Followers

Thursday, December 12, 2013

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Assalamualaikum... :)
Setelah sekian lama tak berupdate pasal review novel... haha...
okey... aku pun malas nak bebel panjang2 kali ni... Dipendekkan cerita aku nak review pasal novel yang dah lama aku beli tapi tak baca2 lagi smpailah cuti sem kali ni... :)
Hikayat Cinta Si Pematah Hati... karya ke2 kak E-man Sufi... aku rasa bagi pencinta karya kak E-man mesti pernah baca karya sulung dia kan? Suami yang Kubenci *aku selalu tuko title ni dgn novel kak Rehan Suami tak Kuhadap... Sabo je la.. haha*
Yess... aku mula mengenali karya kak E-man start from her blog dengan Suami yang kubenci... masa tu aku sek men kalau tak salah... baru habis spm kot... then aku mula suka karya2 dia... then aku start follow Hikayat Cinta Si Pematah Hati... until la dipublish and i was so excited that time... mmg aku beli terus dari karyaseni... tapi aku tak sempat nak baca sbb aku dah mula sibuk masa tu... hohoho... pastu karya ke3 dia Bukan Kerana aku tak Cinta... i think ramai yang tau kot pasal novel ni... ye lanovel ni kan dah diadaptasi ke drama kat tv... dah tiga hari tayang kalau tak salah... :) andd mulai hari ni sebenarnya korang dah boleh dapatkan novel ke4 kak E-man di pesta buku 1 malaysia... Pabila Romeo vs Juliet... *heh sempat g aku promot kah3*


Alhamdulillah cantik kan gambar pemandangan kat atas ni? I think for those who already read HCSH mesti dah tau kan apa simbolik bunga matahari ni Wafeen? Kalau tak tau nnt kat bawah aku cerita... tapi kena baca smpai habis la... kalau tak nak tau boleh jek tekan butang pangkah kat atas tu... takde sapa paksa... :)


And this... :) mohon bagi sapa yang lapar jangan tgk sbb satg meleleh air liur... hahah... yup karipap pusing yang sangat sinonim dgn seorang Rayyan Raiqarl... :)

Alrite... meyh aku nak cerita apa kaitan karipap pusing, bunga matahari dengan Rayyan Raiqarl dan Wafeen Wardah...

