yeahhh jumpa lagi... tau la korang bosan tgk aku syik update blog ni 3 hari berturut2 ni pasal novel... nak buat macam mana dah aku tak tau nak update pasal apa lagik... hahah... sooo bertabahlah ye baca aku membebel lagi... kalau tak nak tak payah baca apa susah bukan aku paksa pun... hak masing2... ;) sama macam bila ada member aku tanya 'KENAPA SUKA BACA NOVEL?' seriusly aku takde jawapan yang specifik... just aku boleh tanya balik sebagai contoh 'KENAPA MINAT RUNNINGMAN' yeahh i know ramai org skang gila runningman siap download bagai... tapi aku tak minat pun... just kalau ada org ajak tgk yeahh aku tgk... so that its... macam mana korang minat sesuatu benda tu same as me yg minat novel... okey... kalau korang tak minat, aku tak minat something tu takkan nak paksa kan? itu hak dia... kita kena respect am i right? so kalau ada sesapa yg bkk en3 ni and en3 sebelum2 ni yg cerita pasal novel tapi korang tak minat novel amat dipersilakan untuk pangkah blog aku ni... sbb aku respect korang... so jgn marah aku hokeyhh ;)
So pagi ni aku nak buat review pasal novel Hello, mr. perfect! (HMP) novel ni hasil tulisan WANIEY ZAKARIA... HMP ni first novel kak Waniey dengan KN... sebelum HMP ni kalau tak salah kak Waniey ada lagi satu novel tajuk Benci Bilang Cinta dengan nickname Nur Shazwani tapi yang ni aku tak tau under publisher mana... eheee~ baru2 ni baru je keluar novel ke2 kak waniey dengan KN tajuk ALAMAK ARZIRIL KE ARIEL? tapi jangan tanya aku psal novel tu sebab tak beli lagi tapi ada member aku cakap best... so kita tgk nnt bila ada duit extra... hahah skang mmg takde duit extra harap maap sebb semua novel yg kebanyakkannya aku suka/follow kuar hujung tahun ni... sedih hokeyh? haha... ok abaikan...
Serba sedikit tentang HMP
Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Izzul Islam... bukan Izzue Islam yang berlakon drama SSID tu hokeyh? hahaha... Izzul ni TERAMAT CEREWET dan TERSANGAT MEMENTINGKAN KESEMPURNAAN sampai dia aggap diri dia dah cukup sempurna. Umur dia dah 31/33 tahun something like that... aku lupa... dia tak kahwin lagi sbb gila cerewet nak cari calon bini pun yang sempurna macam dia... mana nak carik der...
Kisah dia bermula bila adik Izzul ni sendiri, Arif Fikri nak kahwin dengan buah hati dia Ainul Mardhiah. Diorang dah couple lama gila... 9 tahun kalau tak slah tapi Arif ni still tak memasuk meminag Ainul... so family Ainul bagi masa kat Arif enam bulan untuk masuk meminang Ainul... kalau tak diorang akan kahwinkan Ainul dengan lelaki lain... Masalah dia bila keluarga si Arif pentingkan LANGKAH BENDUL... tak kisah lelaki ke perempuan ke dalam keturunan diorang mmg tak boleh langkah bendul... kalau yang adik nak kahwin yang abg/kakak kene kahwin dulu... pelik kan? selalu perempuan je yang pentingkan langkah bendul ni... *tapi dalam family aku tak kisah bab2 ni... nak langkah, langkah ja... sapa dah jumpa calon kahwin je... haha* so masalah dia sekarang Arif tak boleh kahwin selagi Izzul tak kahwin... bila Arif suarakan masalah ni pada Izzul, pada mulanya Izzul tak ambik pusing sgt sbb dia calon pun takde macam mana nak kahwin... so Izzul mintak supaya Arif bincang balik denga ayah diorang... tapi ayah diorang jenis yang bila dia cakap NO mens NO... tak kan berubah... so macam mana pun Izzul kena kahwin... smpai la Arif dengan Ainul buat plan nak cari calon untuk Izzul... macam blind date la kan... Izzul pun setuj dengan rancangan ni sbb kesian kat adik dia... Semua calon yang nak jadi calon bini dia, dia reject sampaila kawan Ainul, Alya Adriana yang ada iras2 bekas awek Izzul, Ain datang untuk jadik calon isteri Izzul... Arif dengan Ainul sepakat biarlah Alya jadi calon isteri Izzul yang terakhir. Sebenarnya ada rahsia yang hanya Alya dengan Ainul yang tahu... Keluarga Alya dikejar oleh along gara2 ayah tiri dia yang berhutang... nyawa keluarga Alya dalam bahaya apabila along sering menggangu ketenteraman mereka... Alya perlukan RM 300 000 untuk melangsaikan hutang along tersebut. Alya telah menceritakan masalah tersebut kepada Ainul dan Ainul telah menyarankan Alya untuk pergi menjadi calon isteri Izzul kerana Arif telah berjanji akan memberikan wang ganjaran sebanyak RM 500 000 kepada sesiapa yang berjaya menjadi isteri Izzul...
