Followers

Sunday, February 24, 2013

Kerana Mulut Badan Binasa...

Assalamualaikum... ^^

Again... aku update blog... wah3... terajin pulak yer? bagus3... clap3 untuk diri sendiri... hek3...

Okey... korang mesti pernah dengar tentang peribahasa tu kan? Seharusnya korang paham la... :) Topik ni aku terfikir nak share sebab semalam kakak sulung aku datang rumah... then masa tu tinggal aku dengan dia ja dalam rumah... Then dia bukak topik ni... Bila aku fikir balik apa yang dia cakap kat aku tu mmg aku sangat setuju... dan benda tu buat aku muhasabah diri...

Pada aku la sebenarnya mulut ni la benda yang paling payah nak jaga selain dari aurat... Dia tutup aurat perfect sempurna... tapi mulut dia? perghhh macam longkang! mengumpat sana sini, tabur fitnah kat orang semua... then automatik dia jadi ahli neraka walaupun dia tutup aurat sempurna, solat tak tinggal semua... Kita pun kadang2 tak sedar mulut kita terlalu lancang berbicara sehingga kadang2 sakitkan hati orang lain...


Benda ni terutamanya jadi kat perempuan la... Bergosip pasal orang lain, mengumpat... kadang2 kita tak tahu pun benda tu betul tak tapi sebaik sahaja kita dengar cerita tu terus p jaja merata... yang lagi teruk bila kadang2 tu ada pulak yang jenis suka menokak tambah cerita tu konon nak bagi lagi HOT... hermmm kesimpulaannya tunggu la tahap HOT kat neraka nnt... Kita tak bunuh orang kita assume diri baik... FITNAH orang tu macam mana pulak? mesti pernah dengar orang cakap 'dosa memfitnah orang lagi teruk dari dosa membunuh' secara automatik jugak kita akan jadik lagi jahat, kejam, zalim dari orang yang membunuh tu sendiri... astagfirullahalazim... mintak dijauhkan... 

Mulut ni bawak banyak keburukkan sebenarnya kalau kita tak jaga... Bukan sahaja jadi ahli neraka... mungkin kita jugak akan kehilangan kawan2, ahli keluarga bila mulut kita terlalu lancang berbicara sehingga meyakitkan hati mereka... Yeahhh mungkin sebenarnya kita lancang berbicara itu sebagai tujuan untuk bagi kesedaran pada orang tersebut tapi tak salah bukan untuk menegur dengan cara yang lebih baik? lebih sopan santun? mereka juga manusia... seteruk mana, sejahat mana mereka kita tetap perlu hormat mereka... mereka masih punya hati yang perlu dijaga... tambah2 kalau orang tu lebih tua dari kita... contoh hati seorang ibu telah kita lukakan apabila kita terlalu lancang berbicara sehingga dia menitiskan air mata!! astagfirullahalazim... Untuk mengeluarkan bunyi walau 'ahh' sekalipun tidak boleh kerana kita akan dikira anak derhaka inikan pula air mata seorang ibu menitis kerana tearas dengan kata-kata kita yang hanya bergelar anak!! 

Yang paling teruk jika orang yang berdendam... Dia berdendam dengan kita kerana mulut kita yang berbicara tanpa kawalan... berbicara ikut suka hati tanpa memikirkan akibatnya... Ya memang tidak dinafikan outspoken itu kadang2 bagus tapi harus difikirkan sebab dan akibat. Pada aku jika ingin menegur, biarlah dengan menggunakan intonasi yang lembut tanpa menyakitkan hati orang lain... Tegur secara baik2... jika kita mengeluarkan kata2 kesat mungkin juga pihak lain akan membalas kenyataan anda dan kemudian akan tercetus pergaduhan... Sedangkan pergaduhan itu boleh dielakkan tapi telah tercetus kerana mulut kita... Cukup hanya mengeluarkan kata-kata sehingga pihak lain terdiam kerana tidak dapat menafikan kata-kata anda... itu lebih manis bukan? ;)

Korang percaya sihir? yaa pada zaman moden ini masih ada orang menggunakan sihir dan mengamalkan ilmu syirik ini untuk memuaskan hati sendiri sama ada untuk membalas dendam atau sebaliknya. Pernahkah anda terfikir... mungkin orang yang besikap pendendam itu akan menyihirkan anda? wallahualam... tapi pada aku benda ni adalah sesuatu yang tidak mustahil kerana aku sendiri pernah mendengar cerita begini... Bukan aku nak suruh korang takut dengan benda2 ni... Cukup hanya takut pada Allah yang satu... Tapi tak salah mencegah kan sebab kita tak tahu niat orang tu kat kita... hati dia macam mana... adakah dia seorang pendendam atau pemaaf? Sangat terseksa bila dah terkena dengan buatan orang ni... Memang boleh sembuh... Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah bukan? Tapi sementara ingin pulih sepenuhnya memang sangat3x terseksa... *bercakap berdasarkan pemerhatian*

Kadang2 kita tidak mengumpat, kita hanya berdiam diri... tapi kita mendengar... :) Adalah bagus jika anda tidak mendengar juga... Sebaliknya tegur la mereka yang sedang mengumpat itu dengan baik... Tidak salah menegur sesama islam bukan? ^^

