Followers

Sunday, December 15, 2013

Review : Hello, mr. perfect!

Assalamualaikum... and selamat pg i think... hahha
yeahhh jumpa lagi... tau la korang bosan tgk aku syik update blog ni 3 hari berturut2 ni pasal novel... nak buat macam mana dah aku tak tau nak update pasal apa lagik... hahah... sooo bertabahlah ye baca aku membebel lagi... kalau tak nak tak payah baca apa susah bukan aku paksa pun... hak masing2... ;) sama macam bila ada member aku tanya 'KENAPA SUKA BACA NOVEL?' seriusly aku takde jawapan yang specifik... just aku boleh tanya balik sebagai contoh 'KENAPA MINAT RUNNINGMAN' yeahh i know ramai org skang gila runningman siap download bagai... tapi aku tak minat pun... just kalau ada org ajak tgk yeahh aku tgk... so that its... macam mana korang minat sesuatu benda tu same as me yg minat novel... okey... kalau korang tak minat, aku tak minat something tu takkan nak paksa kan? itu hak dia... kita kena respect am i right? so kalau ada sesapa yg bkk en3 ni and en3 sebelum2 ni yg cerita pasal novel tapi korang tak minat novel amat dipersilakan untuk pangkah blog aku ni... sbb aku respect korang... so jgn marah aku hokeyhh ;)

So pagi ni aku nak buat review pasal novel Hello, mr. perfect! (HMP) novel ni hasil tulisan WANIEY ZAKARIA... HMP ni first novel kak Waniey dengan KN... sebelum HMP ni kalau tak salah kak Waniey ada lagi satu novel tajuk Benci Bilang Cinta dengan nickname Nur Shazwani tapi yang ni aku tak tau under publisher mana... eheee~ baru2 ni baru je keluar novel ke2 kak waniey dengan KN tajuk ALAMAK ARZIRIL KE ARIEL? tapi jangan tanya aku psal novel tu sebab tak beli lagi tapi ada member aku cakap best... so kita tgk nnt bila ada duit extra... hahah skang mmg takde duit extra harap maap sebb semua novel yg kebanyakkannya aku suka/follow kuar hujung tahun ni... sedih hokeyh? haha... ok abaikan...

Serba sedikit tentang HMP

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Izzul Islam... bukan Izzue Islam yang berlakon drama SSID tu hokeyh? hahaha... Izzul ni TERAMAT CEREWET dan TERSANGAT MEMENTINGKAN KESEMPURNAAN sampai dia aggap diri dia dah cukup sempurna. Umur dia dah 31/33 tahun something like that... aku lupa... dia tak kahwin lagi sbb gila cerewet nak cari calon bini pun yang sempurna macam dia... mana nak carik der...

Kisah dia bermula bila adik Izzul ni sendiri, Arif Fikri nak kahwin dengan buah hati dia Ainul Mardhiah. Diorang dah couple lama gila... 9 tahun kalau tak slah tapi Arif ni still tak memasuk meminag Ainul... so family Ainul bagi masa kat Arif enam bulan untuk masuk meminang Ainul... kalau tak diorang akan kahwinkan Ainul dengan lelaki lain... Masalah dia bila keluarga si Arif pentingkan LANGKAH BENDUL... tak kisah lelaki ke perempuan ke dalam keturunan diorang mmg tak boleh langkah bendul... kalau yang adik nak kahwin yang abg/kakak kene kahwin dulu... pelik kan? selalu perempuan je yang pentingkan langkah bendul ni... *tapi dalam family aku tak kisah bab2 ni... nak langkah, langkah ja... sapa dah jumpa calon kahwin je... haha* so masalah dia sekarang Arif tak boleh kahwin selagi Izzul tak kahwin... bila Arif suarakan masalah ni pada Izzul, pada mulanya Izzul tak ambik pusing sgt sbb dia calon pun takde macam mana nak kahwin... so Izzul mintak supaya Arif bincang balik denga ayah diorang... tapi ayah diorang jenis yang bila dia cakap NO mens NO... tak kan berubah... so macam mana pun Izzul kena kahwin... smpai la Arif dengan Ainul buat plan nak cari calon untuk Izzul... macam blind date la kan... Izzul pun setuj dengan rancangan ni sbb kesian kat adik dia... Semua calon yang nak jadi calon bini dia, dia reject sampaila kawan Ainul, Alya Adriana yang ada iras2 bekas awek Izzul, Ain datang untuk jadik calon isteri Izzul... Arif dengan Ainul sepakat biarlah Alya jadi calon isteri Izzul yang terakhir. Sebenarnya ada rahsia yang hanya Alya dengan Ainul yang tahu... Keluarga Alya dikejar oleh along gara2 ayah tiri dia yang berhutang... nyawa keluarga Alya dalam bahaya apabila along sering menggangu ketenteraman mereka... Alya perlukan RM 300 000 untuk melangsaikan hutang along tersebut. Alya telah menceritakan masalah tersebut kepada Ainul dan Ainul telah menyarankan Alya untuk pergi menjadi calon isteri Izzul kerana Arif telah berjanji akan memberikan wang ganjaran sebanyak RM 500 000 kepada sesiapa yang berjaya menjadi isteri Izzul...