Dengan bantuan Ainul dengan Arif... ditambah lagi dengan muka Alya yang mirip ex-gf Izzul menyebabkan hubungan Izzul dan Alya menjadi rapat... Tak lama kemudian Arif mendapat tahu tentang rancangan Alya dan Ainul... Arif tidak sangup lagi melihat Izzul kecewa dengan Alya sepertimana Izzul kecewa terhadap Ain. Oleh itu Arif membuat perjanjian baru dengan Alya dimana Arif akan memberi RM 350 000 kepada Alya untuk melangsaikan hutang along dan sebagai pertukaran Alya mesti menghilangkan diri dari hidup Izzul.
Dua minggu kemudia Izzul berasa pelik kerana Arif dan Ainul tidak lagi membicarakan tentang Alya dan hubungan Arif dan Ainul juga sedikit renggang. Izzul cuba menghubungi Alya tetapi tidak berjaya dan Ariff cuba mencari calon lain sebagai pengganti Alya tapi malangnya Izzul hanya mahukan Alya sebagai calon isterinya. Izzul lansung tidak tahu menahu tentang Alya yang mendekati diri pada awal kerana duit sebanyak RM 500 000 itu. Izzul mencari Alya di rumahnya tetapi Alya telah pindah ke Skudai Johor. Izzul pergi mencari Alya di Skudai dan akhirnya dia menemui Alya walaupun reaksi Alya bila berjumpa dengannya dingin Izzul tidak berputus asa untuk mengambil hati Alya walaupun Alya sering menghindarkan diri dari Izzul tetapi Izzul semakin mencari dirinya. Sehinggalah Izzul menyunting Alya untuk menjadi isterinya. Jauh di sudut hati Alya, Alya ingin menerima pinangan tersebut kerana Alya sudah lama meminati Izzul sejak zaman universiti lagi. Alya dan Izzul sering bergaduh di kolej dahulu tetapi Izzul langsung tidak mengingati Alya kerana Alya yang sudah jauh berubah. Semasa di uni Alya adalah seorang tomboi dan hanya dikenali sebagai El.
Akhirnya, Alya tetap menerima pinangan Izzul dan tidak lama selepas itu dia dimarahi Arif kerana mungkir janji... tapi setelah Alya menerangkan hal yang sebenarnya Arif akhirnya bersetuju untuk Alya berkahwin dengan Izzul... Malam perkahwinan mereka, Alya terdengar Izzul bercakap ti telefon mengatakan dia tidak cintkan Alya... dia hanya berkahwin dengan Alya kerana ingin sakitkan hati Ain dan melupakan Ain... Alya yang berasa sedih dengan kenyataan yang keluar dari mulut Izzul mula mencurigai setiap layanan Izzul kepadanya....