Yaaa aku dulu seorang yang agak baran... sikit2 marah sikit2 marah... padahal diorang tak salah dengan aku pun... aku tau diorang memang comfirm terasa dengan aku... tapi aku bersyukur kerana mereka tidak menjauhkan diri dari aku... mereka masih membantu aku jika aku dalam kesusahan... Ya Allah... bertapa beruntungnya aku punya sahabat seperti kalian... Terima kasih semua... :)

Sekarang aku lebih cuba menjadi seorang penyabar walaupun agak suka pada mulanya... Dahulu aku seorang yang gemar menjawab dan berlawan kata-kata. Pantang ada sahaja yang tidak puas hati atau aku sakit hati pada orang tu automatik mulutku akan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar... huhuhu... Sekarang aku lebih banyak berdiam diri... kata la apa sahaja... aku hanya mengiakan dan mendengar... 


Kan bawah ni ada satu jadual yang aku cilok kat pak cik google... Boleh la baca... Jom sama2 kita berubah ke arah yang lebih baik dalam membangunkan Islam... *peace no war... ^^


kat sini mesti tak nmpak noh? apa lagi klik la kat gambar tu untuk pembesaran... heee~

Oraiteee... sampai sini ja kot aku membebel kali ni... segala kekurangan harap diampunkan... segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri... :) haa mai nak bagi gambar sebagai penutup sat.... :P


 Erkkkk takdak kaitan pun gambar ni dengan apa yang aku dok bebel tadi tu... kikiki... just tadi jumpa pic ni kat pak cik google... and ai rasa sgt sweet... awwwww.... jelessss... =.=' hahaha

haaa... kalau nak rumah tangga harmoni, salah satu tipsnya jagalah mulut! ohh yeahhh!!! *tetibe je kuarkan statement ni nak bagi en3 ada kaitan dengan gambo sweet irma dgn laki dia ni... wakakakaka... sengal la kau atie... hik3* :P

In shaa allah jumpa next en3... en3 apa tak tauu... segalanya bergantung kepada terma dan mood... erkkk *apekah?? hahaha... okies abaikan! ^^

Tuesday, February 19, 2013

Tudung macam rambut??

Assalamualaikum.... Just a short update... :D

Sebenornya aku tengah buzy cari tutorial nak edit video tadi... Aku ni edit gambar reti tapi video tak reti sebab tak pernah buat video kui3...

Bila aku strees edit, aku bkk fb *inilah ciri2 student yg berjaya ya? haha* tertiba aku terjumpa satu blog ni and dia menceritakan pasal 'WIG HIJAB INSTANT' mula2 aku blurrr apakebenda pulak ni? Tak pernah dengar pun... then baru aku tau apakah itu 'WIG HIJAB INSTANT'... aku panggil tudung macam rambut jek... hahaha... and aku tau isu ni mmg tgh hot lepas kakak aku bagitau dalam minggu lepas macam tu... *memang selalu tertinggal train huhuhu*

Dan... aku tergerak hati nak update lepas aku baca komen kat blog tu *mintak maaf lupa nama blog tu... cari balik tadi tak jumpa plak... adessss*

Ada la beberapa orang yang cakap, style tu okey... sebab leher tutup and nmpak fashionable sikit... Erkkk... aku speechless jap lepas baca komen tu... Memang saling dok berbalas komen la kat situ... yang setuju dengan fesyen tu memang sah2 kena hentam... yang hentam balik tu pun siap guna ayat kasar lagi ahaksss...

Kalau ikut aku, aku pun macam nai join ja sembur dia tu... Tapi bila fikir balik, orang macam tu tak guna cakap kasar2 kena guna hadis or ayat al-quran sikit baru ada akal... haha... ye dok? sebab kalau dia nafikan ayat2 tu bermakna??????? hehe

Fikir-fikir la sendiri...

Kat bawah ni aku letak pic tudung tu okey?


 

 Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

credit : http://ilidalila.wordpress.com/2010/05/05/kewajipan-menutup-aurat/


Baca ayat kat atas tu... dan fahamkan maksud dia... dan tengok sendiri gambar fesyen tudung macam rambut yang aku letak kat atas tu... Kalau still tak paham boleh terus bukak link yang aku nyatakan kat atas tu... ada banyak maklumat tentang aurat... korang boleh baca sendiri, pahamkan, dan renung-renungkan.... :D

Erm... aku ada jugak terfikir... Siapa la yang cipta fesyen ni? Kalau tengok pada model yang sengal kat atas tu korang rasa? Aku mintak maaf... bukan saja-saja nak kata model atas ni sengal... Tapi korang fikirkan la kenapa dia boleh setuju nak jadi model yang kononnya tudung ni? For me, orang yang design tudung ni hanya ada dua kemungkinan... First, dia memang terlepas pandang or memang tak tahu dada pun adalah aurat dan bukan rambut semata-mata. Kedua... Dia memang ada niat nak jatuhkan islam... Wallahualam... Tapi apa yang aku tau... orang yang design fesyen tetapi tak menepati ciri-ciri dalam islam termasuk orang yang mengenakannya akan dikira berdosa... Sebab tu aku pernah cakap dekat kawan aku dulu, nak jadi fashion designer bukan senang... wallahualam... :)

So... aku hanya dapat berdoa dan berharap agar kita orang-orang islam terutama perempuan untuk memilih pemakaian begini. Dan orang lelaki pulak jangan la menyokong kerana aurat perempuan bukan hanya rambut seperti yang aku pernah nyatakan dalam en3 sebelum ni... Dada juga adalah aurat... Dalam ayat al-quran pun ada... kan aku ada kasi kat atas tu... jadi jangan menidakkan sesuatu yang dah ada dalam al-quran... ^^

Sama-sama jaga diri, aurat, dan ISLAM... 