 Serba sedikit tentang HCSH

Kalau boleh kali ni aku nak elakkan dari cerita panjang2 sbb kejap lagi kalau aku cerita panjang2 hampa bosan pulak kan? hehe...
okey... HCSH ni mengisahkan tentang Rayyan Raiqarl dan Wafeen Wardah... Sebelum tu cerita ni agak berat and banyak main dengan perasaan sedih... tentang kisah silam Rayyan Raiqarl dan adik tiri dia Daniel Elhan... yupss adik tiri...
Mak dengan ayah Rayyan berpisah ketika Rayyan masih kecil sbb ayah Rayyan mempunyai isteri lain. Setelah ayah dan mak Rayyan berpisah mereka berdua serta adik Rayyan Valqis berpindah ddk di sebuah kampung bersama ibunya. Tetapi setelah kematian ibu Rayyan dan adiknya tggal bersama ayah dan mak serta adik tirinya Daniel Elhan... Dipendekkan cerita sbb aku tak reti sgt nak cerita konflik diorang.... Hubungan Rayyan dengan mak tiri dia tak pernah baik... sikap ayah Rayyan yang seperti suka membandingkan dan melebihkan Daniel dalam semua perkara menyebabkan Rayyan berasa terpinggir dan hubungan ayah dan Rayyan yang sedia renggang menjadi bertambah renggang. Daniel ada cuba nak berbaik dengan Rayyan tapi Rayyan tak layan sbb seriusly hati Rayyan penuh dendam buat Daniel dengan adik tiri dia. And... kalau fikir balik aku pun tak tau nak kata Daniel ni nak berbaik dgn Rayyan ni ikhlas ke tak sbb kadang2 aku rasa macam dia saje je nak buat baik dengan Rayyan nak tunjuk dia baik la sbb dia pun actually tak puas hati kat Rayyan... so nmpak tak kat sini... DENDAM... :D
Okeyh bila masing2 dah besar Rayyan dengan adik dia, Valqis balik semula ke kampung yang diorang ddk tu and tinggal kat rumah arwah mak dia... smpai2 kampung tu Rayyan terus suruh Valqis pergi beli karipap pusing untuk diorang berbuka... Actually karipap pusing tu makanan kegemaran Rayyan... ada sebab kenapa Rayyan sgt suka dgn karipap pusing...
Valqis beli karipap dekat warung yang nenek Waffen berniaga... malangnya hari tu diorang tak buat karipap pusing jadinya nenek Wafeen suruh Valqis datang beli esok sbb nenek wafeen dah janji nak buat...
Satu malam tu Rayyan mengamuk dekat Valqis sbb Valqis bawak dia berbuka puasa sekali dengan Daniel. Malam tu terus Valqis lari dan kebetulan terjumpa dengan Wafeen n nenek dia... so Wafeen dgn nenek dia pun ajak la tggal rumah diorang... Esok tu Rayyan panik cari adik dia tak de dalam rumah... Actually Rayyan ni mmg baran tapi dia sgt sayang Valqis cuma baran dia la tak dapat kawal... Rayyan call Valqis pujuk semua then Valqis bagitau dia ada kat mana semua then Rayyan pun datang la ambik Valqis kat rumah nenek Wafeen. masa ni Wafeen takde sbb kluar berbuka dgn bf dia. and bf dia adalah Daniel Elhan... heee~ Rayyan dgn Valqis mula rapat dgn nenek Waffen and siap jadi cucu angkat lagi... Memandangkan Rayyan and Valqis  raya berdua ja nenek Waffen ajak la beraya skali dgn diorang... so mula dari sini Rayyan mula kenal Waffen... sebelum ni Rayyan dengan Wafeen pernah jumpa secara kebetulan kat kubur masa tu gelang kaki Wafeen yang si Daniel bagi tu tercicir... tapi masa tu Rayyan kenalkan diri dia sebagai Raiqarl...
Lama2 rayyan mula jatuh cinta kat Waffen tapi bila tau Wafeen tu kekasih orang dia pun macam tak nak la kacau kan... tapi hubungan Rayyan dengan Wafeen agak rapat sbb setiap hari Wafeen kene buat karipap pusing kat Rayyan lepas tu dgn perangai suka mengusik Rayyan mmg happening la... nenek Wafeen, Uwais semua pun sebenarnya suka Rayyan lagi dari Daniel... sbb pada diorang Daniel tu macam sombong sikit... ye la kalau datang tak masuk rumah lepas tu dah lama Waffen dgn Daniel tu couple tapi tak pernah pun Daniel ajak Wafeen kahwen... ohh kejap korang mesti konfius dgn nama Uwais tu kan? yupp... Uwais tu adalah Uwais yang sama dalam SYK and dia adalah abg sepupu Wafeen merangkap kawan baik Rayyan... Actually Waffen tu bukan cinta sgt pun dekat Daniel tu sbb dia punya first love adalah budak yg pernah selamatkan dia dulu masa kecik2 and budak yang dia selalu bagi karipap pusing... andd... Wafeen akan simpan dalam satu kotak batang ais krim, pembalut coklat yang budak tu makan... and budak tu adalah Rayyan... sbb tu Rayyan sgt suka dengan karipap pusing... sbb masa kecik2 Wafeen suka bagi dia makan karipap pusing bawah pokok... ngeee~
macam dah panjang aku taip.. haiyoo... maafla kalau bosan sbb aku pun macam bengong je amende aku taip ni... heh...
okeyy... bila Rayyan dah tau Wafeen tu kekasih Daniel, orang yang dua sgt benci dia mula buat plan dengan Zaryyn sebagai mastermind untuk pisahkan Daniel dengan Wafeen... Zaryyn ni aku boleh kata kawan baik merangkap adik kepadasi Rayyan... hubungan diorang rapat gila... and kebetulan family Daniel dgn Zaryyn nak satukan diorang, Zaryyn ambik langkah ni untuk pisahkan Daniel dengan Wafeen supaya Rayyan dapat si Waffen ni... sebab Zaryyn nak tgk Rayyan gembira... Dia tak nak tgk Rayyan sedih terluka lagi sbb kisah hidup Rayyan lepas mak dia meninggal mmg sentap ah... dengan peragai ayah dia kan....
Lastly dia dapat la kahwin dengan Wafeen... tetapi jangan disangka air yang tenang takde buaya... acewaahhh...lepas Daniel tahu yang wife Rayyan tu si Wafeen dia mula berdendam denga Rayyan and seorang Daniel Elhan mula menunjukkan belangnya... smpai masa Rayyan eksident and Valqis n ayah dia meninggal... Daniel buat plan yang sgt jahat... Rayyan punya buah pinggang dua2 rosak... so satu2nya org yang sesuai nak derma buah pinggang tu Daniel Elhan! Zaryyn pujuk suruh Daniel derma buah pinggang dia kat Rayyan and dia berlakon konon2 dia ikhlas nak derma padahal dia ada rancangan jahat... dia ugut Wafeen... dia cakap kalau Wafeen tak tinggalkan Rayyan lepas operation nnt dia takkan dermakan buah pinggang dia kat Rayyan... pada Mulanya Wafeen tolak sbb dia tak sggup nak tggal Rayyan yang sakit dengan tak mampu jalan semua... tapi keadaan memaksa Wafeen sbb tak nak keadaan Rayyan jadi lagi teruk... so Wafeen terima la tawaran Daniel tu... Dermakan buanh pinggang dengan syarat Wafeen tinggalkan Rayyan... yang lagi sentap... Wafeen tgh pregnant masa tu and Rayyan tak tau... :(
So lepas Wafeen tinggalkan Rayyan, Daniel mula mainkan peranan ni... dia handle syarikat yang ayah dia dah wasiatkan katRayyan... dia seleweng duit syarikat dengan bantuan Tengku Muiz... abag zaryyn... Dia buat2 baik... dia burukkan Wafeen dengan Uwais semua... dia laga2 kan org supaya Rayyan nmpak dia la yang paling baik n banyak berjasa... :3
apa jadi lepas tu? panjang lagi... sila beli kat bookstore or online... tapi aku mmg suka novel ni... kejap korang gelak, koreng sengih,korang sedih... mmg main dengan perasaan novel ni... kalau korang nak baca yang jenis berat sikit novel ni sesuai sbb dia mmg cukup rasa la... :) tak rugi beli pada aku la... 5* untuk novel ni aku kasi.... :D
                                                                       


