Assalamualaikum
semua…. *sambil buat lambaian ala miss world*
Sesungguhnya
saya tidak bercita-cita untuk menjadi org munafik…
T_T bukan tak sudi nak update blog… tapi malas…
dan yg bagusnya bila aku ada mood nak update, line internet macam sengal… grrrrrr… *sakit jiwa*
Sebagai
contoh, entry ni… sebenarnya dah lama aku buat, tapi aku
sempat buat sekerat je sebab lepas tu internet putus… jadi dia pun tersadai la di dalam draft… hari ni aku nak sambung update dgn penuh semangatnya, line
macam siput b***… last2 aku buat dalam word… pasal munafik tu akan diusahakan sebelum khamis… *lepas ni mmg tak nak janji dah… takut tak mampu.. huhuhu
Dari
tadi aku membebel korang tau ke aku nak up pasal apa ni? Mesti tau yer dok?
Takkan tak reti baca tajuk atas tu kan? Heee~ Yeahhh setelah sekian lama… Finallay… aku kembali dengan menulis review novel
dgn bahasasukahatiaku… Kalau tak best maap la noh sebab apa aku
tulis ni berdasarkan apa yg aku baca n my opinion…
kita semua tak sama pendapat… depends ourself… jadi sebelum saya memulakan ucapan saya *wakakaka bajet
perdana menteri* okey3 serius… sebelum aku mula, aku mintak maaf siap2
okey? Sapa rasa tak mau baca boleh tekan button pangkah siap2… ^^
*patah2kan
jari depan lappy* warghhh agak ganas bunyi disitu yer… hahaha… :P
Oraite
novel yg terpilih kali ni adalah novel ke3 kak Suri Ryana… Playboy itu suami aku? Kak suri is one of my favourite
writer… tiga2 novel dia aku baca… M.A.I.D dengan Isteri Separuh Masa… tapi novel first dia aku takde copy sebab masa tu pinjam
kat bff aku… yerlah student lagi kan… bila dia dah beli, aku pinjam je la kat dia n macam tu la
sebaliknya…
Dah
ready nak baca review aku? Hahaha… okey2…
sila scroll ke bawah…
Taraaaaaaaaaaa!!! Hahahahah…. Jamu mata dulu meyh… :P
Gambar ni aku edit sendiri dgn bantuan photoshop kesayangan… haha… Itulah watak utamanya… Raja Adrian Benjamin dengan Afina Aulia…
Ni
pulak novel PISA (Playboy Itu Suami Aku) kesayanganku yg dipeluk oleh bear anak
sedara aku… tgk… bear tu pun sayang novel PISA… kah3… okey3 stop merapu sian korang eh aku
mendera…
Serba-sedikit tentang
PISA…
Pertama
kali Adrian (King) jumpa dengan Fina masa dekat kedai bunga kawan baik dia,
Syaf. Adrian ni datang nak beli five bouquet roses tapi Fina yg kena ambik
order sebab si Syaf tu sakit perut. Mula2 si Fina ni kemain la puji si Adrian
ni melambung-lambung… sekali bila Adrian cakap…
“Kat
atas kad tulis ayat ni.”
On this day, a very special
person was born. Happy birthday, beautiful. I love you so much!
King
Dan
lima2 bouquet tu kena tulis ayat yg sama dgn nama yg berlainan… maka tersedar la Fina ketika ini yang berada di hadapan dia
adalah seorang Crocodile… hahahaha terus lenyap segala pujian… Tapi Fina sedikit terkejut bila membaca salah seorang
perempuan yang ditulis oleh Adrian… FISYA!! Sapa Fisya ni? Yes… Fisya ini adlah adik kembar Fina. Tapi Fisya ni tak pernah
nak berbaik dengan Fina sebab Fina ni jenis yang tak pandai bergaya… berbeza sangat dengan Fisya yang pandai bergaya. Fisya yang
menjadi kegilaan ramai org. Tapi masa tu Fina sedapkan hati dia, mungkin nama
je sama sbb dia sendiri takut kalau adik dia menjadi mangsa crocodile macam
Adrian ni…
Semuanya
terbongkar masa birthday party Fisya… Kenapa birthday party Fisya je sedangkan
diorg kembar? Sebab Fisya tak nak buat sekali dengan Fina. And masa birthday
party tu jugak secara tak sengaja fina tertampar si Adrian ni… Dipendekkan lagi cerita satu hari tu Fina kena ikut Syaf
pergi rumah sorang Puan Sri yg sangat cerewet ni. Selalunya Syaf akan pergi dgn
kakak dia tapi memandangkan kakak dia takde jadi Syaf ajak Fina teman…
Suratan
atau kebetulan *tetibe* hahaha… Adrian rupanya anak Puan Sri tu… Fina cuba lari dari Adrian tapi malangnya Adrian nmpak dia
and lagi malang bila Adrian berdendam dengan Fina sebab Fina tampar dia… And guess what?? Puan Sri berkenan nak jadikan Fina menantu
dia lepas nmpak Fina solat… At first Fina tak nak terima and… diorang kahwin jugak… tapi tetibe…
*sila hambek mood suspend*
Fina
hilang ingatan! Yes hilang ingatan! Dia mengalami accident… Dia tak ingat sapa Adrian…
Dia ingat mak ayah dia, Fisya je… Dia tak percaya dia kahwin dengan
Adrian, si Playboy… mak Fina selalu cakap dia bahagia kahwin
dengan Adrian tapi Fina tak percaya sebab nmpak sgt Adrian tu tak suka kat dia…
Sampai
satu tahap, Puan Sri mintak tolong Fina jadi setiausaha Adrian untuk awasi and
buang perangai playboy Adrian tu… Hari berganti hari… masa berganti masa hari berganti hari… Fina mula jatuh cinta pada Adrian tanpa sedar tapi perasaan
itu cuba dikikis mengenangkan Adrian adalah seorang playboy… Adrian juga mula menyukai Fina apatah lagi sebaik sahaja
Fina menjadi setiausahaya Fina telah ditranformasikan oleh Puan Sri menjadi
Fina yang baru.