Sekian~ kalau rasa tak setuju dengan apa yang aku cakap ni bolehla komen kat bawah ye... meyh aku nak tolong cuci otak korang... hihi... 


Saturday, February 16, 2013

"Aurat"

Assalamualikum everyone... :)

Ohhh maaf yer... hari ni bukan nak review novel... agagaga... hari ni just nak share pasal 'aurat'. Tetiba tergerak hati aku nak share pasal benda ni... Yeah I know ramai yg dah tau pasal aurat ni and ada yang hari2 dengar pasal aurat or cakap pasal aurat... Tapi banyak mana yang ambik berat pasal benda ni? Tak banyak kan? Termasuk diri aku... *aku tak pernah nafikan aku sendiri tak sempurna lagi dalam bab tutup aurat ni... tapi insya'allah aku sedang berusaha kuat kearah tu...*

AURAT? sebut pasal aurat je mesti automatik orang kaitkan dengan perempuan kan? Yup memang betul aurat ni lebih terarah kepada perempuan... tapi jangan lupa... Lelaki pun ada aurat jugak... Aurat ni pun pada aku it just only untuk pemakaian kita ja... aurat ni boleh merangkumi banyak benda...

Tapi aku sebagai perempuan, memang aku akan lebihkan untuk perempuan... Cuba tengok cara pemakaian sekarang? Even though diri aku sendiri... pakai tudung... tapi... pakaian ketat... jarang... tudung singkat... buat apa pakai tudung kalau pemakaian mcm ni kan?  Lagi satu pemakaian inner... sebelum ni aku memang suka pakai inner... konon menutup aurat la kan? aku lupa... pakai inner tu mmg la menjadikan tubuh badan kita berlapik... tapi bentuk masih nampak... Ya Allah... tetiba rasa diri aku jahil gila... :'( sekarang aku lebih prefer cardigan labuh sebab sekaligus tutup punggung... :D cardigan pendek pun pakai, tapi aku akan pakai dengan track or skirt hok kembang tu... Ahakss... mesti korang pernah dgr bonggol unta? yehaaa... yang orang pakai nak bg nampak sanggul tinggi tu kan menyerupai bonggol unta... okeyy yg ni memang aku tak pernah beli n pakai sebab serius aku rasa HODOH...Bila pakai benda tu seolah2 korang nak bagitau yang 'rambut aku panjang woah'... Padahal rambut ciput kontot je ponggg... eksyen lebih... pada yg rambut ori dia mmg panjang tu pulak tak payah dok ikat sanggul tinggi2 noh... jangan dok cakap 'eh ni bukan bonggol unta ni rambut ori, kena ikat tinggi2 baru tak panas.' statement ni mmg aku meluat... bnyak cekodok ampa... bukan tak bagi lansung korang bersanggul... boleh bersanggul tapi jangan over... biar sederhana ja... bersepah orang rambut panjang tak ikat tinggi2 pun? tak panas pun? tak mati pun? kalau dalam rumah dgn mahram ampa lain cerita... nak ikat tinggi2 macam org baru lepas pantang pon no hall... tak dak sapa nak marah... yang penting bila pakai tudung jangan tunjukkan rambut korang tu dari segi sanggul yang tinggi or korang rasa cun ke pakai sanggul tu?? Dalam islam tak boleh yer kakak2 sekalian... macam mana cantik pun di mata korang, kalau dah dalam Islam cakap haram, kita tak boleh nak menidakkan... Contoh aku ambik Irma Hasmie... Sebab kompem korang kenal dia kan? Apa perasaan korang bila tgk dia? Seriusly masa dia tak pakai tdg dulu mmg aku tak nafikan dia comel, tapi aku tak minat dia lagi... tapi lepas dia pakai tudung mmg dia berjuta2 kali ganda lagi comelssss... Tak perlu make up tebal2 tak perlu pakai bonggol what so ever tu dia dah cukup cantik and manis... muka pun nmpak suci plus tenang je...





Any komen pasal gambar2 kat atas yang aku tempek ni?? aku rasa korang tau kot apa yg tak kena dengan gambar tu... :)

Lagi satu style turban tu haaa... Ramai gila org pakai style tu skang ni... dulu style hana tajima #aku salah seorang orang yang sangkut dgn style hana tajima tu# =.=

Apa yang tak kena dengan style turban tu?? Korang rasa? yup... dia tutup rambut... leher dengan dada ada dia tutup? Ada jugak orang pakai inner neck kan sebab tak nak bg nampak leher... mula2 dulu mmg aku macam respect ah dekat org yg terfikir nak pakai inner neck ni kan sebab aku ingat dah tutup aurat... Then tak lama lepas tu baru la aku tau... pakai inner nect tu pun tak boleh sebab serupa macam pakai iner ah... tutup leher tapi nmpak bentuk... huhuhu... sama jugak macam legging... legging tu pun menampakkan bentuk kaki kan? fikir-fikir kan la...