okeyyy aku cerita smpai situ jek... kalau nak tau apa jadi lepas diorang kahwin,... silalah beli HMP dekat kedai buku yang berhampiran or macam biasa bkk website KN beli on9... eheee... RM22 kalau beli on9 dengan KN jadik ahli diskaun RM4 so jadi RM18 jek... berbaloi2... haha... :P
bila korang baca novel nnt... korang akan tahu macam mana Izzul boleh couple balik dengan Ain... macam mana reaksi Alya... macam mana sabarnya Alya layan Izzul walaupun hati dia sering terluka dengan sikap Izzul... apa reaksi Izzul bila tahu semua rahsia Alya... and macam2 lagik... :D
Pendapat/komen
Izzul yang sangat erkkk annoying lagi menyampah... kalau korang cari novel yang hero sweet Izzul bukanlah orangnya... kerana dia adalah hero yang amat menyakitkan hati... hahhaa.... serius weyh kalah perempuan.... hahaha...
Izzul ni mmg sgt terlalu *haa tudiaaa dh ada sgt,terlalu lagi hahaha* bajet dia sempurna... boleh bayangkan tak pergi food court buat muka pelik... lepas tu siap mengamok lagi kat food court sbb makanan siap lambat... haigoo... pada aku yeahh mmg la kan... kalau lama sgt tunggu mmg patut marah kan... tapi... better kalau tegur elok2 kot... cakap 'saya dah tunggu lama ni... lama lagi ke nak siap? kalau lama saya nak cancel oder ni... saya bnyak kerja lagi nak buat' haaa... pastu cakap dalam intonasi lembut tapi tegaskan la sikit suara... pendek cerita guna intonasi yang tak menykitkan hati orang kan kan kan? dia bajet dia sempurna... tapi dia lupa... bila bab2 agama yg dia selalu ngelat tu... sempurna ka kita bila kita tak jalankan tanggungjawab kita pada Allah? solat tu tiang agama... so bila kita tak solat umpama kita takde tiang kan? so boleh ke sesuatu benda tu berdiri elok, sempurna bila tiang takde? ahaaaa.... kannnnn? Manusia ni takde yang sempurna... kita sendiri hidup saling melengkapi... sebab tu Allah ciptakan Hawa untuk lengkapkan kaum Adam... Mcm dengan Izzul... dia mengamok bila dapat tahu Alya tak reti masak... aku tak nafikan... Alya dengan Ainul pun salah dalam hal ni sbb tak mengaku hal sebenar... tapi Izzul pun takkan nakmengamuk sampai macam tu skali kan bila dapat tahu Alya tak reti masak... eh hello... benda tu boleh belajar ok? bukannya kalau tak reti masak mmg smpai tua tak reti masak... kalau kta ada kemahuan nak belajar masak tu kompem boleh masak ah... Bila hidup sebagai suami isteri ni kit kena terima segala baik buruk pasangan kita kan? yang mana kurang kita boleh tambah... yang mana lebih kita boleh kekalkan atau kurangkan... ahaaa... don't get me wrong aku tak kahwin lagi tapi ni apa yang aku dapat dari keadaan sekeliling, novel... haha... kalau suami pandai masak, isteri tak pandai masak... why don't suami tu ajar isteri masak kalau taknak isteri tu belajar sendiri/luar... tak salah kan saling membantu... kalau takde sifat saling membatu macam mana rumah tangga nak bahagia?
Ego... yang ni sebenarnya Alya dengan Izzul ada... hahah... dua2 ego... last2 makan diri sendiri... nangis beria2 bila org tu takde depan mata... bila ada depan mata taknak hargai... sibuk nak sakitkan hati masing2... last2 hamekkk... hahah... HMP pada aku hanya sebuah novel yang biasa2... tapi permulaan yang bagus untuk seorang novelist baru.... and mood dia agak mendatar... macam takde sakit hati sangat takde sedidih sangat takde lawak sangat... tapi menyampah in shaa allah bnyak... hahaha... overall 3* untuk HMP.... ;)
next update : Review :Meh Sandar pada aku - Aifa Batrisya :p
No comments:
Post a Comment