Dengan bantuan Ainul dengan Arif... ditambah lagi dengan muka Alya yang mirip ex-gf Izzul menyebabkan hubungan Izzul dan Alya menjadi rapat... Tak lama kemudian Arif mendapat tahu tentang rancangan Alya dan Ainul... Arif tidak sangup lagi melihat Izzul kecewa dengan Alya sepertimana Izzul kecewa terhadap Ain. Oleh itu Arif membuat perjanjian baru dengan Alya dimana Arif akan memberi RM 350 000 kepada Alya untuk melangsaikan hutang along dan sebagai pertukaran Alya mesti menghilangkan diri dari hidup Izzul.

Dua minggu kemudia Izzul berasa pelik kerana Arif dan Ainul tidak lagi membicarakan tentang Alya dan hubungan Arif dan Ainul juga sedikit renggang. Izzul cuba menghubungi Alya tetapi tidak berjaya dan Ariff cuba mencari calon lain sebagai pengganti Alya tapi malangnya Izzul hanya mahukan Alya sebagai calon isterinya. Izzul lansung tidak tahu menahu tentang Alya yang mendekati diri pada awal kerana duit sebanyak RM 500 000 itu. Izzul mencari Alya di rumahnya tetapi Alya telah pindah ke Skudai Johor. Izzul pergi mencari Alya di Skudai dan akhirnya dia menemui Alya walaupun reaksi Alya bila berjumpa dengannya dingin Izzul tidak berputus asa untuk mengambil hati Alya walaupun Alya sering menghindarkan diri dari Izzul tetapi Izzul semakin mencari dirinya. Sehinggalah Izzul menyunting Alya untuk menjadi isterinya. Jauh di sudut hati Alya, Alya ingin menerima pinangan tersebut kerana Alya sudah lama meminati Izzul sejak zaman universiti lagi. Alya dan Izzul sering bergaduh di kolej dahulu tetapi Izzul langsung tidak mengingati Alya kerana Alya yang sudah jauh berubah. Semasa di uni Alya adalah seorang tomboi dan hanya dikenali sebagai El.

Akhirnya, Alya tetap menerima pinangan Izzul dan tidak lama selepas itu dia dimarahi Arif kerana mungkir janji... tapi setelah Alya menerangkan hal yang sebenarnya Arif akhirnya bersetuju untuk Alya berkahwin dengan Izzul... Malam perkahwinan mereka, Alya terdengar Izzul bercakap ti telefon mengatakan dia tidak cintkan Alya... dia hanya berkahwin dengan Alya kerana ingin sakitkan hati Ain dan melupakan Ain... Alya yang berasa sedih dengan kenyataan yang keluar dari mulut Izzul mula mencurigai setiap layanan Izzul kepadanya....

okeyyy aku cerita smpai situ jek... kalau nak tau apa jadi lepas diorang kahwin,... silalah beli HMP dekat kedai buku yang berhampiran or macam biasa bkk website KN beli on9... eheee... RM22 kalau beli on9 dengan KN jadik ahli diskaun RM4 so jadi RM18 jek... berbaloi2... haha... :P

bila korang baca novel nnt... korang akan tahu macam mana Izzul boleh couple balik dengan Ain... macam mana reaksi Alya... macam mana sabarnya Alya layan Izzul walaupun hati dia sering terluka dengan sikap Izzul... apa reaksi Izzul bila tahu semua rahsia Alya... and macam2 lagik... :D

Pendapat/komen

Izzul yang sangat erkkk annoying lagi menyampah... kalau korang cari novel yang hero sweet Izzul bukanlah orangnya... kerana dia adalah hero yang amat menyakitkan hati... hahhaa.... serius weyh kalah perempuan.... hahaha...

