Okeyyy... hari ni nak buat review ke2 pulak... novel yang berjaya dihabiskan dan novel yg terpilih untuk dibaca antara 10 buah lagi yg tgh beratur tu.... Novel tersebut adalah novel BKH (Bisikan Kata Hati) dari kak Dila Dyna... Review ni jugak mayb review terakhir kot untuk tahun ni.... mmg ler... mmg novel yg nak kena baca dok ada lagi 9 ketoi kot... tapi tak tau la aku sempat habiskan tak sebelum masuk sem 2 ni... tapi melihat kepada keadaan dan dari segi stail aku baca novel skang rasanya mmg tak sempat lah... T_T kalau sempat pun mayb boleh kot lagi seketoi tapi yg nipis punya ah... kalau tebal mmg kompem tak sempat habis... tahap kelajuan saya membaca novel semakin merosot setelah sekian lama tak panaskan enjin membaca novel saya,,,, hoho.... Okeyyy dah! stop sampai sini mukadimah dia yer... now kita mula dengan review nya... :)
Macam biasa kalau nak tgk dengan clear gambo kat atas ni boleh klik kat gambo tu untuk pembesaran... ^_~ #ni jer yg mampu aku buat masa skang hehe... tak habis godek photoshop g... :P#
Sinopsis BKH...
Novel ni mengisahkan tentang kisah antara Aiman Syakirin dengan Laila Marlisa... Kisah diorang bermula apabila Laila di beri amanat terakhir oleh kakaknya, Laili sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir bagi menggantikan tempatnya untuk berkahwin dengan Aiman. Laila meninggal kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya dan Aiman. Laili mengetahui adiknya mengetahui Laila mencintai kekasihnya Aiman setelah secara tidak sengaja membaca dairi Laila. Sebelum ini Aiman juga pernah membaca diari Laila semasa melawat Laila bersama Laili di universitinya. Aiman tidak pernah menganggap Laila sebagai isterinya malah Aiman menyalahkan Laila atas kematian Laili. Laila menyambung pengajiannya di Belanda apabila kehadirannya dalam hidup Aiman hanya menambahkan duka di hatinya. Setelah 4 tahun, Laila pulang semula ke tanah air dengan semangat baru. Laila dikehendaki bekerja di syarikat keluarga mertuanya dan mula tinggal bersama keluarga mertuanya dan Aiman. Pada mulanya Aiman masih melayan Laila dengan dingin dan menghalang perasaannya yang mula berputik buat Laila kerana tidak dapat melupakan arwah Laili. Akhirnya... Aiman terpaksa mengakui bahawa hatinya mula terpaut pada si isteri yang selama ini dibenci. Aiman mula melayan Laila dengan baik walaupun dia masih belum mengakui pada Laila sendiri bahawa dia mula menyukai Laila... Apabila Laila mula meminta perpisahan daripada Aiman, Aiman sanggup merendahkan egonya yang setinggi KLCC dan mengakui bahawa dia mula mencintai wanita yang bernama Laila Marlisa... Tetapi sayang kata-kata cintanya lansung tidak dipercayai oleh Laila... Kerana bagi Laila sampai bila-bila dia tidak dapat menggantikan tempat arwah kakaknya di hati Aiman. Lama kelamaan Laila mula menerima Aiman di dalam hidupnya... Dia mula menerima kata-kata cinta daripada Aiman buat dirinya.... Cinta mula berputik dan bahagia mula menjengah.... Tapi sayang.... langit tidak selalu cerah... badai mula melanda rumah tangga yang mula merasai kebahagian... Amir dan Emelda mula merancang untuk memusnahkan rumah tangga Aiman dan Laila... Apakah yang mereka lakukan untuk memusnahkan rumah tangga pasangan yang mula bahagia ini? Berjayakah rancangan mereka? Adakah kematian Laili adalah satu kemalangan dan bukan satu rancangan pembunuhan? Jika ia adalah pembunuhan siapakah dalang disebaliknya? Semuanya hanya di dalam novel BKH.... :P Mintak maaf ler saya nak jawab semua persoalan tu yer... kang aku cita semua sah2 ampa tau ending jadik ape... cannot2... nak tau kena g beli.... carik kat bookstore okey? kalau malas nak g bookstore beli on9 kat lamanweb KN.... RM 22 untuk SM.... RM 25 untuk SS... kalau beli on9 macam biasa lah... diskaun RM 4 then postage free...
Pendapat peribadi tentang BKH...
*Seriusly... Aiman mmg teramat ego pada mulanya... For me dia tak ubah macam tak boleh terima Qada n Qadar Allah... Dah Allah tulis ajal Laili sampai dulu nak buat macam mana kan? ini tidak boleh pulak dia g salahkan Laila sebab tulis tentang perasaan dia dalam diari tu... Sungguh tidak patut... Tidakkah dia tahu bahawasanya perasaan suka tu kita tak boleh halang? dia datang dengan sendiri okey? Kira bagus la Laila simpan perasaan dia tu sendiri.... huhu....
