Bismilahirahmanirahim...
Assalamualaikum and selamat pagi *kuang3*
okey first of all... ada lagi ke org baca blog hakuh ni?? aku tgk last update bulan Disember 2013... ohhh dah setahun???? *tutup mulut sendiri* hahah... yeay3... i know dah bersawang sampai cik labah2 dah beranak berapa ekor pun tak tau :3 nak buat macam mana... kesibukkan saya sebagai pelajar membataskan segalanya... chettttt... *tak mau mengaku yang sebenarnya malas nak update* :p
dipendekkan cerita aku dah tak update blog sejak aku masuk sem 4... bzy hamat dengan 3D... tapi aku stress lagi buat 2D dari 3D wakakaka... okey fine whatever,.... cukup2 wa bebel... back to the tittle...
kalau pada sapa yg baca last post aku be4 ni aku ada tulis kat bawah tu next update Meh Sandar Pada Aku kan? tapi harap maaf... hari ni aku bukan nak update pasal cerita tu... kah3... kita langkah bendul sket eh? *sukasukiakugunaistilahni* :p
Malam ni erkkk okey dah pagi... luposs *ampunkan saya* ehemmm! okey pagi ni aku nak update pasal novel baru dari publisher IKP (IDEA KREATIF PUBLICATION) sapa tak pernah dgr publisher ni bermakna anda bukanlah peminat tegar novel muahahaha... Actually aku mmg suka beli n update novel dari IKP nih sebabnya kebanyakkan novel IKP ni kena dengan jiwa aku... ceeeeyyyy hahaha... Pernah dengar/nampak novel tajuk CINTA KITA? kalau tak pernah dengar mai nak habaq mai... actually CINTA KITA ni first novel bagi kak SUZANA SULAIMAN... yeahh new writer since this is her first 'baby'. and kalau tak silap aku untuk terbitan JAN 2014... yeahh i know skarang dah masuk MARCH tapi hade aku kisah? janji aku dah baca... bior lambat asalkan selamat jugak aku baca... so here it isss....
erkkk what??? aku just nak tunjuk aku ada bookmark gambar maple macam kat cover CK tu andd aku mmg suka daun tu *walaupun tak pernah tgk in real lagi :'( bagi sapa yg nampak tajuk kat bookmark tu sila abaikan sbb aku bukan nak cerita pasal tulisan yg ada kat daun maple tu... sapa tak nampak bagus... ngeee~ sila fokus pada cK yer wahai pembaca blogku... itu semua hiasan terima ksih... lol
Serba sedikit tentang CK
This is all about Khalish, Husna and Qistina...
Bismilahirahmanirahim...
CK is about Muhammad Khalish Zafuan seorang duda beranak satu... Arwah Wife dia meninggal selepas lahirkan permata hati diorang such an adorable daughter Husna. For me Husna ni sgt sweet, chomel, nakal, cute, bijak ehhh complete set la budak Husna nih... :D Husna ni la yang menjadi penawar dan racun buat Khalish selama arwah wife dia meninggal... and if i'm not wrong lapan tahun dia hidup without a wife and become a single father... besarkan Husna seorang diri dengan penuh kasih sayang smpai Husna menginjak usia lapan tahun and become seorang anak yang mampu untuk dibanggakan... oh yeahh and Khalish jugak actually aku rasa tak pernah terfikir untuk cari pengganti arwah wife dia... Tapi kita semua tahu kan aturan Allah mengatasi segalanya... Allah tahu what is the best untuk hambaNya... and seorang lelaki sebaik Khalish selayaknya dicintai dan mencintai... Sebagai mana Allah aturkan pertemuan diantara Qistina dan Khalish di sebuah pulau dengan menjadikan Husna sebagai 'orang tengah'. Pertembungan mereka tidak tamat di pulau itu sahaja apabila Khlish secara tidak sengaja telah melanggar kereta Qistina...
"Err... awak Papa Husna,"
"Err... awak?"
"Let's move our cars first and we will talk afterwards, okay?"
"Sorry,"
"Husna wants to speak to you,"
"Hi, Auntie!"
"Assalamualikum."
"Waalaikumsalam... hehe... Auntie ingat Husna tak?
"Alaaa... Auntie ni.. kita kan jumpa kat pantai Cherating hari tu. Takkan Auntie dah lupa? Baru dua minggu lepas tau. Husna tertolak Auntie masa Husna tengah kejar butterfly. Auntie ingat tak?"
Bermula dari sini hubungan antara Khalish-Husna-Qistina menjadi semakin akhrab apabila Husna sering kali meluangkan masa di cafe milik Qistina...
"Hmm... Papa, bila kita nak pergi kedai Auntie Qis lagi? Husna nak pegi beli buku-buku Auntie yang banyak tu. Hari tu masa Auntie bawa Husna tengok buku-buku tu, Husna tak sempat nak baca satu pun sebab dah petang, kan? Husna rasa Husna nak duduk dan baca buku kat Junior Zone yang cantik tulah."
