Followers

Thursday, February 14, 2013

Review : Coke and Sundae 2

Hye and Assalamualaikum semuaaaa... Ohh ya sebelum apa2 izinkan diriku meminta ampun kerana sekarang sangat100x malas untuk update blog seperti dahulu kala ya... hahaha...

Okeyyy... dengan ini saya mengishtiharkan *perghhh dah rasa macam nak umum raya/puasa/perang plak... hahaha* saya baru selesai membaca CNS2 atau nama panjangnya Coke & Sundae 2... hahahaha... Ini bukan dusta tapi kenyataan... punya lama ya ini novel berada dalam list pending... mau bikin macam mana... mood membacanya terjun lombong dowh... haha... sooo malam ni... erkkk or i should say pagi la kan sebab jam telah menunjukkan pukul 1.34pagi dan mata org yang tengah buat en3 ni tak reti nak tido... haha... aku nak buat review sikit pasal novel ni sebab mood TERajin pulak pagi ni... i cut it short... here it is... 


ini cover novel yang aku nak review... gambar adalah hasil rompakan pada inche google... sebab malas nak carik gambo cns2 yang aku punya dalam lappy ni... file belambak2 dowh... =.=' korang pernah baca novel ni?? kalau nak baca novel ni sila pastikan anda baca CNS1 sebab CNS2 adalah kesinambungan pada CNS1... 

Ini cover CNS1... Permulaan aku mengenali seorang penulis novel bernama ILYA ABDULLAH... =) Heh! thanks tu my friend sebab bagi aku pinjam novel dia ni and bagi aku jatuh cinta dengan watak Azyan dan Syakir termasuk menyukai jalan cerita CNS1 yang slamber... tak berat... gelak dua puluh empat jam dengan watak diorang... ohhh tapi maaf... en3 ni bukan nak review pasal CNS1 tapi CNS2... so nak CNS1 sila dapatkan di laman web kakinovel atau kedai buku berhampiran... ngeh3... boleh klik link kat bawah ni kalau nak order direct dgn kaki novel... ;) 

                     Order CNS : Kakinovel

 SINOPSIS SENDIRI....

Macam yang aku cakap tadi... CNS2 ni adalah kesinambungan dari CNS... so ni adalah ragam diorang lepas kahwin dan dikurniakan seorang anak yang comel bernama Ameerul Hasif bin Muhammad Syakir... Rumah tangga diorang memang bahagia dengan kehadiran Ameerul yang nakal plus banyak mulut... Kebahagian diorang bertambah bila Azyan disahkan mengandung lagi... Tapi langit tak selalunya cerah... Mana ada rumah tangga yang takde dugaan... gaduh2 manja memang diorang selalu... hahaha... biasa la... Syakir mana sah tak mengusik si jantung hati dia sorang tu... Dipendekkan cerita dugaan rumah tangga diorang bermula apabila ada seorang doktor wanita baru jelita di hospital Syakir bekerja yang bernama Katrina Kaif... heh! nama ala2 pelakon hindustan tu kan? What ever la kan... yang pasti memang aku meluat kat pompuan sorang ni... Ohh writer imagine muka dia as Kareena kapoor... tapi aku bila baca memang masok muka katrina kaif tu haaa... berpuluh kali writer bagi imagine macam muka kareena kapoor tapi dalam otak aku nak masuk muka katrina kaif jugak! heh! nasib la... sooo diperkenalkan muka musuh baruku... hahaha


*Ada gaya muka penggoda tak?* =.= Nyampahhh!! Huh!!

KATRINA! sebab dia rumah tangga Syakir dan Azyan bergolak... Sebab dia Azyan dan Syakir bergaduh besar... Sebab dia Azyan menjeruk rasa... Ehh senang cerita, kalau tak dak watak dia memang rumah tangga Azyan and Syakir bahagia la... 