Tgk dua gambar ni... Aku malas nak hentam ke apa ka sebab aku pon tak sempurna mana... karang kalau aku hentam org sekeliling aku korang kata aku berlagak baik... tak reti nak cermin diri dulu la apa la... ya lah mulut manusia yer dok? mana boleh tutup... tapi dari gambar atas ni korang boleh nampak kan? pemakaian turban ni yg utamanya dia tak tutup dada... jangan lupa dada tu pun aurat... aurat kita bukan rambut semata-mata. Aurat bagi perempuan kan dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan kedua tapak tangan. :D

Fesyen pengantin pun sekarang aku tgk boleh tahan hebat... hehehe... memang pakai tudung... tapi kadang2 ada ja salah satu kesalahan yg aku nyatakan kat atas tu... lagi satu pengantin selalu make-up tebal2 kan? make-up dari pagi sampai petang... ermmm... tak solat ka? *bukan nak menuduh hanya terfikir lepas ustazah aku cakap masa sek men dulu* mungkin bila waktu solat dia remove make-up then mak andam dia nak make-up dia balik berjam2? harap2nya lah.. tak semestinya bila kita kahwin kita tak payah solat? kita kahwin kan kita mendirikan masjid? benda baik di sisi islam... benda yang digalakkan... tapi bila kita tak tunaikan kewajiban yang utama tu SOLAT korang rasa berkat ke majlis tu? Aku bukan nak mintak doa tak baik... Aku sendiri tak suka baca paper tgk kes cerai berai ni... sebab aku pon manusia... satu hari akan kahwin jugak... *erkk apekah ayat macam tak sabo nak kawen ni? =.=' *abaikan!

Eyelash dengan cukur bulu kening... benda ni pun haram... sebab macam nak menunjuk-nunjuk... make-up tu pun mana boleh over dengan niat nak menunjuk... perempuan ni boleh berhias untuk laki dia ja... Benda ni selalunya aku tgk kat artis and model. Orang2 biasa pun ada jugak terutama bila nak p event or kenduri kadang2 tu make-up mengalahkan pengantin... macam opera cina pon yer jugak... hoho... ampunnn bukan nak mengutuk sesiapa... aku pernah nak beli eyelash untuk pergi kenduri kot... konon2 nak bagi mata nampak galak ah... hakkk tuiiihhh!! tapi alhamdulillah sebab aku ni jenis yang everything aku nak buat, beli aku cakap kat mak aku dulu, mak aku halang... dia cakap benda tu haram... sebab macam mengubah ciptaan Allah gitewww... kalau dah bulu mata pendek tu sedar la diri.. *statement untuk diri sendiri* huk3... aku ni jenis sempoi... so aku akan pakai bedak, bb cream, lipgloss, celak n mascara untuk bg muka aku tak nmpak kusam plus putih sket... wakakakaka... ini la dikatakan tak sedar diri kulit gelap! :P benda ni aku tak tau haram tak... kalau korang tau bagitau la eh?

Tujuan aku bebel pasal make-up? Sebab make-up tu pun pada aku aurat... Sebab kan dalam islam kata kita tak boleh OVER make-up... Natural beaty is the best tp aku paham2 kadang2 tu bg org yang rasa kurang cun *macam aku* dia akan rasa low confident kan? hak3... I know sebab kadang2 aku pon rasa macam tu... tapi kadang2 aku aci redah jugak keluar dengan hanya lip bam dan bedak di muka.. hoho... then aku buat muka seposen... ;P in shaa allah kita sama2 berubah ya kawan2.. 

BALUT AURAT... Pernah dengar? Tiba-tiba aku teringat masa sem lepas pergi usrah.. kak senior tanya kitaorang apa perbezaan antara TUTUP AURAT dengan BALUT AURAT... Seriusly benda ni ikut diri masing2... macam aku... pada pendapat aku sendiri... Balut ni dia macam pakai tudung baju semua tapi KETAT... Bila ketat dia akan menampakkan bentuk... So, dia lebih kurang macam balut... Korang fikir logik la eh... BALUT HADIAH... macam mana korang balut hadiah? ada korang balut longgar2? takde kan? kalau korang letak benda tu dalam kotak sekalipun korang akan balut kotak tu kejap2 sampai terserlah bentuk kan? Harap2 lepas ni korang boleh la bezakan TUTUP AURAT dengan BALUT AURAT... Fikir2 kan dan renungkan... sama2 kita beramal...


 kalau rasa nak hentam aku kata aku berlagak baik what so over hentam depan2... jangan belakang... BERANI KERANA BENAR... Setiap manusia diberi peluang untuk berubah... Cuma sekarang ni terletak pada diri kita ja nak berubah tak... Contoh Diana Amir... Dulu dia antara artis yang sangat seksa kan?? aku pun tak percaya masa mula2 dia pakai tudung dulu... tapi Alhamdulillah lama2 aku tengok dia pakai tudung makin lama makin labuh... baju makin longgar... Ada orang kata sesetengah artis pakai tudung sebab nak fesyen ja.. aku tak nafikan benda tu... tapi kita tak boleh tuduh tanpa bukti jugak kan? kalau kita tuduh dengan kita sekali berdosa... Jadi pada aku tu semua NIAT... NIAT yang hanya dia dan Allah SWT ja yang tau... Jadi kita bersangka baik sudah la... kan? ;) 

TOLONG jangan cakap aku BERLAGAK BAIK... Aku tak baik mana... Kebanyakkan kesalah kat atas ni aku sendiri pernah buat dan sungguh masa aku tulis entry ni aku rasa malu... malu dengan diri sendiri dan yang penting malu dengan Allah... 


