cerita tu macam pekerja yang akan dibuang untuk mengurangkan perbelanjaan syarikat Something like that la Bila Alin dah diberhentikan kerja dia geram sgt kat Amzar sbb dia tau Amzar nak balas dendam kat dia pasal kes malam tu
 
Nasib menyebelahi Alin bila Zafril, abang kepada Amzar merangkap ‘darling’ kepada Zufa menawarkan Alin untu menghantar resume ke syarikat mereka Prima Group. Dengan kelayakan hanya SPM pada mulanya Alin tidak mempunyai keyakinan yang dia akan diterima bekerja di Prima Group. Tapi dah memang jodoh Amzar dengan Alin Alin diterima bekerja di Prima Group and apa yang lebih menyeronokkan dia bekerja di bawah Zariel Amzar Yess Encik Zariel Amzar merupakan bos kepada Cik kerani Alina Suffiya.. Pada mulanya Amzar berkeras tidak mahu menerima Alin tetapi setelah dipujuk oleh Zafriel, dia menerima cik kerani dgn syarat ‘three strikes, you’re out!’ Cik kerani terus menggelarkan Amzar Sexy Goatee!! Hahaha Hubungan diorang mmg tak pernah aman gaduh je kejenya tambah2 bila Amzar selalu je buli Alin. Hubungan diorang menjadi baik sikit selepas diorang pergi Port Dickson atas urusan kerja. Amzar telah menuduh Alin ingin meruntuhkan rumah tangga org lain dan demi meraih kemaafan dari Alin, Amzar menurut perintah cik kerani supaya tidak meninggikan suara dengannya.

Hubungan diorang mmg ada pasang surut Kehadiran Hairi, bekas kekasih Alin menyebbakan si Sexy Goatee tidak senang duduk. Keadaan menjadi teruk apabila Amzar mengetahui kisah silam diantara Alin dan Hairi bagaimana terseksanya kehidupan cik kerani dikerjakan isteri Hairi sehingga Alina Suffiya dibuang kolej, dipukul dihadapn rakan, sehingga menyebabkan Alina Sufiya kehilangan ayahnya Sexy goatee cuba melindungi cik kerani dari Hairi tetapi tuduhan yang dilemparkan oleh Amzar pada cik kerani menyebabkan cik kerani mengambil tindakan untuk berhenti kerja And again Alina diserang oleh bekas isteri Hairi, Cik puan blonde di pejabat tetapi serangan yang diterima sempat dihalang oleh encik boss yang tidak sanggup melihat cik kerani disakiti sekali lagi Untuk melindungi cik kerani dari cik puan blonde dan mengikut kata hatinya yang mengatakan Cinta.Alina, Amzar membuat kenytaan yang Alina adalah tunangnya dan mereka bakal berkahwin Akankah bahagia milik mereka apabila masing2 tidak meluahkan rasa cinta masing2? Dan yang penting, adakah alin menerima cadangan amzar agar mereka berkahwin untuk melindungi cik kerani daripada cik puan blonde? Bagaimakah pengakhiran kisah hidup amzar dan alin, Kenapa Zufa sangat benci dengan Alin?  Sila dapatkan di kedai buku okey novel DRG ni and what I can say mmg tak rugi RM23 henngget korang tu kalau korang punya selera-type-novel same like me :D

Pendapat tentang DRG

1.      Awsomeeeee!!!!!!!!! One of the best novel I have read Kompem masuk list cerita fav aku. Bahasa yang digunakan pun simple takde la macam ayat buku sgt n jujur dari hati aku tak suka sgt *bkn tak suka terus okey? Sometime okey je kene tgk cara penulis tu olah* ayat yang terlalu ikut buku terlalu skema sebab satg aku cepat bosan + mengantuk.

2.     Jangan serbu tak pakai helmet hahaha ni perangai Amzar suka sangat marah Alin tanpa periksa cerita sebenar main bambuu ja si Alin tu tanpa fikir perasaan si Alin tu and lastly dia menyesal tak sudah sebab tuduh alin macam2

3.      Kisah hidup alin yang sangat sedih bergenang jugak air mata aku baca kisah penderitaan Alin semasa bercinta dengan Hairi and nasib baik dia tak terima dah hairi tu Dah boleh bayangkan macam mana dia cuba bangkit dari dia jatuh tu demi mak n adik tiri dia
 
4.     And please ni bukan sinetron okey? Asal dengar mak tiri je jahat asal tiri je jahat mak n adik tiri alin ni sgt baik n hubungan diorang sgt baik and I can said ada org walaupun dengan family kandung tak rapat macam mana alin rapat dengan family tiri dia Penuh kasih sayang family Alin walaupun aku tau perjalanan hidup diorang nak dapat keluarga yg penuh kasih sayang macam tu PAYAH penuh liku

5.     Zariel Amzar yg super-dead-gouges-damp-sweet tahap kencing manis Yeahhh the earlier Amzar mmg sgt beku-sengal-arrogant tapi penangan Alina Suffiya dapat lahirkan Zariel Amzar yang super-sweet-romantic at the end ^^

