Followers

Wednesday, July 10, 2013

Review Playboy itu suami aku?

Assalamualaikum semua. *sambil buat lambaian ala miss world*
Sesungguhnya saya tidak bercita-cita untuk menjadi org munafik T_T bukan tak sudi nak update blog tapi malas dan yg bagusnya bila aku ada mood nak update, line internet macam sengal grrrrrr *sakit jiwa*

Sebagai contoh, entry ni sebenarnya dah lama aku buat, tapi aku sempat buat sekerat je sebab lepas tu internet putus jadi dia pun tersadai la di dalam draft hari ni aku nak sambung update dgn penuh semangatnya, line macam siput b*** last2 aku buat dalam word pasal munafik tu akan diusahakan sebelum khamis *lepas ni mmg tak nak janji dah takut tak mampu.. huhuhu
Dari tadi aku membebel korang tau ke aku nak up pasal apa ni? Mesti tau yer dok? Takkan tak reti baca tajuk atas tu kan? Heee~ Yeahhh setelah sekian lama Finallay aku kembali dengan menulis review novel dgn bahasasukahatiaku Kalau tak best maap la noh sebab apa aku tulis ni berdasarkan apa yg aku baca n my opinion kita semua tak sama pendapat depends ourself jadi sebelum saya memulakan ucapan saya *wakakaka bajet perdana menteri* okey3 serius sebelum aku mula, aku mintak maaf siap2 okey? Sapa rasa tak mau baca boleh tekan button pangkah siap2 ^^

*patah2kan jari depan lappy* warghhh agak ganas bunyi disitu yer hahaha :P
Oraite novel yg terpilih kali ni adalah novel ke3 kak Suri Ryana Playboy itu suami aku? Kak suri is one of my favourite writer tiga2 novel dia aku baca M.A.I.D dengan Isteri Separuh Masa tapi novel first dia aku takde copy sebab masa tu pinjam kat bff aku yerlah student lagi kan bila dia dah beli, aku pinjam je la kat dia n macam tu la sebaliknya

Dah ready nak baca review aku? Hahaha okey2 sila scroll ke bawah


Taraaaaaaaaaaa!!! Hahahahah. Jamu mata dulu meyh :P
Gambar ni aku edit sendiri dgn bantuan photoshop kesayangan haha Itulah watak utamanya Raja Adrian Benjamin dengan Afina Aulia


Ni pulak novel PISA (Playboy Itu Suami Aku) kesayanganku yg dipeluk oleh bear anak sedara aku tgk bear tu pun sayang novel PISA kah3 okey3 stop merapu sian korang eh aku mendera

Serba-sedikit tentang PISA

Pertama kali Adrian (King) jumpa dengan Fina masa dekat kedai bunga kawan baik dia, Syaf. Adrian ni datang nak beli five bouquet roses tapi Fina yg kena ambik order sebab si Syaf tu sakit perut. Mula2 si Fina ni kemain la puji si Adrian ni melambung-lambung sekali bila Adrian cakap

“Kat atas kad tulis ayat ni.”

On this day, a very special person was born. Happy birthday, beautiful. I love you so much!

King

Dan lima2 bouquet tu kena tulis ayat yg sama dgn nama yg berlainan maka tersedar la Fina ketika ini yang berada di hadapan dia adalah seorang Crocodile hahahaha terus lenyap segala pujian Tapi Fina sedikit terkejut bila membaca salah seorang perempuan yang ditulis oleh Adrian FISYA!! Sapa Fisya ni? Yes Fisya ini adlah adik kembar Fina. Tapi Fisya ni tak pernah nak berbaik dengan Fina sebab Fina ni jenis yang tak pandai bergaya berbeza sangat dengan Fisya yang pandai bergaya. Fisya yang menjadi kegilaan ramai org. Tapi masa tu Fina sedapkan hati dia, mungkin nama je sama sbb dia sendiri takut kalau adik dia menjadi mangsa crocodile macam Adrian ni

Semuanya terbongkar masa birthday party Fisya Kenapa birthday party Fisya je sedangkan diorg kembar? Sebab Fisya tak nak buat sekali dengan Fina. And masa birthday party tu jugak secara tak sengaja fina tertampar si Adrian ni Dipendekkan lagi cerita satu hari tu Fina kena ikut Syaf pergi rumah sorang Puan Sri yg sangat cerewet ni. Selalunya Syaf akan pergi dgn kakak dia tapi memandangkan kakak dia takde jadi Syaf ajak Fina teman