Thursday, February 14, 2013

Review : Coke and Sundae 2

Hye and Assalamualaikum semuaaaa... Ohh ya sebelum apa2 izinkan diriku meminta ampun kerana sekarang sangat100x malas untuk update blog seperti dahulu kala ya... hahaha...

Okeyyy... dengan ini saya mengishtiharkan *perghhh dah rasa macam nak umum raya/puasa/perang plak... hahaha* saya baru selesai membaca CNS2 atau nama panjangnya Coke & Sundae 2... hahahaha... Ini bukan dusta tapi kenyataan... punya lama ya ini novel berada dalam list pending... mau bikin macam mana... mood membacanya terjun lombong dowh... haha... sooo malam ni... erkkk or i should say pagi la kan sebab jam telah menunjukkan pukul 1.34pagi dan mata org yang tengah buat en3 ni tak reti nak tido... haha... aku nak buat review sikit pasal novel ni sebab mood TERajin pulak pagi ni... i cut it short... here it is... 


ini cover novel yang aku nak review... gambar adalah hasil rompakan pada inche google... sebab malas nak carik gambo cns2 yang aku punya dalam lappy ni... file belambak2 dowh... =.=' korang pernah baca novel ni?? kalau nak baca novel ni sila pastikan anda baca CNS1 sebab CNS2 adalah kesinambungan pada CNS1... 

Ini cover CNS1... Permulaan aku mengenali seorang penulis novel bernama ILYA ABDULLAH... =) Heh! thanks tu my friend sebab bagi aku pinjam novel dia ni and bagi aku jatuh cinta dengan watak Azyan dan Syakir termasuk menyukai jalan cerita CNS1 yang slamber... tak berat... gelak dua puluh empat jam dengan watak diorang... ohhh tapi maaf... en3 ni bukan nak review pasal CNS1 tapi CNS2... so nak CNS1 sila dapatkan di laman web kakinovel atau kedai buku berhampiran... ngeh3... boleh klik link kat bawah ni kalau nak order direct dgn kaki novel... ;) 

                     Order CNS : Kakinovel

 SINOPSIS SENDIRI....

Macam yang aku cakap tadi... CNS2 ni adalah kesinambungan dari CNS... so ni adalah ragam diorang lepas kahwin dan dikurniakan seorang anak yang comel bernama Ameerul Hasif bin Muhammad Syakir... Rumah tangga diorang memang bahagia dengan kehadiran Ameerul yang nakal plus banyak mulut... Kebahagian diorang bertambah bila Azyan disahkan mengandung lagi... Tapi langit tak selalunya cerah... Mana ada rumah tangga yang takde dugaan... gaduh2 manja memang diorang selalu... hahaha... biasa la... Syakir mana sah tak mengusik si jantung hati dia sorang tu... Dipendekkan cerita dugaan rumah tangga diorang bermula apabila ada seorang doktor wanita baru jelita di hospital Syakir bekerja yang bernama Katrina Kaif... heh! nama ala2 pelakon hindustan tu kan? What ever la kan... yang pasti memang aku meluat kat pompuan sorang ni... Ohh writer imagine muka dia as Kareena kapoor... tapi aku bila baca memang masok muka katrina kaif tu haaa... berpuluh kali writer bagi imagine macam muka kareena kapoor tapi dalam otak aku nak masuk muka katrina kaif jugak! heh! nasib la... sooo diperkenalkan muka musuh baruku... hahaha


*Ada gaya muka penggoda tak?* =.= Nyampahhh!! Huh!!

KATRINA! sebab dia rumah tangga Syakir dan Azyan bergolak... Sebab dia Azyan dan Syakir bergaduh besar... Sebab dia Azyan menjeruk rasa... Ehh senang cerita, kalau tak dak watak dia memang rumah tangga Azyan and Syakir bahagia la... 