Izzul ni mmg sgt terlalu *haa tudiaaa dh ada sgt,terlalu lagi hahaha* bajet dia sempurna... boleh bayangkan tak pergi food court buat muka pelik... lepas tu siap mengamok lagi kat food court sbb makanan siap lambat... haigoo... pada aku yeahh mmg la kan... kalau lama sgt tunggu mmg patut marah kan... tapi... better kalau tegur elok2 kot... cakap 'saya dah tunggu lama ni... lama lagi ke nak siap? kalau lama saya nak cancel oder ni... saya bnyak kerja lagi nak buat' haaa... pastu cakap dalam intonasi lembut tapi tegaskan la sikit suara... pendek cerita guna intonasi yang tak menykitkan hati orang kan kan kan? dia bajet dia sempurna... tapi dia lupa... bila bab2 agama yg dia selalu ngelat tu... sempurna ka kita bila kita tak jalankan tanggungjawab kita pada Allah? solat tu tiang agama... so bila kita tak solat umpama kita takde tiang kan? so boleh ke sesuatu benda tu berdiri elok, sempurna bila tiang takde? ahaaaa.... kannnnn? Manusia ni takde yang sempurna... kita sendiri hidup saling melengkapi... sebab tu Allah ciptakan Hawa untuk lengkapkan kaum Adam... Mcm dengan Izzul... dia mengamok bila dapat tahu Alya tak reti masak... aku tak nafikan... Alya dengan Ainul pun salah dalam hal ni sbb tak mengaku hal sebenar... tapi Izzul pun takkan nakmengamuk sampai macam tu skali kan bila dapat tahu Alya tak reti masak... eh hello... benda tu boleh belajar ok? bukannya kalau tak reti masak mmg smpai tua tak reti masak... kalau kta ada kemahuan nak belajar masak tu kompem boleh masak ah... Bila hidup sebagai suami isteri ni kit kena terima segala baik buruk pasangan kita kan? yang mana kurang kita boleh tambah... yang mana lebih kita boleh kekalkan atau kurangkan... ahaaa... don't get me wrong aku tak kahwin lagi tapi ni apa yang aku dapat dari keadaan sekeliling, novel... haha... kalau suami pandai masak, isteri tak pandai masak... why don't suami tu ajar isteri masak kalau taknak isteri tu belajar sendiri/luar... tak salah kan saling membantu... kalau takde sifat saling membatu macam mana rumah tangga nak bahagia?

Ego... yang ni sebenarnya Alya dengan Izzul ada... hahah... dua2 ego... last2 makan diri sendiri... nangis beria2 bila org tu takde depan mata... bila ada depan mata taknak hargai... sibuk nak sakitkan hati masing2... last2 hamekkk... hahah... HMP pada aku hanya sebuah novel yang biasa2... tapi permulaan yang bagus untuk seorang novelist baru.... and mood dia agak mendatar... macam takde sakit hati sangat takde sedidih sangat takde lawak sangat... tapi menyampah in shaa allah bnyak... hahaha... overall 3* untuk HMP.... ;)


next update : Review :Meh Sandar pada aku - Aifa Batrisya :p

Friday, December 13, 2013

Review : Suami Aku Ustaz

Assalamualaikum... hye guys jumpa lagi... *smbil lambai2 bajet princess* hahaha...

Okeyy... sebelum ni aku update pasal Hikayat Cinta Si Pematah Hati kan? so entry ni aku nak update pasal Suami aku Ustaz (SAU) pulak... alahhh yg nak adaptasi ke filem tu... yg hero n heroin dia Adi putra dgn Nora Danish tu... eheee...

okeyy novel ni kalau tak salah aku beli masa pesta buku antarabangsa this year n yeahhh lebih kurang 7 bulan berlalu... hahaha... *baru reti nak baca* i think lepas ni kena stop kejap kot xtvt memebeli novel ni... u know what sekarang ni dalam list pending ada more than 40 novels to read ok... tp aku macam was2 untuk stopkan tu hahaha... why don't i use word 'kurangkan' more confident hahah... okey apa2 pun berbalik kepada novel SAU... ini novel pertama Hannah Dhaniyah which is kalau kat fb aku rasa korang boleh like page aku_dia... Itu page writer ni actually just dia tak guna nama Hannah Dhaniyah tu sbb pada mulanya dia nak guna nickname aku_dia... tapi publisher tolak... so terhasilah nama HANNAH DHANIYAH... Novel ni under publisher Karyaseni... kalau tanya keluar bila aku tak tau sbb novel ni aku beli lambat... heee~ so let's start with the synopsis... :)

Serba sedikit mengenai SAU

Cerita ni bermula dengan mak n ayah Lisa yang nak pergi menunaikan Haji... memandangkan si Lisa ni anak tunggal lepas tu asyik keluar malam lepak kedai mamak dgn member2 laki dia Joe dgn Pa'an menyebabkan mak dia macam tak sedap hati nak tggal dia sorang... so parents Lisa buat kata putus which is Lisa kena kahwin dengan sepupu dia Abg Hafiz yang juga seorang ustaz kat sekolah dia belajar... ohoo bukan hanya ustaz kat sekolah dia malah ajar subjek agama untuk kelas dia... kiranya dia kena kahwin dengan ustaz dia sendiri la selain dari pangkat abg sepupu tu.. haha.. Mula2 mmg Lisa tolak... yer lah dia baru nak ambik SPM lagi beberapa bulan tiba2 kena kahwin...Tapi lastly Lisa mmg tak dapat tolak lagi sbb ni adalah kata putus parents dia... parents dia nak ustaz hafiz tu jaga Lisa sepanjang diorang pergi Haji... Pada aku lepas diorang kahwin ni dah kira macam klimax la... tapi takde la klimax sgt pun erkkk hahah abaikan... Sbb si Lisa ni tak nak bagitau kat sapa2 pun yang dia dah kahwin dengan Ustaz Hafiz... salah satu sbb dia malu selain daripada dia takut tak boleh ambik SPM... Even dari kawan baik dia Lisa, Joe dengan Pa'an pun dia rahsiahkan...