Nama penuh dia Katrina Tan Sri Kaif... anak Tan sri la kan... banyak duit... belagak gilosss... eksyen pun yer jugak... riak pun ya... kaki disko!! Dia selalu cakap dia lagi cantik dari Azyan, Syakir tak mungkin tak tergoda dengan kecantikkan dia... see?? bertapa riaknya Kat ni... dia ingat duit, kecantikkan dia tu boleh masuk kubur kot... heh!  Dia memang sangat gilakan Syakir... macam2 dia buat untuk dapatkan Syakir... well hati Syakir kan keras... mulut pun leser kemain... katanya cintanya hanya untuk Puan Nur Azyan binti Idris seorang... Tiada yang lain... How sweet... :) berapa kali dah Syakir sembur si Kat ni tapi dia tak paham2 bahasa... Climax cerita ni bila Kat ni guna bomoh untu dapatkan Syakir... Goshhh!!! dia guna taktik kotor! Andd... dengan muka bangganya aku nak cakap... taktik dia berjaya!!! sila clap2 tangan kat dia... sapa clap tangan tu memang mintak aku tuju senapang gajah kat korang!!! serius emo!! Syakir dengan jayanya melayan minah gedik plus ribut Kat ni... siap selamba kodok *kodok pun tak selamba macam dia aku rasa* cakap kat Azyan dia nak kahwin dengan Kat... Ewah2... memang aku clap2 time ni... Sebenarnya ada sorang doktor a.k.a kawan kepada Syakir, Musliha kekasih kepada Izmi... Senang cerita diorang ni kawan tiga kat hospital tu... Musliha ni tau tentang niat Kat guna bomoh untuk dapatkan Syakir. Sebelum ni Musliha ada nasihatkan Kat jangan goda laki orang bukan takdak laki lain dah kan? tapi Kat ni jenis tak makan saman. kalau dia kata dia nak tu, dia kena dapatkan jugak walau macam mana pun... Tapi nyawa Musliha melayang bila kena langgar lari depan mata Syakir dan Izmi sendiri... Siapakah dalang disebalik langgar lari Musliha tu? Dapatkan orang itu dikesan dengan perangai Syakir yang mula berubah sedikit demi sedikit. Persahabatan Izmi dan Syakir mula renggang bila Syakir bercinta dengan Katrina sekaligus melukakan hati Azyan dengan begitu teruk sekali... syakir mula mengabaikan Azyan dan Meerul. Dia membiarkan Azyan yang sedang mengandung itu mengharungi dugaan rumah tangga diorang tanpa syakir di sisi... Malah sehingga Azyan keguguran Syakir telah meletakkan semua kesalahan di bahu Azyan sedangkan Azyan keguguran kerana ditolak jatuh tangga!! ditolak oleh orang yang ingin melihat rumah tangganya hancur! KATRINA! tapi Syakir lansung tidak mempercayai Azyan. Kehadiran encik Ikhwan ayah kepada rakan sekelas tadika Ameerul menimbulkan perasaan kurang senang di hati Syakir. Kenapa mesti ada rasa cemburu di hati Syakir? Kenapa perlu Syakir meminta maaf dalam diam setiap kali melihat air mata Azyan? Masih adakah cinta di hati Encik Sundae buat Puan Coke? Pertemuan Azyan bersama peguam yang handsome lagi macho yang menjadi idaman Azyan, Keyril Benjamin... Azyan nekad untuk menuntut fasakh setelah segala usahanya untuk mendapatkan Syakir kembali tidak berhasil. Berjayakah si 'ribut' katrina memisahkan coke dengan sundae? Apakah kesudahan kisah Azyan dan Syakir? Adakah bahagia milik mereka? bagaimana dengan minyak yang dicalitkan pada Syakir? adakah bomoh mak Esah tidak menipu Katrina? Dapatkah Katrina merealisasikan impiannya untuk memiliki Syakir? Apakah kesudahan hidup Katrina? Dimanakah kesetiaan yang Syakir janjikan pada Azyan? Dapatkah Encik Sundae dipisahkan dari Puan Coke? Semuanya hanya terjawab di dalam novel Coke & Sundae 2 ni!! :D 

Macam biasa, kalau nak beli on9 boleh klik link bawah ni... kalau nak beli kat bookstore pun boleh... dah lama ada kat bookstore... hehe... kat popular QB penang still ada... aku baru g terjah pusing2 popular beberapa hari lepas... so kalau org penang nak boleh terjah popular situ... 