"Bukan kau suka dan cintakan aku ke? Kau ingat aku dah lupa apa yang kau tulis dalam diari bodoh kau tu dulu?" - Aiman Syakiri
"Macam mana you boleh cukup yakin yang I masih cintakan you?" - Laila Marlisa
See... ayat org berlagak... menyampah aku! aku suka jawapan Laila untuk Aiman tu... Konfiden jek dia cakap Laila tu still suka dia lagi... Dia sedar tak dalam masa 4 tahun tu macam2 boleh jadik... Silap2 si Laila dah jumpa pengganti dia... hoho... Tapi nasib baik la Laila ni jenis yang setia walaupun mamat ni mmg sangat hampehhh... hehe... kalau tak gigit jari ah dia... Baru padan muka... kikiki... #jahat aku#
* Hermmmm.... part hilang ingatan.... kenapa saya rasa macam kejap jek dia hilang ingatan eh? Tak lah macam kejap jek saya rasa part tu then terus dia ingat everything... Lagipun masa dia hilang ingatan tu tak nampak gaya macam dia hilang ingatan sangat sebab dia layan Laila still baik lagik... Aku espect dia nak buat peragai arrogant dia lagik... hew3... But okey la... walaupun part tu pendek je tapi still okey sebab ya lah... selalu kita baca novel2 mesti part hilang ingatan tu panjang2 then mesti dia layan wife dia bapak punya arrogant... Meluat!!! haha... sekurang2nya kat sini aku rasa ada la kelainan yang kak dila buat.... ^_~ #walaupun hilang ingatan and mula2 siap tak percaya lagi yang dia dapat terima laila but at the end dia still layan Laila dengan baik walaupun ingatan dia tak pulih sepenuhnya lagi... #ehhhh... alamak TERbocor rahsia Aiman hilang ingatan pulak... haihhhhh....#
"Cinta. Laila perlukan cinta abang." -Laila
"Sayang tak perlu mintak cinta daripada abang. Sebab cinta abang dah lama tersedia untuk sayang. Cuma nak tunggu sayang terima saja." - Aiman
* Ayat atas tu adalah permulaan hubungan diorang dua ke arah yang lebih baik la... :) Tapiiiiiiiiiiiiiii........... #panjang dok tapi aku? hehe...# ada pulak la pompuan gedik sekor ni buat onar... seriussss... aku kalau jumpa pompuan macam emelda ni in shaa Allah melayang penampar free sebijik kat dia... gedikkkkk gilosss... mengada2 pon ya jugak.... meluat ceq! lepas tu boleh pulak ajak si amir tu berkomplot dengan dia... si Amir ni pun mmg mintak wachaaa aku ja.... Apa yg dia cuba buat kat Laila tu mmg bikin gua hotttt... berapi okey?? Kat Laila pon aku geram jugak... yang dia p percaya kat Emelda sengal tu buat apa tak tau... siap sanggop tipu Aiman lagi k? sighhhh.... itu la payah jugak kalau jadi terlebih baik ni... takut org pijak kepala.... jadik jahat pon payah jugak... dah tu nak jadi apa? pening aku... huhu... Nak tau apa yg Amir cuba buat kat Laila and apa yang Laila tipu Aiman sila baca novelnya... kah3... :P
* Overall okey la novel BKH ni... good trial dari kak dila... Ai kasik 4* :) Boleh perbaiki gaya penulisan semua tu... bagi jadik lagi mantap... hihi... oraite... mayb korang bila baca sinopsis dia je korang akan kata... alaaaa... kawen paksa lagi... and jalan cita pun mesti korang boleh agak kan? But aku rasa korang kena try baca jugak novel ni... sebab cara olahan kak dila lain untuk kembangkan jalan cerita dia... Lain penulis lain caranya... ni style kak dila... :) and... dalam novel ni yang terpaksa hanya sebelah pihak... Aiman je yang terpaksa kawen dengan Laila... tapi Laila rela kot kawen dengan Aiman sebab dia mmg suka Aiman... dari mula lagi dia dah fall in love dengan Aiman... :) for sure untuk kak dila jangan putus asa untuk terus menulis sebab novel akak still ada isi... bukan just novel yang meleret2 pastu isi takde... sangat buang masa kalau baca novel yang takde isi pastu meleret2... rasa sgt rugi duit saya... hoho... untuk novel akak ni saya kira still berbaloi saya beli.... ^_^ Tapi kan kak dila... nak buat permintaan sikit ni... kikiki.... nanti kannnnn.... next novel... itu Hasif sama Raisha... akak buat lagi sweet aci dok? kikiki.... sweet sampai tahap kena diabetis.... hew3.... Aiman tak cukup rencah sweet... kikiki... rencah arrogant dia bnyak la sampai rasa nak selotep ja mulut dia... suka sakitkan hati Laila.... T_T #demand plak... kiki# YANG PASTIIII.... SAYA NK TUNGGU ABE IS DENGAN ABE HASIF SAYEE.... hihi.... Buat yang terbaik untuk next novel akak... chaiyoookkkk!!
Lastlyyy... ampun dan maaf di pinta kalau ada terkasar bahasa atau terbg korang sentap ke ape ke kan dalam en3 ni... saya mohon maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki... See u all next en3... :)
ahaha....x cukup sweet ke yunk?? akak rse ni pun dh terlebih sweet, mlu nk bg kwn2 akak baca wahaha :P <--- but jgn expect terlalu tggi utk SLC...doakn jek yg terbaek haha
ReplyDeletep/s: syg atie ketat2...muah3xxxxx
tak sampai tahap diabetis g... kikiki.... :P
DeleteSentiasa doakan yang terbaik untuk karya2 akak... ^_^
sayang akak ketat2 jugak.... muah3xxxxx....