Lepas diorang kahwin tu aku nak kata diorang gaduh tak... Hidup diorang macam biasa... macam abang dengan adik mungkin... Sampai satu hari tuLisa ni jatuh moto masa balik dari kelas tambahan... kebetulan si Joe ni follow belakang so Joe tolong la Lisa... Kebetulan lagi ada cikgu sekolah dia nama apa aku lupa tapi ckgu perempuan pun lalu kat situ... so cikgu tu pun tolong la hantar Lisa dengan Joe... Smpai2 kat rumah ada kereta ustaz hafiz... cikgu tu mula pelik sbb adik sepupu dengan abg sepupu ddk serumah kan? Sebelum ni cikgu tu ada jumpa Lisa dgn Ustaz dekat shopping mall tapi Lisa hanya kenalkan ustaz tu sebgai abg sepupu dia... Lisa dah kecut perut masa tu and lastly mmg rasa dia terbongkar kat situ jugak... Ustaz Hafiz terangkan keadaan sebenar kat cikgu tu and Joe sbb cikgu tu dah mula pandang serong kat ustaz hafiz... so mmg clear la... tapi... si Joe pulak bawak diri merajuk dengan si Lisa ni... salah satu sbb... sbb dia ada hati kat Lisa...

Joe tu mmg buat tak tahu jek kat dia smpai la satu pagi tu dia ada keluarkan perkataan yang mengguris hati ustaz hafiz... something like dia tak mau pun hidup dengan ustaz hafiz tu... andd... keadaan bertambah buruk bila ustaz hafiz ada kat luar kelas tu and dengar... ustaz hafiz mmg kecik hati so mmg hubungan diorang dingin kejap... Lisa nak pujuk ustaz Hafiz tu so dia pun bagitau la kat Wati dia dah kahwin dengan ustaz tu pun sbb dia nak mintak idea Wati pujuk ustaz... tak lama lepas tu keadaan pun elok balik la.. Joe pun boleh terima kenyataan walaupun macam pahit kan... mujur jugak si Wati tu tak marah dia tapi kecik hati jugak la... Last day sekolah nak tak nak mmg satu sekolah tau Lisa kahwin dengan ustaz sbb nak jemput makan kenduri... kiranya majlis kahwin diorang buat lepas Lisa habis SPM la.. and masa ni mmg Lisa macam tak kisah walaupun still malu n cuak nak bagitau....

Then Lisa sambung belajar... Lisa rahsiakan status dia masa apply borang sambung study... dia tulis single... smpai kat uni... cincin pun dia tak pakai n dia still rahsiakan perkahwinan dia and hanya kenalkan ustaz sebagai abang dia... bukan abg sepupu n bukan abg syg *ehh abg syg? kah3... ok suami* okey ni betul klimax... ada sorang mamat ni Naim nama dia, abg kepada roomate Lisa, Sarah... Lisa mmg la tak melayan sgt si Naim tu tapi Naim tu jenis yang tak putus asa... makin parah bila hati si Lisa ni sendiri macam ada 'sikit' perasaan untuk Naim bila dia jauh dari ustaz sedangkan kalau ustaz tu call dia tak peduli pun kat Naim tu...

So... kalau nak tau macam mana Lisa handle problem dia dengan Naim... macam mana dia bagitau kawan2 dia yang dia dah kahwin... macam mana dia terima ustaz sebagai suami dalam hidup dia... macam mana dia handle hidup dia lepas kahwin... kenapa ustaz senang sangat terima cadangan family dia untuk terima Lisa... kenapa dari kecik dia suka Lisa...kenapa dia suka makan choclairs... apa yg sbbkan dia suka sgt dengan coklat tu... macam mana Lisa ambik balik hati ustaz yang kadang2 dia sakitkan tanpa dia sedar... semua ada dalam SUAMI AKU USTAZ... boleh dapatkan di kedai berhampiran anda... acewahhh ada gaya promoter tak? hahaha... btw kalau korang macam aku jenis malas nak keluar boleh jek beli on9... tarak hal... oder, bank in then tggu jekdepan umah posmen datang... haha... kalau beli kat bookstore harga RM22... kalau direct dari KS macam biasa la diskaun RM3 n free postage... *berbaloi ok beli on9*

