Followers

Wednesday, November 21, 2012

Review Qaseh Nuralia Imani....

Assalamualaikum semua sayang-sayang saya..... :) Oraiteee.... Todayyyy.... Todayyy.... setelah sekian lama daku menyimpan di dalam plastik poslaju #dari lepas raya raya Aidilfitri 2012 lagikkk.. haha # Finallyyyy... aku berjaya menghabiskan seketoi novel aku #dari 10 ketoi# pada hari ini... dan novel itu adalah novel QNI atau tajuk panjangnya QASEH NURALIA IMANI dari penulis ARIN ARIDA... terbitan Kakinovel untuk bulan Ogos.... ^_^ #

Now... aku nak buat review pasal novel ni... Walaupun lambat... tapi aku rasa better late then never kot? hehe.. Yes I know mesti u olls semua dah khatam novel ni berpuluh2 kali kan? aku jerk tertinggal train... sobs2 sadis gila... tapi nak buat macam mana.... Ada benda yang lagi penting yang aku kena bg keutamaan.... my study... :) Study tu kan penting untuk masa depan.. hihi... novel takpe... beli then simpan... cuti sem boleh baca... yer tak?? Okeyyy cukuppp!!! apa saya merapu ni panjang2? haihhh.... 


Yeahhhh.... Inilah cover novel tu... erkkk... tengah tu ja la... pompuan dengan laki tu watak yg kak Arin gambarkan as hero and heroin dia.. hew3.... gambO tu kOrang nampak kah? kalau tak nmpk sila klik pada gambar tu untuk tujuan pembesaran ok? kalau korang nak tgk dgn jelas la... tak nak pon takpe... tau lah saya buat simple jek... huhu.... tak lawa mana pun... main tempek2 jek... hihi...

Serba ringkas tentang sinopsis QNI

Novel ni mengisahkan tentang Syed Iskandar Dzulkarnain atau nama femes dia masa kecik Ka-ien dan Nuralia Imani.... Kisah mereka bermula apabila walid Syed Iskandar ke rumah jagaan orang tua-tua dan telah melihat tingkah laku Nur yang sabar melayani salah seorang orang tua di situ. hati tuanya tertarik untuk menjodohkan Syed Iskandar dengan Nur. Dia percaya bahawa Nur dapat membimbing Syed Iskandar. Syed Iskandar telah banyak berubah setelah tinggal terlalu lama di negara orang atas tujuan pelajaran. hidupnya lebih terarah kepada Barat. Solatnya tidak pernah sempurna sebagai seorang umat islam. Walaupun Syed Iskandar tidak bersetuju dengan cadangan walidnya kerana dia mempunyai calon yang tersendiri iaitu Bella, tetapi hubungan Bella dan syed Iskandar tidak pernah dipersetujui oleh walidnya. Akhirnya dengan terpaksa, Syed Iskandar terpaksa mnerima cadangan walidnya tanpa bantahan. Kehidupan Nuralia pada awal perkahwinan mereka sungguh terseksa. dia dilayan tidak ubah seperti orang gaji di belakang orang tua Syed iskandar. malah lebih teruk dari orang gaji. Tetapi Nur masih bersabar atas sikap suaminya kerana syurganya di bawah tapak kaki Syed Iskandar. segalanya mula berubah apabila dia mengetahui bahawa gadis yang dipuja-puja Bella, tidak seperti yang dibayangkan apabila dia terserempak Bella bersama seorang lelaki tua memasuki hotel. Dia mula menghargai Nur di dalam hidupnya. Dia mula menilai yang mana kaca dan permata. lama-kelamaan hatinya mula terpaut pada Nuralia yang cantik tetapi disembunyikan kecantikannya itu disebalik purdah yang sering menutupi wajahnya. Syed iskandar mula melayan Nur dengan lemah lembut. Dia mula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang umat Islam. Kehadiran anak jiran mereka yang diberi nama Zarul Affendi semakin mendekatkan hubungan mereka berdua. Sifat nakal Zarul yang sering memanggil Nur dengan panggilan sayang sering menimbulkan perasaan cemburu di hati Syed Iskandar. malah perhatian Nur kepada zarul yang melebihi perhatian kepada Syed Iskandar turut melahirkan rasa cemburu dihatinya. Secara perlahan-lahan Nur mula menerima kehadiran Syed Iskandar walaupun belum sepenuhnya. Tetapi langit tidak selalu cerah... Badai melanda rumah tangga Syed Iskandar dan Nur. Cinta yang mula tumbuh di hati Nur buat sang suami mula dipertikaikan.... kehadiran Kusano Akira telah menimbulakan perselisihan faham dan konflik yang sangat dasyat apabila kusano Akira bersekongkol bersama Bella bagi meruntuhkan rumah tangga Syed Iskandar dan Nur... Siapakah Kusano Akira di dalam hidup Nur? bagaimana Nur boleh mengenali anak jutawan jepun itu? bagaimana Nur boleh bertutur dalam bahasa jepun dengan lancar? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Nur selama ini? dapatkah mereka mempertahankan rumah tangga mereka yang baru terbina? Adakah bahagia milik mereka berdua? Segalanya bakal terjawab hanya dalam novel Qaseh Nuralia Imani... Dapatkan segera di kedai buku berhampiran... hew3... #dah gaya promoter kedai buku dah ni# 
harga untuk semenanjung malaysia RM 23 and sabah/sarawak RM26... kalau beli on9 dengan KN, dapat diskaun RM4 and... yang paling penting,,, penghantaran poslaju adalah free... free okey?? dah la dapat diskaun RM4 lagi... untung banyak kot kalau beli on9... hehehe... kalau nak beli on9 boleh terjah laman web KN okey.... kat bawah ni aku kasik link...