Suratan atau kebetulan *tetibe* hahaha Adrian rupanya anak Puan Sri tu Fina cuba lari dari Adrian tapi malangnya Adrian nmpak dia and lagi malang bila Adrian berdendam dengan Fina sebab Fina tampar dia And guess what?? Puan Sri berkenan nak jadikan Fina menantu dia lepas nmpak Fina solat At first Fina tak nak terima and diorang kahwin jugak tapi tetibe 

*sila hambek mood suspend*

Fina hilang ingatan! Yes hilang ingatan! Dia mengalami accident Dia tak ingat sapa Adrian Dia ingat mak ayah dia, Fisya je Dia tak percaya dia kahwin dengan Adrian, si Playboy mak Fina selalu cakap dia bahagia kahwin dengan Adrian tapi Fina tak percaya sebab nmpak sgt Adrian tu tak suka kat dia

Sampai satu tahap, Puan Sri mintak tolong Fina jadi setiausaha Adrian untuk awasi and buang perangai playboy Adrian tu Hari berganti hari masa berganti masa hari berganti hari Fina mula jatuh cinta pada Adrian tanpa sedar tapi perasaan itu cuba dikikis mengenangkan Adrian adalah seorang playboy Adrian juga mula menyukai Fina apatah lagi sebaik sahaja Fina menjadi setiausahaya Fina telah ditranformasikan oleh Puan Sri menjadi Fina yang baru.

Fina yang baru juga bukan lagi Fina yang dulu yang hanya mengikut telunjuk Adrian tanpa melawan. Tragedi kelakar telah berlaku apabila Adrian menyuruh Fina membuat nasi goring kepadanya dan dua lagi sahabatnya. Fina telah meletakkan wasabi di dalam nasi goring yang dimasaknya dan julap di dalam air yang dibancuh Apa lagi mengamuk la si Crocodile tu pada keesokkan harinya.

Adrian mengambil tindakan yang berani apabila cuba meluakan perasaannya selepas Fina hampir-hampir diperkosa oleh Dato’ Hashim. Tapi luahannya telah disalah tafsirkan oleh Fina oleh sebab itu Fina tidak mahu mendengar sehingga habis apa yg ingin diucapkan oleh Adrian. Semasa Fina ingin lari dari Adrian secara tak sengaja Fina terjatuh dan kepalanya mengalami kesakitan dan kerana peristiwa itu, Fina mendapat kembali ingatannya yang hilang itu. Ya! Dia kembali ingat apakah yang menyebabkan dia menerima Adrian dalam hidupnya suatu ketika dulu Tapi hal ini dirahsiakan dahulu daripada pengetahuan Adrian. Nak tahu apa yang menyebabkan Fina terima Adrian? Sila beli novel PISA di kedai buku berhampiran or order je on9 kalau malas nak keluar rumah g bookstore Apakah yang menyebabkan Fina kemalangan? Adakah Fina dan Adrian akan meluahkan perasaan masing2? Apakah yang menyebabkan Adrian menjadi seorang Playboy? Apakah yang terjadi kepada Fisya? Bnyak lagi halangan yang akan berlaku dalam hubungan diorang sehingga Fina terpaksa membawa diri jauh dari Adrian demi keselamatan Adrian

Pendapat tentang PISA

1.       PISA adalah novel yang boleh dikatakan kahwin paksa la jugak sebab Adrian tu tak nak   terima Fina walaupun dia tak nak ceraikan Fina.
2.     Raja Adrian Benjamin yang sweet dengan cara dia sendiri Cair woah masa dia nak buat luahan perasaan kat Fina tu Dengan kanak-kanak dari rumah anak yatim *apa kaitan Adrian dengan budak2 ni? Hahaha* serahkan 50 belon dekat Fina n dekat 3 belon tu ada tulis

Afina Aulia, I love you so much! Would you be my wife forever?

Afina Aulia, I love you so much! Do you love mu too?

Afina Aulia, Raja Adrian Benjamin janji akan setia dengan awak seorang aje. Sudikah awak menemani dia sampai bila-bila?

Pastu ada pulak sorang budak perempuan datang bawak bunga n hadiah lepas tu dia tanya

“Sudi tak mama terima papa dan hidup selama-lamanya bersama paps?”