Pandangan/pendapat

Kalau korang mengharapkan cerita yang lovey dovey ni bukan novel dia... ada sweet dia... tapi sweet yang malu2... sweet yang biasa... tapi........ kalau korang nak novel yang boleh ajar korang jadi isteri solehah here it's... bila aku baca novel ni and tanpa sedar kadang aku terfikir... kadang2 benda2 kecik yang kita tak pandang sgt ni la sebenarnya isteri zaman sekarang suka buat... Lisa keluar rumah tak bagitau ustaz... main keluar jek... Lepas tu kadang2 macam terkecikkan hati suami tanpa sengaja... itu yang aku perasan Lisa SELALU buat tapi ustaz diam jek.... ustaz tegur baik2... ustaz sabar walaupun yeah dia manusia weyh sabar dia ada limit... boleh tgk contoh macam mana ustaz handle bini dia yang tak matang... bini dia yang agak degil and ada sedikit nakal... haha...

Orang selalu cakap ustaz skema *aku sendiri still fikir macam ni... ustaz = skema* tapi aku rasa bila baca novel ni korang boleh tau kot... actually ustaz bukan skema... just dia jaga perilaku dia dekat luar... bila dekat rumah sweet je... nakal jugak... macam ustaz hafiz... bila dia tak kahwin dengan Lisa... dia tak cakap sgt pun dengan Lisa... tapi bila dah kahwin... haaa... amekawww... pada aku ustaz hafiz tak sweet... tapi cara dia ubah lisa... macam mana dia sabar layan Lisa agak boleh mencairkan hati... hahaha... ada jek adegan ustaz usik Lisa... idoklew ustaz tu skema semedang serius 24jam....

Tanggungjawab sebgai isteri... ramai orang kahwin muda kan sekarang? alhamdulillah dapat elak zina... :) tapi... sedar tak bila kta kahwin bukan hanya untuk nafsu atau keseronokkan semata2... tanggungjawab semakin bertambah... kena jaga maruah suami... kena jaga perilaku... lepas tu bila jadi ibu... lagi berat tanggungjawab... aku pernah baca dalam satu majalah ni...kata seorang ustazah tu... BILA KITA NAK BAHAGIAKAN ORANG LAIN... KITA KENA BAHAGIAKAN DIRI KITA DULU... paham tak maksud ayat ni? padaaku ayat ni macam kalau kita tak dapat rasa bahagia, tenang macam mana kita nak bagi orang yang kita sayang tu rasa bahagia macam mana yang kita rasa... mungkin kita bahagia tapi jauh di sudut hati mesti akan rasa sedikit 'kosong'. Berat tanggungjawab nak jadi isteri... mental and fizikal kena ready... tapi kalau jodoh dah sampai kahwin la kan? semua ni ketentuan Allah... ok dah jauh melalut... apa yg aku nak smpaikan just bagi org2 yg nak kahwin tambah2 kalau kahwin usia muda sesuai la baca SAU ni... macam2 dapat... :)

konklusion dia... cerita ni tak sweet, melting, pengsan bla bla bla... TETAPI kalau korang nak ilmu dan belajar tentang alam rumah tangga... nak belajar jadi isteri solehah...aku suggestionkan buku ni... nak jadi isteri mithali kan.. ;) apa2 pun tahniah untuk writer dia... Hannah Dhaniyah... don't get me wrong bila aku cakap novel ni tak sweet bla bla bla bla... tu tak bermaksud novel ni tak best... novel ni best kalau nak cari ilmu... kalau nak part sweet, melting, semua tu mmg takdak... :D best on based islam... nilai islam yang dia terapkan dalam novel SAU ni sgt bagus... that why aku suggested novel ni kalau korang nak kahwin awal ;) tak semestinya jugak la... sbb kadang2 aku tgk org kahwin lambat pun 2x5 je... hahaha... well suggested untuk bakal2 isteri yang nak jadi isteri mithali.... :) overall 4.5* great job!!