Nama penuh dia Katrina Tan Sri Kaif... anak Tan sri la kan... banyak duit... belagak gilosss... eksyen pun yer jugak... riak pun ya... kaki disko!! Dia selalu cakap dia lagi cantik dari Azyan, Syakir tak mungkin tak tergoda dengan kecantikkan dia... see?? bertapa riaknya Kat ni... dia ingat duit, kecantikkan dia tu boleh masuk kubur kot... heh!  Dia memang sangat gilakan Syakir... macam2 dia buat untuk dapatkan Syakir... well hati Syakir kan keras... mulut pun leser kemain... katanya cintanya hanya untuk Puan Nur Azyan binti Idris seorang... Tiada yang lain... How sweet... :) berapa kali dah Syakir sembur si Kat ni tapi dia tak paham2 bahasa... Climax cerita ni bila Kat ni guna bomoh untu dapatkan Syakir... Goshhh!!! dia guna taktik kotor! Andd... dengan muka bangganya aku nak cakap... taktik dia berjaya!!! sila clap2 tangan kat dia... sapa clap tangan tu memang mintak aku tuju senapang gajah kat korang!!! serius emo!! Syakir dengan jayanya melayan minah gedik plus ribut Kat ni... siap selamba kodok *kodok pun tak selamba macam dia aku rasa* cakap kat Azyan dia nak kahwin dengan Kat... Ewah2... memang aku clap2 time ni... Sebenarnya ada sorang doktor a.k.a kawan kepada Syakir, Musliha kekasih kepada Izmi... Senang cerita diorang ni kawan tiga kat hospital tu... Musliha ni tau tentang niat Kat guna bomoh untuk dapatkan Syakir. Sebelum ni Musliha ada nasihatkan Kat jangan goda laki orang bukan takdak laki lain dah kan? tapi Kat ni jenis tak makan saman. kalau dia kata dia nak tu, dia kena dapatkan jugak walau macam mana pun... Tapi nyawa Musliha melayang bila kena langgar lari depan mata Syakir dan Izmi sendiri... Siapakah dalang disebalik langgar lari Musliha tu? Dapatkan orang itu dikesan dengan perangai Syakir yang mula berubah sedikit demi sedikit. Persahabatan Izmi dan Syakir mula renggang bila Syakir bercinta dengan Katrina sekaligus melukakan hati Azyan dengan begitu teruk sekali... syakir mula mengabaikan Azyan dan Meerul. Dia membiarkan Azyan yang sedang mengandung itu mengharungi dugaan rumah tangga diorang tanpa syakir di sisi... Malah sehingga Azyan keguguran Syakir telah meletakkan semua kesalahan di bahu Azyan sedangkan Azyan keguguran kerana ditolak jatuh tangga!! ditolak oleh orang yang ingin melihat rumah tangganya hancur! KATRINA! tapi Syakir lansung tidak mempercayai Azyan. Kehadiran encik Ikhwan ayah kepada rakan sekelas tadika Ameerul menimbulkan perasaan kurang senang di hati Syakir. Kenapa mesti ada rasa cemburu di hati Syakir? Kenapa perlu Syakir meminta maaf dalam diam setiap kali melihat air mata Azyan? Masih adakah cinta di hati Encik Sundae buat Puan Coke? Pertemuan Azyan bersama peguam yang handsome lagi macho yang menjadi idaman Azyan, Keyril Benjamin... Azyan nekad untuk menuntut fasakh setelah segala usahanya untuk mendapatkan Syakir kembali tidak berhasil. Berjayakah si 'ribut' katrina memisahkan coke dengan sundae? Apakah kesudahan kisah Azyan dan Syakir? Adakah bahagia milik mereka? bagaimana dengan minyak yang dicalitkan pada Syakir? adakah bomoh mak Esah tidak menipu Katrina? Dapatkah Katrina merealisasikan impiannya untuk memiliki Syakir? Apakah kesudahan hidup Katrina? Dimanakah kesetiaan yang Syakir janjikan pada Azyan? Dapatkah Encik Sundae dipisahkan dari Puan Coke? Semuanya hanya terjawab di dalam novel Coke & Sundae 2 ni!! :D 

Macam biasa, kalau nak beli on9 boleh klik link bawah ni... kalau nak beli kat bookstore pun boleh... dah lama ada kat bookstore... hehe... kat popular QB penang still ada... aku baru g terjah pusing2 popular beberapa hari lepas... so kalau org penang nak boleh terjah popular situ... 


Enjoy reading!! sila bersabar kalau rasa nak lempar novel tu ke dinding!!! =.=' 

PANDANGAN PERIBADI...

* First of all... harusla tahniah ke kak Ilya Abdullah sebab berjaya hidupkan watak Katrina Kaif dengan jayanya... Memang berjaya gila sampai aku yang over emosinya... Nak lempang2 kerat2 ja si Katrina tu... kalau aku kat tempat Azyan harap2 aku still la boleh berfikiran waras macam Azyan tu haaa... heh! tapi mintak dijauhkan la... kang aku yang masuk pintu besi or tanjung rambutan... tak sanggup okey... Diriku dapat merasai apa yang Azuan tu rasa bila wife and dua anak dia mati... nangis dowh mak jemah... adoii... dengan kesian ke Azyan nya... macam2 gila jadi dalam hidup dia... tapi dia still tabah... sobs2... pity her... untuk watak Syakir pun tahniah... memang serius memula rasa nak tampo2 jek dia... tapi bila fikirkan dia kena sihir dengan ribut sotong tu ku tabahkan hati ku ini... sebab aku tau macam mana keadaan orang yang diluar kawalan ni... seksa dowh... 

 "I tahu apa you nak tanyakan pada I. You nak tahu hubungan I dengan Katrina kan?" - Syakir

"Pandai pun you" - Izmi

"Kalau you dah tahu yang I memang ada hubungan dengan Katrina tak perlu you menyoal I lagi." - Syakir

* Atas ni adalah mula2 pengakuan Syakir tentang hubungan dia dengan Katrina... Tak tipu time ni memang rasa nak pijak2 tampo2 hantuk2 kepala Syakir kat dinding... GERAM!!! 