Fina
yang baru juga bukan lagi Fina yang dulu yang hanya mengikut telunjuk Adrian
tanpa melawan. Tragedi kelakar telah berlaku apabila Adrian menyuruh Fina
membuat nasi goring kepadanya dan dua lagi sahabatnya. Fina telah meletakkan
wasabi di dalam nasi goring yang dimasaknya dan julap di dalam air yang
dibancuh… Apa lagi…
mengamuk la si Crocodile tu pada keesokkan harinya.
Adrian
mengambil tindakan yang berani apabila cuba meluakan perasaannya selepas Fina
hampir-hampir diperkosa oleh Dato’ Hashim. Tapi luahannya telah disalah
tafsirkan oleh Fina oleh sebab itu Fina tidak mahu mendengar sehingga habis apa
yg ingin diucapkan oleh Adrian. Semasa Fina ingin lari dari Adrian secara tak
sengaja Fina terjatuh dan kepalanya mengalami kesakitan dan kerana peristiwa
itu, Fina mendapat kembali ingatannya yang hilang itu. Ya! Dia kembali ingat
apakah yang menyebabkan dia menerima Adrian dalam hidupnya suatu ketika dulu… Tapi hal ini dirahsiakan dahulu daripada pengetahuan
Adrian. Nak tahu apa yang menyebabkan Fina terima Adrian? Sila beli novel PISA
di kedai buku berhampiran or order je on9 kalau malas nak keluar rumah g
bookstore… Apakah yang menyebabkan Fina kemalangan?
Adakah Fina dan Adrian akan meluahkan perasaan masing2? Apakah yang menyebabkan
Adrian menjadi seorang Playboy? Apakah yang terjadi kepada Fisya? Bnyak lagi
halangan yang akan berlaku dalam hubungan diorang sehingga Fina terpaksa
membawa diri jauh dari Adrian demi keselamatan Adrian…
Pendapat tentang PISA…
1. PISA
adalah novel yang boleh dikatakan kahwin paksa la jugak sebab Adrian tu tak nak terima Fina walaupun dia tak nak ceraikan Fina.
2. Raja
Adrian Benjamin yang sweet dengan cara dia sendiri… Cair woah masa dia nak buat luahan perasaan kat Fina tu… Dengan kanak-kanak dari rumah anak yatim *apa kaitan Adrian dengan budak2 ni? Hahaha* serahkan 50 belon dekat Fina n dekat 3 belon tu ada
tulis…
Afina Aulia, I love you so
much! Would you be my wife forever?
Afina Aulia, I love you so
much! Do you love mu too?
Afina Aulia, Raja Adrian
Benjamin janji akan setia dengan awak seorang aje. Sudikah awak menemani dia
sampai bila-bila?
Pastu
ada pulak sorang budak perempuan datang bawak bunga n hadiah… lepas tu dia tanya…
“Sudi tak mama terima papa
dan hidup selama-lamanya bersama paps?”
Oh
my Gucci… perghhh cair oi cair… cair lebur… hek… kenapa budak tu gelarkan Adrian ‘papa’
hahaha… sian korang… mesti geram kat aku kan sebab kali ni aku cerita ciput gila… selalunya banyak jugak aku cerita… hahaha… nak tau beli n baca okey? :P
3.