Komen/ pendapat

Pada aku novel ni takde apa sgt nak komen... Korang akan menyusuri kehidupan Daniel yang perit pada mulanya sebab yeahh dia tak boleh nak mengaku yang ayah Rayyan tu ayah dia sbb status dia sebagai anak bini no2... dia boleh tgk ayah dia dari jauh tanpa dapat panggil ayah bila khalayak ramai... tapi... bila ayah n mak Rayyan bercerai, Daniel dapat semua... semua smpai Rayyan kecik hati... dia buat masalah kat sekolah... bukan sbb jahat tapi dia nak perhatian ayah dia... u know what... pedih okey bila kita kena buat benda yang kita tak nak buat pun just untuk dapat perhatian/ kasih sayang dari seorang yang bergelar ayah... lepas tu semua perhatian dapat kat Daniel... Daniel yang baik... Daniel yang bijak... yuppp kadang2 aku kesian kat Rayyan... kadang2 aku kesian kat Daniel... pada aku benda ni bukan salah Rayyan dengan Daniel... diorang macam mangsa keadaan... sbb yang salah sebenarnya ayah Rayyan... menduakan mak Rayyan... bercerai padahal masa tu mak Rayyan tengah sakit... then bila mak Rayyan meninggal...ayah Rayyan menyesal tak sudah... pada aku tak guna ok dia menyesal... but tu la... manusia penuh dgn kesilapan...

Masuk part Daniel mula jadi jahat... Bila dia jauh dari Allah... Iman tak kuat... bila Iman tak kuat, dia akan senang terpengaruh kan?sbb tu bila Tengku Muiz cabar Daniel sikit saja dia dah mula minum arak... mak Daniel cucuk sikit je dia mula terpengaruh... dia mula nak bolot harta yang arwah ayah dia wasiat untuk Rayyan... padahal mmg tu semua hak Rayyan,,, arwah mak Rayyan...

kesetian... macam mana pun org burukkan Wafeen... yup dia terpengaruh... dia salahkan Wafeen... tapi... jauh kat sudut hati dia, dia tak dapat buang rasa cinta dia untuk Wafeen... seriusly aku sangat salute dgn kesetian Rayyan... ada lagi ke eh lelaki macam ni atas dunia ni? ada la kot... :)

Pengorbanan seorang Wafeen Wardah... dia sanggup kena marah dengan Zaryyn asalkan Daniel sanggup dermakan buah pinggang dia untuk Rayyan... dia sanggup dituduh sebagi isteri tak berhati perut demi kesihatan Rayyan... dia pendam semua masalah seorang diri... dia tak luah kat sapa pun pasal perbuatan Daniel sbb tak nak Daniel apa2 kan Rayyan...nmpak tak bertapa besarnya pengorbanan Wafeen? Dia balik Cape town besarkan anak dia tanpa seorang suami kerana perbuatan khianat Daniel... Kesian Firdaus yang selalu tanyakan ayah dia... hanya gambar yang jadi pengubat rindu seorang Rayyan Firdaus kepada Rayyan Raiqarl... Seriusly cerita ni mmg sedih disebalik kegembiraan...

Memaafkan... tau tak memaafkan tu benda yang sgt indah... and dendam tu adalah racun... pada aku kalau dari mula daniel dengan rayyan tak ada sikap hasad dengki, dendam... diorang akan bahagia... tapi sbb hubungan diorang pun tak berapa nak baik... tambah pulak ada orang busuk hati... sbb tu diorang punya hubungan boleh retak sekelip mata...

untuk kak E-man Sufi... novel2 akk mmg the best... Tahniah untuk BKATC yang dah adaptasi ke drama... and... tak sabar nak baca pabila romeo vs juliet... ngeee~~~~ again 5* for your 2nd novel... ^_^

p/s: maaf untuk segala kebosanan kemerapuan n seangkatan dengannya... aku dah lama tak bebel kat sini pasal novel so aku rasa weird sikit... :) maaf... 

No comments:

Post a Comment