* Dalam masa menyelami kisah Azyan and Syakir ni otak korang kompem akan ligat berfikir kenapa macam ni? kenapa macam tu? bla bla bla... Sebagai contoh... Kenapa ayah Syakir macam tak kisah bila Syakir cakap dia nak kahwin dengan Katrina? Puan Mahani sikit punya mengamuk bagai nak rak pertahankan Azyan tapi Cikgu Ilyas boleh cool jek... Kenapa? kenapa? takkan Cikgu Ilyas pun tergoda dengan ribut Katrina yang seksa tu?? and macam2 lagi la soalan yang akan ligat berputar dalam otak korang... persoalan yang takkan terungkai selagi korang tak baca CNS2 muehehehehe....

"Kita berbual di tempat lain" - Syakir

"Kenapa mesti kita berbual di tempat lain" - Azuan

* Syakir yang sangat misteri.... Kenapa Syakir seperti merahsiakan sesuatu dari semua orang? CNS2 ni boleh jugak dikategorikan sebagai misteri hak3... sebab yeahh misteri dengan tingkah laku Syakir... kak Ya memang akan bikin otak korang berfikir dan berfikir non stop sampai korang rasa tak boleh nak tinggal novel tu bila dah start baca sebab nak tau apa ending dia... Tak sabar nak sampai ending... Tu apa yang aku rasa... hehe... ohh ekceli aku juga salah sorang orang yang suka skip2 kadang2 bila baca,... lagi sekali tahniah untuk writer sebab menyebabkan saya baca tanpa SKIP! yeahhh saya baca EVERY WORD yang akak taip... memang masyukkk... kalau skip memang korang tak tau ah jalan cerita dia... sebab watak yang diwujudkan banyak kaitan a.k.a sangkut paut... misteri gitewwww.... 

"Kalau Yan tahulah abang macam ini Yan pilih Rizlan. Rizlan tu maco dan kaya-raya. Mesti best duduk goyang kaki kat rumah. Maklumlah, ada orang gaji." - Azyan

* Salah satu part aku suka bila Azyan jawab macam ni kat Syakir... :P Aku suka bila Yan sakitkan hati Syakir dengan guna Encik Ikhwan or Rizlan... wakakakaka *jahatnye saya...* takde lahhh... Syakir ingat dia jek hot stuff kat hospital tu... dia lupa ke bini dia tu comel lote? Banyak peminat jugak okey? Kalau dah Syakir sibuk sangat nak kahwinlain why don't Azyan pun carik jek lain... Rizlan tu bujang g woahh... Encik Ikhwan tu pulak duda... hak3... Syakir marah! Syakir marah bila Azyan cakap dialog kat atas tu? Motif dia marah? Masih sayangkan Azyan? kalau sayang dia tak buat Azyan macam tu la.. huh! sakit jiwa dengan Syakir! 

* Dipendekkan novel CNS2 ni genre dia lebih berat dari CNS1... CNS1 cerita yang ringan enjoy.. takde part sedih over or sakit jiwa melampau macam ni... CNS2 memang banyak konflik yang main dengan perasaan... kejap orang gelak... kejap geram... kejap terkejut sebab tak sangka jadi macam ni... suspend... eh kesimpulannya semua rasa ada la... tapi paling banyak ofcoz SAKIT HATI sampai aku rasa nak tempah satu wad kat tanjung rambutan untuk rawat hati aku yang macam nak meletup dengan karenah gilos katrina tu... 

* Pengajaran pun korang akan dapat dalam novel ni... =) ni ANTARA apa yang aku dapat...

1. Setiap kejahatan pasti akan ada balasan tak kira di dunia atau akhirat

2. Kasih sayang dan didikan ibu bapa penting dalam membentuk anak-anak 

3. Redha dengan ketentuan Allah... sayangkan Allah dahulu kemudian baru sayang pada KEKASIH yang halal... =) In shaa Allah hati akn bersih...

4. tanpa didikan agama hati kita akan gelap... segelap hati Katrina... wuuwuwuw... muka dah cantik tapi sayang... hermmm.... itu yang dikatakan lumrah hidup dan takde yg sempurna... just terletak kat tangan dia nak pilih jalan yang lurus or bengkak bengkok... Setiap manusi diberi pilihan untuk berubah...  


Overall ai kasik 4* untuk novel CNS2... Good job kak ya sebab berjaya bagi perasaan Atie tunggang terbalik... hehehe... sebijik lagu orang naik roller coaster dah... tapi mintak dijauhkan dari orang macam Katrina ni... bahaya... sanggup bunuh untuk dapatkan apa dia nak... Banyakkan amalan, ingat Allah... In shaa Allah hidup diberkati... kan? ;)

Untuk sapa yang was2 nak beli novel kak ya ni... boleh beli tak rugi, in shaa Allah... memang la part sweet macam gula2 kapas tu tak banyak... tapi sweet azyan dengan Syakir ada cara tersendiri... sweet yang bikin pembaca gelak bukan sweet yang bikin pembaca blushing memanjang... hek3... sekali sekala tukar selera tak salah... sebab ini stail kak ya menulis... ikut reader la nak terima tak... macam aku okey je sweet macam gula2 kapas sampai rasa nak kena penyakit diabetis pon boleh... sweet2 sengal macam Azyan and Syakir pon boleh sebab... tak semua pasangan sweet tahap diabetis atas dunia ni.. am i right? setiap pasangan ada cara dia sendiri untuk tunjukkan 'sweet' diorang tu... macam penulis... diorang ada cara sendiri untuk tunjukkan ke'sweet'an satu pasangan yang diorang create tu... ;)

 jangan lupa jugak... orang macam katrina tu ada atas dunia ni... sanggup guna ilmu hitam untuk dapatkan cinta... hermmm... fikir2 sendiri la yer dok dosa yang nak kena tanggung tu kalau percaya benda syirik cenggini... :) 

So ini ja lah hasil bebelan aku malam2 buta ni... hehehe... sekian terima kasih sebab baca review saya yang entah apa2 ni... maaf la yer mood tunggang terbalik skang... malas nak balik kampus... sighhhhh =.='

byep! 