"Aik? Sejak bila Husna suka baca buku ni? Bukan ke Husna selalu cakap papa boring sebab suka membaca?"
"Alah, itu dulu. Itu sebelum Husna kenal Auntie Qis. Sebelum kita ke Kafe Soleil tu. Cantik kan kedai tu papa? Husna suka sangat!"
"papa, bila kita nak pergi ke kedai Auntie Qis lagi?"
"Tak payahlah pergi selalu. Nanti kita macam mengganggu auntie Qis pula. Dia kan kerja kat situ. Nanti kalau Husna datang, dia tak boleh buat kerja sebab asyik kena layan anak papa yang seorang ni sahaja,"
"Pa... pa..."
"Betul Husna nak pergi?"
"Okey. Nanti kita pergi."
"Bila?"
"Kita pergi this weekend, okey? Boleh Husna duduk lama sikit kat kedai Auntie Qis,"
"Thanks, papa. I love you!"
Pertemuan demi pertemuan yang berlaku atas kehendak Husna mula membuahkan bibit2 cinta di hati Khalish dan Qistina. Khalish mula terpaut dengan sifat penyanyang yang ada di dalam diri Qistina... Khalish mula memikirkan hala tuju perhubungan mereka selama Qistina menunaikan umrah. And part Qistina nak bertolak pergi umrah ni antara my favorite scene... i like husna masa ni... sebabbbbb i like this dialog...
"Pa... pa..."
"Yeas, baby?"
"Can Auntie be my Mama?"
masa ni serius aku rasa nak pi peluk2 kiss2 je Husna tu muahahaha... Aku mmg suka ayat "Can Auntie be my Mama?" can u guys see yang dia mmg sayang Qistina and mengharapkan Qistina akan selalu ada dengan dia? and... hati kanak2 ni suci... when they love someone... mmg diorang akan sayang sgt2... ;) just like Husna bila dia dah sayang sanagt Qistina, dia mula mengharapkan Qistina untuk setiap hari dia...
Ohh yeahhh and... when Qistina come back from umrah, Khalish made the move!
"I think I have fallen in love with you too. I cannot imagine our life without you. You are the piece of puzzle that completes us. Will you marry me, Qis, and make me the happiest man?"
"Qis, please say something,"
"Please don't cry, Qis. marrying me can't be that bad?"
"Qis, saya janji saya akan jaga awak. Izinkan saya menjaga awak, Qis?"
"Alahmdulillah! Terima kasih, Qis!"
Dua hati pun bersatu... hidup diorang bahagia sgt sweet meweet *sukasuki aku bagi jahanam bahasa* lovey dovey ehhh aku pun cair lah senang cerita tgk cara Khalish layan Qistina... tetapi... segalanya... konflik... bermula apabila...
"I want you to terminate the pregnancy."
Mohon jangan keras kejung dengar ayat tu walaupun aku masa baca part ni terkaku beberapa saat heh... Bila permintaan ni keluar dari mulut Khalish aku rasa macam 'how dare you?' huhuhu... yesss ini permintaan Khalish buat Qistina... gugurkan kandungan... kenapa Khalish buat permintaan luar alam macam tu? sila pergi cari novel CINTA KITA di kedai2 buku berhampiran anda... eheee... for sure... lepas je Khalish keluarkan permintaan ni mohon korang sediakan tisu satu kotak... sbb akan bermula penderitaan hidup bagi Khalish-Qistina... aku sarankan bagi pencinta2 novel, novel ni... tak rugi untuk jadikan koleksi... ;D berbaloi dengan harga RM23 tu... Cerita dia buakn cerita luar biasa... CINTA KITA masih cerita yang biasa yang mengetengahkan kisah orang berumah tangga... kisah lovey dovey... tapi ada something yang menarik tentang CINTA KITA... nak tau apa yang menarik? beli dan baca dan selamilah kisah Qistina-Khalish-Husna... korang akan dapat jawapan dia... :)
okk kalau korang pemalas tahap giga nak pergi bookstore macam aku boleh oder on9 je... korang like page Idea-Kreatif-Publication ni pastu oder je dengan agen2 IKP... semudah satu dua dan tiga ngeeee~
Pendapat/Komen
CINTA KITA adalah salah novel yang wajib dimiliki macam yang aku cakap kat atas... Sambil membaca CINTA KITA korang akan dapat ilmu... serius tak tipu... nilai2 agama... setabah/secekal mana kita terima ujian yang DIA bagi pada kita... Bersyukurkah kita dengan apa yang kita ada selama ni? Macam mana tabahnya seorang bapa menjaga anaknya yang baru lahir tanpa bantuan isteri di sisi... betapa besarnya pengorbanan seorang ayah seperti Khalish... Bertapa berjayanya Khalish mendidik Husna sehingga menjadi seorang anak yang bijak... Allah mengurniakan kepada Khalish seorang anak yang bijak untuk meringankan beban Khalish sebagai ayah tunggal... Bertapa kuatnya Khalish menghadapi ujian kehilangan isteri semasa melahirkan zuriat mereka...