Bila dia seorang USTAZ tak bermaksud dia sudah sempurna... kerana... dia juga seorang manusia... take noted! ;)



yang atas tu cover versi baru n kat bawah ni cover versi lama... aku punya cover vesri lama.... ;)

Thursday, December 12, 2013

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Assalamualaikum... :)
Setelah sekian lama tak berupdate pasal review novel... haha...
okey... aku pun malas nak bebel panjang2 kali ni... Dipendekkan cerita aku nak review pasal novel yang dah lama aku beli tapi tak baca2 lagi smpailah cuti sem kali ni... :)
Hikayat Cinta Si Pematah Hati... karya ke2 kak E-man Sufi... aku rasa bagi pencinta karya kak E-man mesti pernah baca karya sulung dia kan? Suami yang Kubenci *aku selalu tuko title ni dgn novel kak Rehan Suami tak Kuhadap... Sabo je la.. haha*
Yess... aku mula mengenali karya kak E-man start from her blog dengan Suami yang kubenci... masa tu aku sek men kalau tak salah... baru habis spm kot... then aku mula suka karya2 dia... then aku start follow Hikayat Cinta Si Pematah Hati... until la dipublish and i was so excited that time... mmg aku beli terus dari karyaseni... tapi aku tak sempat nak baca sbb aku dah mula sibuk masa tu... hohoho... pastu karya ke3 dia Bukan Kerana aku tak Cinta... i think ramai yang tau kot pasal novel ni... ye lanovel ni kan dah diadaptasi ke drama kat tv... dah tiga hari tayang kalau tak salah... :) andd mulai hari ni sebenarnya korang dah boleh dapatkan novel ke4 kak E-man di pesta buku 1 malaysia... Pabila Romeo vs Juliet... *heh sempat g aku promot kah3*


Alhamdulillah cantik kan gambar pemandangan kat atas ni? I think for those who already read HCSH mesti dah tau kan apa simbolik bunga matahari ni Wafeen? Kalau tak tau nnt kat bawah aku cerita... tapi kena baca smpai habis la... kalau tak nak tau boleh jek tekan butang pangkah kat atas tu... takde sapa paksa... :)


And this... :) mohon bagi sapa yang lapar jangan tgk sbb satg meleleh air liur... hahah... yup karipap pusing yang sangat sinonim dgn seorang Rayyan Raiqarl... :)

Alrite... meyh aku nak cerita apa kaitan karipap pusing, bunga matahari dengan Rayyan Raiqarl dan Wafeen Wardah...