Friday, February 1, 2013

PB1M

Assalamualaikum guys! Semoga kalian diberi kesihatan yang berterusan... :)

Ehekkk.... yeahhhh sapa yang hantu novel macam aku ni mesti tengah pulun memborong sakat di PB1M kan? Ohhh bg yang tak tau apa tu PB1M... PB1M adalah singkatan bagi Pesta Buku 1 Malaysia...



Oh yeahhhh... see?? tempat dia kat mana?? PWTC Kuala Lumpur!! Yeahhh aku memang sangat suka bila dia buat kat KL ni... *dengan nada rasa nak tembak orang wakakaka* Memandangkan aku ni anak bogsu... heh memang pergerakan saya sangat dikawal hokeyhhhh... Sekarang memang aku tengah goyang kaki (tak goyang sangat la sebab assignment belambak... sigh... =.=) Okeyyy yang bestnya walaupun aku tengah goyang kaki, aku tetap tak DIBENARKAN turun kl... hailaaa... anti sungguh family aku dengan kl ni... Jd... untuk mengubat ke'frust'an yang melampau di hati... aku telah meng'order' beberapa buah novel kepada seseorang yang sangat rapat dengan saya kat KL tu untuk tolong belikan... hua3... buttt... my family tak tau ponggg... kikiki... kalau bagitau sah2 tak kasi woiii... already know ma... so dipendekkan cerita, sapa kata jadi anak bongsu ni best? hermmm ada la yang bestnya dan ada yang tak bestnya... tak bestnya tak boleh nak jalan-jalan enjoy... seriusly kadang-kadang aku rasa macam katak bawah tempurung tau?? =.=' tapi tak pa lah... aku redha ja... mesti ada kebaikan kan kenapa jalan hidup aku ditakdirkan macam ni? *okeyyy padiaaa aku membebel ni? abaikan!*


Lagi satu hok ni... okey fine ada adi putra datang 2hb ni aka esok la arn... act dulu aku tak minat pun mamat ni tapi lepas aku angau dengan cerita SA or Sehangat Asmara aku mula ter'suka' tengok muka dia... ehhhh... aku rasa macam dia cute... *apekah??* cisss!! hahaha... tapi angau tak teruk la kat dia ni... teruk lagi aku angau kat mario maurer... ngeee~ *kelip2 mata, bajet cute!* sila muntah pelangi berjemaah... hahaha...

Dipendekkan lagi cerita memang aku jeles la kan untuk semua yang dapat pergi PB1M ni... tapi apa nak buat... pasrah bin redha ja la... *nangis agian*

Sooo... nanti kalau aku dah dapat semuaaa yang aku pesan kepada 'someone' tu aku up... hua3... One more thing... aku dengan jayanya tapi cakap ke my mom bulan 4 or bulan 5 nnt nak turun KL boleh tak? every years aku akan tanya soalan ni... dan jawapan dia memang selalu mengecewakan hatiku hahaha... tapi aku selalu pendam ja la dalam hati... huhuhu... tapi kadang-kadang mulut aku beletiaq jgak ngeee~ sorry mummy bukan sengaja... =.= 

and kali ni jawapan dia agak memberansangkan la... agak okey? bukan memang memberansangkan.... wakakakaka.... dia cakap g la... aku pon macam serius?? hahaha... buat muka eksaited dah... tiba2 kuar soalan... 'nak p dengan sapa? buat apa?' aku pon jawab la dengan selamba todaknya... 'nnt adik ajak la sapa2 teman... erm nak g pesta buku, borong novel.' wakakakak.... habis ayat tu terus aku sengih tayang gigi hok tak berapa nak putih lagu iklan gigi tu... terus my mom buat jelingan and jawapan dia... 'macam tu tak payah p la... tak habis2 perabih duit beli novel' aiyakkkkk!!! msnah lagi la harapan anakanda kalau macam ni gayanya.... tapi aku memang ada plan nak g pahang cuti ni sem ni sebab in shaa allah kak aku nak bersalin kat sana... :) anak sedara yang ke-10!! alhamdulillah... tapi entah jadi tak sebab nampak gayanya kakak aku macam kena balik sini jugak ja masa tengah pantang nnt... bulan 6... hahaha... pity her... dah la anak semua buas2... 

Oraite sampai sini ja... so diharapkan sapa yang dapat g PB1M tu beringat-ingat la sama waktu memborong tu okeyh? walaupun payah nak control nafsu... ngeee~ enjoy the day! enjoy yourself! yang penting, di samping kita berseronok tu... ingat sama la orang yang dalam kesusahan... :) yang penting ingat aku walaupun aku hidup alhamdulillah... mencukupi... nggeeee~ kalau boleh ambik sign adi putra gabak2 kat aku k? hahaha.... :P