Pendapat peribadi tentang QNI dan serba sedikit dialog...

* herrmmm... #sambil2 usap2 dagu# tak de apa yg nak komen sgt pasal this novel.... Sebab.... Seriusly... saya suka!! hehe... jalan cita yang tak terlalu berat... ada la konflik tapi konflik yg tak terlalu serius... ohhhh.... and Syed Iskandar Dzulkarnain sgt sweet okey? mulut manis macam gula2... walaupun mula2 mmg aku menyampah okey kat dia???

* Ahahhhhh..... saya sgt suka bila Zarul Affendi muncul!!! Seriusly... rasa hepi jer bila baca watak zarul dengan perangai nakal dia... dengan mulut becok dia yang suka sgt gaduh dengan Is... Mmg terbaik ah watak Zarul ni... bila baca part dia ja mesti gelak tak berhenti... haha... perangai gila2 dia tu mmg terbaikkkk.... tak padan dengan umur 6 tahun... haha... Congrats Kak Arin sebab berjaya hidupkan watak Zarul Affendi aka Malfoy cekeding... kikiki... 

"Saya nk order set kerepek ubi pedas satu, susu cawan besar, ermmm... lagi... ah, satu lagi. Burger Mctempe. Makan di sini." - Zarul 

hahahaha.... koramg rasa ayat atas tu dia cakap kat mana? Yang dah baca mesti tau kah? hahaha... yupss... Mcd... kah3.... lawak betul budak kecik ni... ada ke p mcd mintak benda tu? and yg penting.... burger mctempe... hahaha... kalau anak sedara aku buat macam ni kat aku mmg serius aku nyorok dalam toilet terus... haha... malu woah,,,,

"Demimu  sayang, lautan budu dan cencaluk sanggup kuredah... bukit bintang sanggup kudaki... honey star sanggup kupetik untukmu sayang." - Zarul

masih ayat zarul... and masih di mcd... ayat ni zarul cakap kat Nur kalau tak salah... haha.... sengal betul budak kecik ni... ayat mmg tak boleh blah... dia guna kamu mana pun aku tak tau.. kah3.. yg penting... bila besar mesti mulut manis punya ni... hihi... ohhh kalau nk baca kisah ayah n mak zarul boleh baca e-novel blue vs pink kalau tak salah kat blog kak arin hehe... #salah ampunkankan saya... bnyak sgt tajuk novel... =.='#

* Bila Syed Iskandar mula jatuh cinta ke Nur... dia mula la jual ayat manis tahap diabetis dia... and... everything jadi sweet okey?? hihi.. dasar budak kasa... haha...

"You are under arrest."

"For stealing my heart."

hahahaha..... aku dah la dari dulu suka ayat ni.... :P #suka berangan nnt pemilik tulang rusuk kata macam ni kat kite.... kah3#
Ayat Is untuk Nur masa mula2 sekali dia nak cakap ke Nur dia dah jatuh cinta kat Nur... ^_~

* Kemunculan kakak Is pun meriuhkan gelak ketawa aku jugak... nmpak macam rapat sgt diorang dua... boleh gurau senda macam tu... nampak happening la diorang dua beradik... dengan usik mengusik yang macam memeriahkan lagi aku rasa.... Ada ja la yang nak diusik oleh Kak Id tu... :)



*Ahah,.... sape tau motif kiter letak pic kat atas tu? Yeahhhh.... so trueee.... sebabbbb.... semuanya bermula di sini! di France! taman lavender France.... #saya boleh bayangkan kecantikkan kawasan itu yer... tetiba terjeles dekat Nur.... hahahah.... but serius... sgt romantik + sweet + melting and everything la... <3 aci tak nak mintak pemilik tulang rusuk bawak saya g sini jugak??hahahah.... :P #berangan lagikkkk!!! T_T# Is siap nyayi lagi untuk Nur okey bawah pokok tu.... kau ada?? huhu... Untung gila kot Nur... ish3... haha...  #otak mereng jap#

"Ka'ien nak lepakan perempuan tu." - Syed Iskandar

"perempan mana yg kau maksudkan ni, Ka'ien?" - Kak Id

"Nuralia Imani binti Mohd Luqman." - Syed Iskandar

*Hermmmmm..... time ni eh? time ni aku rasa nak kerat Syed Iskandar dalam longkang! hoho... geram woahhh.... percaya cakap orang lain lebih dari isteri sendiri... suka2 hati buat keputusan n bercakap tak guna otak... bukan nak p siasat or tanya Nur sendiri dulu kan tentang fitnah tu... ish3... bertindak terburu-buru..... Cian Nur... dah la time tu tgh pregnant... Is pulak boleh siap tuduh kata entah2 anak dalam perut Nur tu bukan anak dia lagi... serius rasa macam nak wachaaaa je mamat ni.... :(

Kalau korang nak tau kesudahan kisah Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami dengan Nuralia Imani.... belilah novel ni okey? tak rugi pun kalau korang beli.... berbaloi je dengan duit yang korang keluarkan tu.... Trust me ok? Lagipun... banyak lagi benda2 sweet yang Is buat ke Nur.... yang aku tulis kat atas tu serba sedikit jer... Jadi ke diorang cerai?Semuanya mmg akan terjawab dalam novel ni... So apa lagi?? pada yang belum baca and dapatkan QNI ni bolehla terjah bookstore or laman web KN okey sayang2 sekalian? 

p/s : dah lama dah buat review... ayat pun dah macam apa dah.... T_T Ampunkan saya untuk ayat2 yang salah or kasar dalam en3 ni.... ilmu buat review dah tumpul... sobs2.... ini pun main bedal tulis jer... just ikut firasat hati saya... peace~~~















No comments:

Post a Comment