 Serba sedikit tentang HCSH

Kalau boleh kali ni aku nak elakkan dari cerita panjang2 sbb kejap lagi kalau aku cerita panjang2 hampa bosan pulak kan? hehe...
okey... HCSH ni mengisahkan tentang Rayyan Raiqarl dan Wafeen Wardah... Sebelum tu cerita ni agak berat and banyak main dengan perasaan sedih... tentang kisah silam Rayyan Raiqarl dan adik tiri dia Daniel Elhan... yupss adik tiri...
Mak dengan ayah Rayyan berpisah ketika Rayyan masih kecil sbb ayah Rayyan mempunyai isteri lain. Setelah ayah dan mak Rayyan berpisah mereka berdua serta adik Rayyan Valqis berpindah ddk di sebuah kampung bersama ibunya. Tetapi setelah kematian ibu Rayyan dan adiknya tggal bersama ayah dan mak serta adik tirinya Daniel Elhan... Dipendekkan cerita sbb aku tak reti sgt nak cerita konflik diorang.... Hubungan Rayyan dengan mak tiri dia tak pernah baik... sikap ayah Rayyan yang seperti suka membandingkan dan melebihkan Daniel dalam semua perkara menyebabkan Rayyan berasa terpinggir dan hubungan ayah dan Rayyan yang sedia renggang menjadi bertambah renggang. Daniel ada cuba nak berbaik dengan Rayyan tapi Rayyan tak layan sbb seriusly hati Rayyan penuh dendam buat Daniel dengan adik tiri dia. And... kalau fikir balik aku pun tak tau nak kata Daniel ni nak berbaik dgn Rayyan ni ikhlas ke tak sbb kadang2 aku rasa macam dia saje je nak buat baik dengan Rayyan nak tunjuk dia baik la sbb dia pun actually tak puas hati kat Rayyan... so nmpak tak kat sini... DENDAM... :D
Okeyh bila masing2 dah besar Rayyan dengan adik dia, Valqis balik semula ke kampung yang diorang ddk tu and tinggal kat rumah arwah mak dia... smpai2 kampung tu Rayyan terus suruh Valqis pergi beli karipap pusing untuk diorang berbuka... Actually karipap pusing tu makanan kegemaran Rayyan... ada sebab kenapa Rayyan sgt suka dgn karipap pusing...
Valqis beli karipap dekat warung yang nenek Waffen berniaga... malangnya hari tu diorang tak buat karipap pusing jadinya nenek Wafeen suruh Valqis datang beli esok sbb nenek wafeen dah janji nak buat...
Satu malam tu Rayyan mengamuk dekat Valqis sbb Valqis bawak dia berbuka puasa sekali dengan Daniel. Malam tu terus Valqis lari dan kebetulan terjumpa dengan Wafeen n nenek dia... so Wafeen dgn nenek dia pun ajak la tggal rumah diorang... Esok tu Rayyan panik cari adik dia tak de dalam rumah... Actually Rayyan ni mmg baran tapi dia sgt sayang Valqis cuma baran dia la tak dapat kawal... Rayyan call Valqis pujuk semua then Valqis bagitau dia ada kat mana semua then Rayyan pun datang la ambik Valqis kat rumah nenek Wafeen. masa ni Wafeen takde sbb kluar berbuka dgn bf dia. and bf dia adalah Daniel Elhan... heee~ Rayyan dgn Valqis mula rapat dgn nenek Waffen and siap jadi cucu angkat lagi... Memandangkan Rayyan and Valqis  raya berdua ja nenek Waffen ajak la beraya skali dgn diorang... so mula dari sini Rayyan mula kenal Waffen... sebelum ni Rayyan dengan Wafeen pernah jumpa secara kebetulan kat kubur masa tu gelang kaki Wafeen yang si Daniel bagi tu tercicir... tapi masa tu Rayyan kenalkan diri dia sebagai Raiqarl...
Lama2 rayyan mula jatuh cinta kat Waffen tapi bila tau Wafeen tu kekasih orang dia pun macam tak nak la kacau kan... tapi hubungan Rayyan dengan Wafeen agak rapat sbb setiap hari Wafeen kene buat karipap pusing kat Rayyan lepas tu dgn perangai suka mengusik Rayyan mmg happening la... nenek Wafeen, Uwais semua pun sebenarnya suka Rayyan lagi dari Daniel... sbb pada diorang Daniel tu macam sombong sikit... ye la kalau datang tak masuk rumah lepas tu dah lama Waffen dgn Daniel tu couple tapi tak pernah pun Daniel ajak Wafeen kahwen... ohh kejap korang mesti konfius dgn nama Uwais tu kan? yupp... Uwais tu adalah Uwais yang sama dalam SYK and dia adalah abg sepupu Wafeen merangkap kawan baik Rayyan... Actually Waffen tu bukan cinta sgt pun dekat Daniel tu sbb dia punya first love adalah budak yg pernah selamatkan dia dulu masa kecik2 and budak yang dia selalu bagi karipap pusing... andd... Wafeen akan simpan dalam satu kotak batang ais krim, pembalut coklat yang budak tu makan... and budak tu adalah Rayyan... sbb tu Rayyan sgt suka dengan karipap pusing... sbb masa kecik2 Wafeen suka bagi dia makan karipap pusing bawah pokok... ngeee~
macam dah panjang aku taip.. haiyoo... maafla kalau bosan sbb aku pun macam bengong je amende aku taip ni... heh...
okeyy... bila Rayyan dah tau Wafeen tu kekasih Daniel, orang yang dua sgt benci dia mula buat plan dengan Zaryyn sebagai mastermind untuk pisahkan Daniel dengan Wafeen... Zaryyn ni aku boleh kata kawan baik merangkap adik kepadasi Rayyan... hubungan diorang rapat gila... and kebetulan family Daniel dgn Zaryyn nak satukan diorang, Zaryyn ambik langkah ni untuk pisahkan Daniel dengan Wafeen supaya Rayyan dapat si Waffen ni... sebab Zaryyn nak tgk Rayyan gembira... Dia tak nak tgk Rayyan sedih terluka lagi sbb kisah hidup Rayyan lepas mak dia meninggal mmg sentap ah... dengan peragai ayah dia kan....
Lastly dia dapat la kahwin dengan Wafeen... tetapi jangan disangka air yang tenang takde buaya... acewaahhh...lepas Daniel tahu yang wife Rayyan tu si Wafeen dia mula berdendam denga Rayyan and seorang Daniel Elhan mula menunjukkan belangnya... smpai masa Rayyan eksident and Valqis n ayah dia meninggal... Daniel buat plan yang sgt jahat... Rayyan punya buah pinggang dua2 rosak... so satu2nya org yang sesuai nak derma buah pinggang tu Daniel Elhan! Zaryyn pujuk suruh Daniel derma buah pinggang dia kat Rayyan and dia berlakon konon2 dia ikhlas nak derma padahal dia ada rancangan jahat... dia ugut Wafeen... dia cakap kalau Wafeen tak tinggalkan Rayyan lepas operation nnt dia takkan dermakan buah pinggang dia kat Rayyan... pada Mulanya Wafeen tolak sbb dia tak sggup nak tggal Rayyan yang sakit dengan tak mampu jalan semua... tapi keadaan memaksa Wafeen sbb tak nak keadaan Rayyan jadi lagi teruk... so Wafeen terima la tawaran Daniel tu... Dermakan buanh pinggang dengan syarat Wafeen tinggalkan Rayyan... yang lagi sentap... Wafeen tgh pregnant masa tu and Rayyan tak tau... :(
So lepas Wafeen tinggalkan Rayyan, Daniel mula mainkan peranan ni... dia handle syarikat yang ayah dia dah wasiatkan katRayyan... dia seleweng duit syarikat dengan bantuan Tengku Muiz... abag zaryyn... Dia buat2 baik... dia burukkan Wafeen dengan Uwais semua... dia laga2 kan org supaya Rayyan nmpak dia la yang paling baik n banyak berjasa... :3
apa jadi lepas tu? panjang lagi... sila beli kat bookstore or online... tapi aku mmg suka novel ni... kejap korang gelak, koreng sengih,korang sedih... mmg main dengan perasaan novel ni... kalau korang nak baca yang jenis berat sikit novel ni sesuai sbb dia mmg cukup rasa la... :) tak rugi beli pada aku la... 5* untuk novel ni aku kasi.... :D
                                                                       