* ‘Don’t
ever judge me by past because I don’t live there anymore’ one of my fav quotes
lepas baca PISA… sangat betul okey apa quotes tu cakap… kenapa kita judge org tu berdasarkan masa lampau dia?
Sedangkan kita tau masa depan dia boleh jadi lebih baik dari sebelum tu… kita tak tahu apa akan jadi masa depan… jadi kenapa kita nak pertikaikan masa silam dia? Sedangkan
dia sendiri dah tinggalkan masa silam dia? Ni one of the lesson yang aku dapat
bila baca PISA ni…
4. Setiap
yang berlaku pasti ada hikmahnya… Fina accident masa dia nak pergi mintak
fasakh… Let say Fina berjaya mintak fasakh n
diorang cerai… Boleh jadik diorang takkan bersama dah… Bila Fina accident and hilang ingatan, benda ni menjadikan
Fina and Adrian ada masa nak perbaiki diri and berani nak mengaku and luahkan
perasaan masing2… macam bagi kesedaran… itu yang dikatakan La Tahzan…
Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya… Disebalik kesulitan pasti ada kebahagian…
5. Fisya… Dia sangat kejam dengan Fina…
Dia sanggup berlakon dapat terima kakak dia semata-mata nak rampas Adrian dari
Fina… Dia sanggup ugut akan bunuh Adrian kalau
Fina tak jauhkan diri dari Adrian… At the end dia accident… *mati ke tak pandai2 la korang g carik novel… haha* benda ni akan membuatkan kita terfikir perbuatan
jahat pasti akan dapat balasan. Macam mana Fina yang difitnah dgn teruk sekali
oleh Fisya mendapat pembelaan? Sebab Allah sentiasa dengan orang-orang yang
teraniaya… Cepat atau lambat, kebenaran akan
terbongkar.
6. Sifat
saling percaya ni mmg kena ada dalam hubungan suami isteri ni *cara cakap macam
aku dah kahwin… sigh…*
taklah… Fina saggup bawak diri sebab nak
pertahankan Adrian sedangkan aku rasa kalau dia cerita benda betul kat Adrian
pun takpe… tak payah susah2 nak lari, seksa diri
sendiri… tapi tu lah… takdir… hehehe
7. Adrian
sgt sweet again… bila dia upload vid dia nyanyi dalam
utube… oh mai Gucci… kalau la da org sanggup buat kat kita macam ni… adesss mmg cair ahh…
To kak Suri Ryana… congratulation for your 3rd baby… Ttp tak mengecewakan saya… Best macam novel2 sebelum ni… Tapi boleh rasa kelainan la dari segi novel 1st smpai la your 3rd baby ni… makin best… makin sweet watak heronya… makin bikin saya cair… hehe… overall 4.5* dari 5*… terbaekkkk… can’t wait for your 4rd baby… harap lebih baik dan lebih best… ^^
saya ada buku tapi tak start beca lagi.. tapi lepas tengok review akak saya rasa macam nak baca pulak... Terima kasih ~~~~~
ReplyDeletesila2 baca... ngeee~
Deletesama-sama... :)
err!! nak tanye gambar Afina Aulia & Raja Adrian Benjamin orang sebenarnye sape??
ReplyDeleteAfina Aulia - Lynda Roslan
DeleteRaja Adrian Benjamin - Akihiro Sato...
novel ni sangat best dan menarik... :)
ReplyDeletekan... novel kak suri for me semuanya menarik... :)
Deletediaorg ade ank dh ke..mse nim??wow...x sbrnye nk bca novel nim..
ReplyDeletelast skali baru ada anak... :)
Deletebestnye.... nak bace la....
ReplyDelete:)
DeleteTq akak ....
ReplyDeletebest sngat...
welcome... :)
DeleteTerbaik...i loike... : )
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deleterajin nyer akak tulis,,,x penat ker,,saya baca bes la,,TQ kak,,I LOVE YOU SO MUCH,,hihi
ReplyDeletekalau ada masa boleh la akk tulis panjang2 macam ni... :) most welcome... amboihh... haha... terima kasih jugak sbb sudi jengah blog akk ni... :)
DeleteNovel mmg best sgt2...;bila dh jd drama hangus dbuat pelakon utama..jd debu terus...jd meluat nk tgk!!
ReplyDeletehahaha yea... pemilihan pelakon tu tak kena sebenarnya... kaku... that y saya lagi suka baca novel dari tgk adaptasi :D saya lebih suka bergantung dengan imaginasi saya sendiri untuk watak2 tu hehe
Deletesalam and selamat tengahari. sya izni pelahar uitm. group saya ad buat final project yg berkaitan dgn novel PISA yang telah diadaptasi. kam memerlukan informant yang boleh bag reveiew dan juga dah baca and tgk cerita PISA. admin kalau ad masa boleh contact- 0134267464
ReplyDelete