Husna walaupun mendapat kasih sayang yang sempurna dari seorang ayah tetapi tiada kasih sayang dari insan yang bergelar ibu... malah tidak sempat untuk merasai kasih sayang dari arwah ibunya... :(
Ketabahan seorang isteri apabila diminta menggugurkan kandungan yang sedang dikandung... Relakah seorang ibu membunuh anak yang berada di dalam kandungannya... Pengorbanan seorang ibu yang sanggup membahayakan nyawa sendiri demi membenarkan anak yang dikandung menjengah dunia... betapa besarnya pengorbanan seorang ibu...
Khalish yang tidak dapat menerima kenyataan... membiarkan isteri tergapai2 mencari tempat untuk berpaut... Bagaimana Khalish melawan rasa trauma yang dihadapi... Kecewanya seorang isteri apabila suami mula menjadi beku.. tidak mengambil kisah akan perihal isteri dan anak...
Yess Khalish boleh dikatakan sempurna... tetapi dapatkah dia menerima kehilangan untuk kali ke2? Dilemaaa... Ini dilema Khalish apabila dia terpaksa memilih antara anak dan ibu... Trauma yang dihadapi lapan tahun yang lalu menjadikan dia mencipta benteng dalam dirinya dan Qistina...
Tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini... Sebegitu juga Khalish yang tanpa sengaja telah melukakan hati si isteri kerana takut untuk menghadapi kehilangan buat kali ke2... Hidup suami isteri saling melengkapkan... si isteri melengkapkan si suami dan si suami melengkapkan si isteri... Allah menduga mengikut kemampuan...
Kita sebagai manusia perlu berusaha bukan hanya menyerah kalah tanpa berusaha... HE know what is the best for us... Thrust HIM... pray and tawakal... Percaya Qada dan Qadar Allah... Korang akan menyelami jiwa Khalish dan Qistina... anddd.., aku tak pernah salahkan Khalish sbb suruh Qistina gugurkan kandungan sbb aku paham situasi dia yang rumit... tapi aku marah Khalish bila dia mula abaikan Qistina yang nyata sebenarnya perlukan sokongan dia as a husband... :)
Ohh yeahh n what i like pasal novel CINTA KITA ni sbb... dia takde orang ke3... yesss... takde kes aku nak rampas laki kau-aku nak rampas bini kau... itu sgt cliche walaupun pada mulanya aku ingat ada watak org ke3 tu... eheee... konflik diorang sikit tapi berat... and aku berjaya masuk dunia qistina masa dia tgh dalam konflik tu... i was imagine kalau aku kat tmpat Qistina and i think semua ibu akan buat tindakan yang Qistina ambik...
Untuk Writer kak Suzana Sulaiman... Congrate again untuk novel first akk ni... andd... this is the good try... permulaan yang sgt baik walaupun this is your first novel... I think lepas ni mesti ramai yang akan follow your novels sbb ddah jatuh cinta dengan your writing style... :) 5* saya bagi untuk CINTA KITA and yesss... sgt berbaloi my money yang dikeluarkan rm23 to buy your novel... Bila baca novel akk ni kadang2 buat saya istiqamah diri... fikir balik hubungan saya dengan Allah... macam2 saya fikir... and it a good think sbb kita tak la baca novel saja2... sekurang2nya ada benda untuk saya isi dalam hati... :)
lagiiiiiii... aahhhhhaaaa tak sabar nak tunggu your 2nd 'baby' tak sabar nak tunggu kisah Dr Husna... mesti sweet jugak ahakssss... anddd kalau boleh nak kisah si kembar jugak... hamboihhh demand kata kau... ahahaha... boleh tak? *kelip2 mata* wahahahaha....
andd ohh... mmg takde eh part Qistina tanya/bagitau ke Khalish pasal dia dah tau yang Khalish adalah org yang tolong maahad tu? just smpai part dia jumpa dokumen yang ada tanda tangan Khalish... itu aje eh? hohoho... sbb part tu rasa macam agak tergantung... tapi small matter la... sbb yang penting Qistina dah tau Khalish adalah org yang tolong maahad tu... :D
apa lagi eh? tu je kot ehee...
Segala yang baik datang dariNya dan yang buruk datang dari saya sendiri... harap maaf kalau ada terkasar bahasa/tersalah kata dalam en3 ni... *dah lama tak bebel2 macam ni lagipun saya tak reti sgt komen/review ni... tapi apa yang saya tulis ni mmg dari hati... ;)
tataaaaa.... jumpa lagi nnt ;)
p/s: pstttt... sapa tau background lagu blog aku ni? hahha... :P sila bayang Khalish nyanyi kat Qistina... ngeee~ cair oihh cair wakakakaka
No comments:
Post a Comment