Enjoy reading!! sila bersabar kalau rasa nak lempar novel tu ke dinding!!! =.=' 

PANDANGAN PERIBADI...

* First of all... harusla tahniah ke kak Ilya Abdullah sebab berjaya hidupkan watak Katrina Kaif dengan jayanya... Memang berjaya gila sampai aku yang over emosinya... Nak lempang2 kerat2 ja si Katrina tu... kalau aku kat tempat Azyan harap2 aku still la boleh berfikiran waras macam Azyan tu haaa... heh! tapi mintak dijauhkan la... kang aku yang masuk pintu besi or tanjung rambutan... tak sanggup okey... Diriku dapat merasai apa yang Azuan tu rasa bila wife and dua anak dia mati... nangis dowh mak jemah... adoii... dengan kesian ke Azyan nya... macam2 gila jadi dalam hidup dia... tapi dia still tabah... sobs2... pity her... untuk watak Syakir pun tahniah... memang serius memula rasa nak tampo2 jek dia... tapi bila fikirkan dia kena sihir dengan ribut sotong tu ku tabahkan hati ku ini... sebab aku tau macam mana keadaan orang yang diluar kawalan ni... seksa dowh... 

 "I tahu apa you nak tanyakan pada I. You nak tahu hubungan I dengan Katrina kan?" - Syakir

"Pandai pun you" - Izmi

"Kalau you dah tahu yang I memang ada hubungan dengan Katrina tak perlu you menyoal I lagi." - Syakir

* Atas ni adalah mula2 pengakuan Syakir tentang hubungan dia dengan Katrina... Tak tipu time ni memang rasa nak pijak2 tampo2 hantuk2 kepala Syakir kat dinding... GERAM!!! 

* Dalam masa menyelami kisah Azyan and Syakir ni otak korang kompem akan ligat berfikir kenapa macam ni? kenapa macam tu? bla bla bla... Sebagai contoh... Kenapa ayah Syakir macam tak kisah bila Syakir cakap dia nak kahwin dengan Katrina? Puan Mahani sikit punya mengamuk bagai nak rak pertahankan Azyan tapi Cikgu Ilyas boleh cool jek... Kenapa? kenapa? takkan Cikgu Ilyas pun tergoda dengan ribut Katrina yang seksa tu?? and macam2 lagi la soalan yang akan ligat berputar dalam otak korang... persoalan yang takkan terungkai selagi korang tak baca CNS2 muehehehehe....

"Kita berbual di tempat lain" - Syakir

"Kenapa mesti kita berbual di tempat lain" - Azuan

* Syakir yang sangat misteri.... Kenapa Syakir seperti merahsiakan sesuatu dari semua orang? CNS2 ni boleh jugak dikategorikan sebagai misteri hak3... sebab yeahh misteri dengan tingkah laku Syakir... kak Ya memang akan bikin otak korang berfikir dan berfikir non stop sampai korang rasa tak boleh nak tinggal novel tu bila dah start baca sebab nak tau apa ending dia... Tak sabar nak sampai ending... Tu apa yang aku rasa... hehe... ohh ekceli aku juga salah sorang orang yang suka skip2 kadang2 bila baca,... lagi sekali tahniah untuk writer sebab menyebabkan saya baca tanpa SKIP! yeahhh saya baca EVERY WORD yang akak taip... memang masyukkk... kalau skip memang korang tak tau ah jalan cerita dia... sebab watak yang diwujudkan banyak kaitan a.k.a sangkut paut... misteri gitewwww.... 

"Kalau Yan tahulah abang macam ini Yan pilih Rizlan. Rizlan tu maco dan kaya-raya. Mesti best duduk goyang kaki kat rumah. Maklumlah, ada orang gaji." - Azyan

* Salah satu part aku suka bila Azyan jawab macam ni kat Syakir... :P Aku suka bila Yan sakitkan hati Syakir dengan guna Encik Ikhwan or Rizlan... wakakakaka *jahatnye saya...* takde lahhh... Syakir ingat dia jek hot stuff kat hospital tu... dia lupa ke bini dia tu comel lote? Banyak peminat jugak okey? Kalau dah Syakir sibuk sangat nak kahwinlain why don't Azyan pun carik jek lain... Rizlan tu bujang g woahh... Encik Ikhwan tu pulak duda... hak3... Syakir marah! Syakir marah bila Azyan cakap dialog kat atas tu? Motif dia marah? Masih sayangkan Azyan? kalau sayang dia tak buat Azyan macam tu la.. huh! sakit jiwa dengan Syakir! 