6.      Kadang-kadang kita sangka apa yang kita buat tu tak salah tapi tanpa sedar benda tu sebenarnya menyakitkan hati orang lain kita anggap benda tu gurauan tapi orang lain? So think before speak jaga perasaan orang lain sama jangan terlalu selfish I can said Zufa sebenarnya baik Cuma dia jadi macam tu bila Alina gelarkan dia macam2 Yess Alina tak sangka Zufa dengar sebab dia ingat tu hanya gelaran dia dengan Wawa BFF
7.      Cik Kerani memang suka sangat gelarkan org Contoh Encik Boss macam2 gelaran dah dapat kat dia hati kering, sexy goatee, sos salad and aku suka sejarah Alin gelarkan Amzar sos salad sebab it’s make me realised about something something yang aku takkan mampu nak gapai huhuhu It’s real tak semua benda kita boleh dapat
 
8.      Jangan pendam bila ada masalah *sometimes it look like me huh* Boleh dikatakan Alin ni suka lari dari masalah Bila dia ada masalah dia kan berkurung dalam bilik n nangis Tak share dengan sape pon walaupun BFF sendiri Mungkin niat dia baik tak nak risaukan org yang sayangkan dia *sometimes aku piker macam ni jugak* tapi tanpa kita sedar sebenarnya bila kita tak share problem dengan org yang sayang kita, tambah2 problem yang maha besar secara automatic orang tu akan kecik hati dengan kita diorang akan ingat diorang tak cukup penting dalam hidup kita sedangkan dia pgg title BFF sometimes jugak *berapa bnyak sometimes daaa* kita sebenanrnya menyebabkan org tu lebig bertambah risau dgn keadaan kita

9.      Cukup la kot erkkk sebennarnya serius bnayak gila pengajaran n benda yang aku dapat dari novel ni kasih sayang dendam memaafkan sahre jaga perasaan org lain friendship trust and masa silam ego

10.    Oh yeahhh luposss Amzar sgt ego nak luahkan perasaan dia ke Alin I can said kalau Amzar lambat bertindak mmg dia akan hilang Alina Hilang kebahagian dia So tak salah kalau sesekali kita rendahkan ego kita untuk kebaikan kita jugak Apa je pun yg kita dapat kalau kita TERLAMPAU mempertahankan ego kita yess I admit sometimes ego tu perlu and jangan lupa, sometimes ego tu jugak kena buang ;)

11.     Dendam itu indah bila memaafkan Macam mana teruk pun seorang ibu tu pada kita Walaupun dia tinggalkan kita n yess this is one of masa lampau Alin ibu kandung dia Ibu kandung dia yang sanggup tinggalkan dia n ayah dia sebab tak sanggup nak hidup susah You know what Masa ni aku harap, aku boleh jadi seorang yang setia bersama hadapi susah pahit dgn family aku Aku tak nak tinggalkan diorang sendiri because it’s hurt :’(

12.    I can said DRG ni salah satu novel yang santai tak berat n jalan cerita tak meleret-leret ala2 sinetron iyer la kalau buku je tebal, isi meleret2 takde isi nak buat apa kan? And I hate repetation and alahmdulillah DRG aku rasa takde repetation yg boleh membuatkan aku bosan aku happy n enjoy bila baca novel ni :D
Untuk writer, kak Farah Husain Thank you so much sebab hasilkan karya macam DRG untuk bacaan kami yang kaki novel ni Congrats sebab berjaya hasilkan novel yang super-hot-romantic-sweet-gorgeous-funny Ai kasi 5* kat akak atau dalam makna lainnya bintang penuh untuk DRG And seriously aid ah tahap jatuh-terterap-terteonggeng-melting-cair-lebur-kejung dengan Amzar punya sifat romantic-sweet dgn Alin hai kalau la bakal pemilik tulang rusuk kite macam Amzar ohhhmaiiiguccciii pitam mak nokss hahaha harap2 akak dapat hasilkan karya seumpama DRG di masa akan datang

 Ohhh yeahhh and penangan Amzar and Alin tadi aku g beli lotion Johnson’s baby hekk sebelum ni aku pakai Vaseline je kot ni tiba2 g cablas Johnson’s baby gilossss kauuu kuat habaq ang penangan DRG kat aku :D

Oh sampai sini je tata~~~ *no more review until my next sem break J   
P/s: Dok rasa ada lagi benda nak tulis pasal DRG ni tapi lupa plak dah *_____*

2 comments:

  1. Hai dear!
    First of all, ur background song! Kiss me?! *buat akak senyum sampai telinga*

    Terima kasih dik sebab sukakan DRG. Baca review awak buat hati saya senang sebab saya berjaya gembirakan pembaca saya. Masa menyiapkan DRG sangat suntuk jadi kalau ada terjumpa apa-apa yang tak kena di dalam novel ni, minta maaf ya. :D

    Sekali lagi, thank you for your honest review. I really appreciate it. Insya-Allah, untuk karya akan datang, saya akan cuba buat yang lebih baik lagi.

    p/s: Johnson baby lotion can be sexy, kan? *wink*

    Have a nice day, dear. All the best to you. Teruskan menyokong novel-novel Idea Kreatif, ok?

    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh writer DRG baca my review... malu ah cenggini... kikiki...

      yeahhh background song... hehehe... hari2 dengar lagu ni kak... pastu senyum sorang2... kikiki... ^^

      yeahhh most welcome... tak sabar nak tunggu next novel akak... in syaa allah tahun depan kan? hihi



      Delete