Oh my Gucci perghhh cair oi cair cair lebur hek kenapa budak tu gelarkan Adrian ‘papa’ hahaha sian korang mesti geram kat aku kan sebab kali ni aku cerita ciput gila selalunya banyak jugak aku cerita hahaha nak tau beli n baca okey? :P
3.   
*        ‘Don’t ever judge me by past because I don’t live there anymore’ one of my fav quotes lepas baca PISA sangat betul okey apa quotes tu cakap kenapa kita judge org tu berdasarkan masa lampau dia? Sedangkan kita tau masa depan dia boleh jadi lebih baik dari sebelum tu kita tak tahu apa akan jadi masa depan jadi kenapa kita nak pertikaikan masa silam dia? Sedangkan dia sendiri dah tinggalkan masa silam dia? Ni one of the lesson yang aku dapat bila baca PISA ni

4.     Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya Fina accident masa dia nak pergi mintak fasakh Let say Fina berjaya mintak fasakh n diorang cerai Boleh jadik diorang takkan bersama dah Bila Fina accident and hilang ingatan, benda ni menjadikan Fina and Adrian ada masa nak perbaiki diri and berani nak mengaku and luahkan perasaan masing2 macam bagi kesedaran itu yang dikatakan La Tahzan Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya Disebalik kesulitan pasti ada kebahagian

5.     Fisya Dia sangat kejam dengan Fina Dia sanggup berlakon dapat terima kakak dia semata-mata nak rampas Adrian dari Fina Dia sanggup ugut akan bunuh Adrian kalau Fina tak jauhkan diri dari Adrian At the end dia accident *mati ke tak pandai2 la korang g carik novel haha* benda ni akan membuatkan kita terfikir perbuatan jahat pasti akan dapat balasan. Macam mana Fina yang difitnah dgn teruk sekali oleh Fisya mendapat pembelaan? Sebab Allah sentiasa dengan orang-orang yang teraniaya Cepat atau lambat, kebenaran akan terbongkar.

6.      Sifat saling percaya ni mmg kena ada dalam hubungan suami isteri ni *cara cakap macam aku dah kahwin sigh* taklah Fina saggup bawak diri sebab nak pertahankan Adrian sedangkan aku rasa kalau dia cerita benda betul kat Adrian pun takpe tak payah susah2 nak lari, seksa diri sendiri tapi tu lah takdir hehehe

7.      Adrian sgt sweet again bila dia upload vid dia nyanyi dalam utube oh mai Gucci kalau la da org sanggup buat kat kita macam ni adesss mmg cair ahh

To kak Suri Ryana congratulation for your 3rd baby Ttp tak mengecewakan saya Best macam novel2 sebelum ni Tapi boleh rasa kelainan la dari segi novel 1st smpai la your 3rd baby ni makin best makin sweet watak heronya makin bikin saya cair hehe overall 4.5* dari 5* terbaekkkk can’t wait for your 4rd baby harap lebih baik dan lebih best ^^





19 comments:

  1. saya ada buku tapi tak start beca lagi.. tapi lepas tengok review akak saya rasa macam nak baca pulak... Terima kasih ~~~~~

    ReplyDelete
  2. err!! nak tanye gambar Afina Aulia & Raja Adrian Benjamin orang sebenarnye sape??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afina Aulia - Lynda Roslan
      Raja Adrian Benjamin - Akihiro Sato...

      Delete
  3. Replies
    1. kan... novel kak suri for me semuanya menarik... :)

      Delete
  4. diaorg ade ank dh ke..mse nim??wow...x sbrnye nk bca novel nim..

    ReplyDelete
  5. bestnye.... nak bace la....

    ReplyDelete
  6. Tq akak ....
    best sngat...

    ReplyDelete
  7. rajin nyer akak tulis,,,x penat ker,,saya baca bes la,,TQ kak,,I LOVE YOU SO MUCH,,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada masa boleh la akk tulis panjang2 macam ni... :) most welcome... amboihh... haha... terima kasih jugak sbb sudi jengah blog akk ni... :)

      Delete
  8. Novel mmg best sgt2...;bila dh jd drama hangus dbuat pelakon utama..jd debu terus...jd meluat nk tgk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yea... pemilihan pelakon tu tak kena sebenarnya... kaku... that y saya lagi suka baca novel dari tgk adaptasi :D saya lebih suka bergantung dengan imaginasi saya sendiri untuk watak2 tu hehe

      Delete
  9. salam and selamat tengahari. sya izni pelahar uitm. group saya ad buat final project yg berkaitan dgn novel PISA yang telah diadaptasi. kam memerlukan informant yang boleh bag reveiew dan juga dah baca and tgk cerita PISA. admin kalau ad masa boleh contact- 0134267464

    ReplyDelete