* Dipendekkan novel CNS2 ni genre dia lebih berat dari CNS1... CNS1 cerita yang ringan enjoy.. takde part sedih over or sakit jiwa melampau macam ni... CNS2 memang banyak konflik yang main dengan perasaan... kejap orang gelak... kejap geram... kejap terkejut sebab tak sangka jadi macam ni... suspend... eh kesimpulannya semua rasa ada la... tapi paling banyak ofcoz SAKIT HATI sampai aku rasa nak tempah satu wad kat tanjung rambutan untuk rawat hati aku yang macam nak meletup dengan karenah gilos katrina tu... 

* Pengajaran pun korang akan dapat dalam novel ni... =) ni ANTARA apa yang aku dapat...

1. Setiap kejahatan pasti akan ada balasan tak kira di dunia atau akhirat

2. Kasih sayang dan didikan ibu bapa penting dalam membentuk anak-anak 

3. Redha dengan ketentuan Allah... sayangkan Allah dahulu kemudian baru sayang pada KEKASIH yang halal... =) In shaa Allah hati akn bersih...

4. tanpa didikan agama hati kita akan gelap... segelap hati Katrina... wuuwuwuw... muka dah cantik tapi sayang... hermmm.... itu yang dikatakan lumrah hidup dan takde yg sempurna... just terletak kat tangan dia nak pilih jalan yang lurus or bengkak bengkok... Setiap manusi diberi pilihan untuk berubah...  


Overall ai kasik 4* untuk novel CNS2... Good job kak ya sebab berjaya bagi perasaan Atie tunggang terbalik... hehehe... sebijik lagu orang naik roller coaster dah... tapi mintak dijauhkan dari orang macam Katrina ni... bahaya... sanggup bunuh untuk dapatkan apa dia nak... Banyakkan amalan, ingat Allah... In shaa Allah hidup diberkati... kan? ;)

Untuk sapa yang was2 nak beli novel kak ya ni... boleh beli tak rugi, in shaa Allah... memang la part sweet macam gula2 kapas tu tak banyak... tapi sweet azyan dengan Syakir ada cara tersendiri... sweet yang bikin pembaca gelak bukan sweet yang bikin pembaca blushing memanjang... hek3... sekali sekala tukar selera tak salah... sebab ini stail kak ya menulis... ikut reader la nak terima tak... macam aku okey je sweet macam gula2 kapas sampai rasa nak kena penyakit diabetis pon boleh... sweet2 sengal macam Azyan and Syakir pon boleh sebab... tak semua pasangan sweet tahap diabetis atas dunia ni.. am i right? setiap pasangan ada cara dia sendiri untuk tunjukkan 'sweet' diorang tu... macam penulis... diorang ada cara sendiri untuk tunjukkan ke'sweet'an satu pasangan yang diorang create tu... ;)

 jangan lupa jugak... orang macam katrina tu ada atas dunia ni... sanggup guna ilmu hitam untuk dapatkan cinta... hermmm... fikir2 sendiri la yer dok dosa yang nak kena tanggung tu kalau percaya benda syirik cenggini... :) 

So ini ja lah hasil bebelan aku malam2 buta ni... hehehe... sekian terima kasih sebab baca review saya yang entah apa2 ni... maaf la yer mood tunggang terbalik skang... malas nak balik kampus... sighhhhh =.='

byep! 









2 comments:

  1. Terima kasih my dear Atie...Muahhh2
    :) tas review yang diberikan dgn ikhlas untuk akak...

    Akak Ilya ;)

    ReplyDelete
  2. Ahaksss... most welcome kak ilya...
    akan tunggu next novel akak...
    suka karya akak sebab selalu bagi kelainan... =)

    ReplyDelete