Again... aku update blog... wah3... terajin pulak yer? bagus3... clap3 untuk diri sendiri... hek3...
Okey... korang mesti pernah dengar tentang peribahasa tu kan? Seharusnya korang paham la... :) Topik ni aku terfikir nak share sebab semalam kakak sulung aku datang rumah... then masa tu tinggal aku dengan dia ja dalam rumah... Then dia bukak topik ni... Bila aku fikir balik apa yang dia cakap kat aku tu mmg aku sangat setuju... dan benda tu buat aku muhasabah diri...
Pada aku la sebenarnya mulut ni la benda yang paling payah nak jaga selain dari aurat... Dia tutup aurat perfect sempurna... tapi mulut dia? perghhh macam longkang! mengumpat sana sini, tabur fitnah kat orang semua... then automatik dia jadi ahli neraka walaupun dia tutup aurat sempurna, solat tak tinggal semua... Kita pun kadang2 tak sedar mulut kita terlalu lancang berbicara sehingga kadang2 sakitkan hati orang lain...
Benda ni terutamanya jadi kat perempuan la... Bergosip pasal orang lain, mengumpat... kadang2 kita tak tahu pun benda tu betul tak tapi sebaik sahaja kita dengar cerita tu terus p jaja merata... yang lagi teruk bila kadang2 tu ada pulak yang jenis suka menokak tambah cerita tu konon nak bagi lagi HOT... hermmm kesimpulaannya tunggu la tahap HOT kat neraka nnt... Kita tak bunuh orang kita assume diri baik... FITNAH orang tu macam mana pulak? mesti pernah dengar orang cakap 'dosa memfitnah orang lagi teruk dari dosa membunuh' secara automatik jugak kita akan jadik lagi jahat, kejam, zalim dari orang yang membunuh tu sendiri... astagfirullahalazim... mintak dijauhkan...
Mulut ni bawak banyak keburukkan sebenarnya kalau kita tak jaga... Bukan sahaja jadi ahli neraka... mungkin kita jugak akan kehilangan kawan2, ahli keluarga bila mulut kita terlalu lancang berbicara sehingga meyakitkan hati mereka... Yeahhh mungkin sebenarnya kita lancang berbicara itu sebagai tujuan untuk bagi kesedaran pada orang tersebut tapi tak salah bukan untuk menegur dengan cara yang lebih baik? lebih sopan santun? mereka juga manusia... seteruk mana, sejahat mana mereka kita tetap perlu hormat mereka... mereka masih punya hati yang perlu dijaga... tambah2 kalau orang tu lebih tua dari kita... contoh hati seorang ibu telah kita lukakan apabila kita terlalu lancang berbicara sehingga dia menitiskan air mata!! astagfirullahalazim... Untuk mengeluarkan bunyi walau 'ahh' sekalipun tidak boleh kerana kita akan dikira anak derhaka inikan pula air mata seorang ibu menitis kerana tearas dengan kata-kata kita yang hanya bergelar anak!!
Yang paling teruk jika orang yang berdendam... Dia berdendam dengan kita kerana mulut kita yang berbicara tanpa kawalan... berbicara ikut suka hati tanpa memikirkan akibatnya... Ya memang tidak dinafikan outspoken itu kadang2 bagus tapi harus difikirkan sebab dan akibat. Pada aku jika ingin menegur, biarlah dengan menggunakan intonasi yang lembut tanpa menyakitkan hati orang lain... Tegur secara baik2... jika kita mengeluarkan kata2 kesat mungkin juga pihak lain akan membalas kenyataan anda dan kemudian akan tercetus pergaduhan... Sedangkan pergaduhan itu boleh dielakkan tapi telah tercetus kerana mulut kita... Cukup hanya mengeluarkan kata-kata sehingga pihak lain terdiam kerana tidak dapat menafikan kata-kata anda... itu lebih manis bukan? ;)
Korang percaya sihir? yaa pada zaman moden ini masih ada orang menggunakan sihir dan mengamalkan ilmu syirik ini untuk memuaskan hati sendiri sama ada untuk membalas dendam atau sebaliknya. Pernahkah anda terfikir... mungkin orang yang besikap pendendam itu akan menyihirkan anda? wallahualam... tapi pada aku benda ni adalah sesuatu yang tidak mustahil kerana aku sendiri pernah mendengar cerita begini... Bukan aku nak suruh korang takut dengan benda2 ni... Cukup hanya takut pada Allah yang satu... Tapi tak salah mencegah kan sebab kita tak tahu niat orang tu kat kita... hati dia macam mana... adakah dia seorang pendendam atau pemaaf? Sangat terseksa bila dah terkena dengan buatan orang ni... Memang boleh sembuh... Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah bukan? Tapi sementara ingin pulih sepenuhnya memang sangat3x terseksa... *bercakap berdasarkan pemerhatian*
Kadang2 kita tidak mengumpat, kita hanya berdiam diri... tapi kita mendengar... :) Adalah bagus jika anda tidak mendengar juga... Sebaliknya tegur la mereka yang sedang mengumpat itu dengan baik... Tidak salah menegur sesama islam bukan? ^^
Yaaa aku dulu seorang yang agak baran... sikit2 marah sikit2 marah... padahal diorang tak salah dengan aku pun... aku tau diorang memang comfirm terasa dengan aku... tapi aku bersyukur kerana mereka tidak menjauhkan diri dari aku... mereka masih membantu aku jika aku dalam kesusahan... Ya Allah... bertapa beruntungnya aku punya sahabat seperti kalian... Terima kasih semua... :)
Sekarang aku lebih cuba menjadi seorang penyabar walaupun agak suka pada mulanya... Dahulu aku seorang yang gemar menjawab dan berlawan kata-kata. Pantang ada sahaja yang tidak puas hati atau aku sakit hati pada orang tu automatik mulutku akan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar... huhuhu... Sekarang aku lebih banyak berdiam diri... kata la apa sahaja... aku hanya mengiakan dan mendengar...
Kan bawah ni ada satu jadual yang aku cilok kat pak cik google... Boleh la baca... Jom sama2 kita berubah ke arah yang lebih baik dalam membangunkan Islam... *peace no war... ^^
kat sini mesti tak nmpak noh? apa lagi klik la kat gambar tu untuk pembesaran... heee~
Oraiteee... sampai sini ja kot aku membebel kali ni... segala kekurangan harap diampunkan... segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri... :) haa mai nak bagi gambar sebagai penutup sat.... :P
Erkkkk takdak kaitan pun gambar ni dengan apa yang aku dok bebel tadi tu... kikiki... just tadi jumpa pic ni kat pak cik google... and ai rasa sgt sweet... awwwww.... jelessss... =.=' hahaha
haaa... kalau nak rumah tangga harmoni, salah satu tipsnya jagalah mulut! ohh yeahhh!!! *tetibe je kuarkan statement ni nak bagi en3 ada kaitan dengan gambo sweet irma dgn laki dia ni... wakakakaka... sengal la kau atie... hik3* :P
In shaa allah jumpa next en3... en3 apa tak tauu... segalanya bergantung kepada terma dan mood... erkkk *apekah?? hahaha... okies abaikan! ^^
No comments:
Post a Comment