Komen/ pendapat

Pada aku novel ni takde apa sgt nak komen... Korang akan menyusuri kehidupan Daniel yang perit pada mulanya sebab yeahh dia tak boleh nak mengaku yang ayah Rayyan tu ayah dia sbb status dia sebagai anak bini no2... dia boleh tgk ayah dia dari jauh tanpa dapat panggil ayah bila khalayak ramai... tapi... bila ayah n mak Rayyan bercerai, Daniel dapat semua... semua smpai Rayyan kecik hati... dia buat masalah kat sekolah... bukan sbb jahat tapi dia nak perhatian ayah dia... u know what... pedih okey bila kita kena buat benda yang kita tak nak buat pun just untuk dapat perhatian/ kasih sayang dari seorang yang bergelar ayah... lepas tu semua perhatian dapat kat Daniel... Daniel yang baik... Daniel yang bijak... yuppp kadang2 aku kesian kat Rayyan... kadang2 aku kesian kat Daniel... pada aku benda ni bukan salah Rayyan dengan Daniel... diorang macam mangsa keadaan... sbb yang salah sebenarnya ayah Rayyan... menduakan mak Rayyan... bercerai padahal masa tu mak Rayyan tengah sakit... then bila mak Rayyan meninggal...ayah Rayyan menyesal tak sudah... pada aku tak guna ok dia menyesal... but tu la... manusia penuh dgn kesilapan...

Masuk part Daniel mula jadi jahat... Bila dia jauh dari Allah... Iman tak kuat... bila Iman tak kuat, dia akan senang terpengaruh kan?sbb tu bila Tengku Muiz cabar Daniel sikit saja dia dah mula minum arak... mak Daniel cucuk sikit je dia mula terpengaruh... dia mula nak bolot harta yang arwah ayah dia wasiat untuk Rayyan... padahal mmg tu semua hak Rayyan,,, arwah mak Rayyan...

kesetian... macam mana pun org burukkan Wafeen... yup dia terpengaruh... dia salahkan Wafeen... tapi... jauh kat sudut hati dia, dia tak dapat buang rasa cinta dia untuk Wafeen... seriusly aku sangat salute dgn kesetian Rayyan... ada lagi ke eh lelaki macam ni atas dunia ni? ada la kot... :)

Pengorbanan seorang Wafeen Wardah... dia sanggup kena marah dengan Zaryyn asalkan Daniel sanggup dermakan buah pinggang dia untuk Rayyan... dia sanggup dituduh sebagi isteri tak berhati perut demi kesihatan Rayyan... dia pendam semua masalah seorang diri... dia tak luah kat sapa pun pasal perbuatan Daniel sbb tak nak Daniel apa2 kan Rayyan...nmpak tak bertapa besarnya pengorbanan Wafeen? Dia balik Cape town besarkan anak dia tanpa seorang suami kerana perbuatan khianat Daniel... Kesian Firdaus yang selalu tanyakan ayah dia... hanya gambar yang jadi pengubat rindu seorang Rayyan Firdaus kepada Rayyan Raiqarl... Seriusly cerita ni mmg sedih disebalik kegembiraan...

Memaafkan... tau tak memaafkan tu benda yang sgt indah... and dendam tu adalah racun... pada aku kalau dari mula daniel dengan rayyan tak ada sikap hasad dengki, dendam... diorang akan bahagia... tapi sbb hubungan diorang pun tak berapa nak baik... tambah pulak ada orang busuk hati... sbb tu diorang punya hubungan boleh retak sekelip mata...

untuk kak E-man Sufi... novel2 akk mmg the best... Tahniah untuk BKATC yang dah adaptasi ke drama... and... tak sabar nak baca pabila romeo vs juliet... ngeee~~~~ again 5* for your 2nd novel... ^_^

p/s: maaf untuk segala kebosanan kemerapuan n seangkatan dengannya... aku dah lama tak bebel kat sini pasal novel so aku rasa weird sikit... :) maaf...