Followers

Monday, January 23, 2012

Cinta Buat Emelda...

Okey fine aku tau sebelOm ni aku da cakap blOg tak kan berupdate sampai hari rabu... But serius tangan aku gian nak menulis bila aku baru dapat tau satu maklumat menarik ni... hek3... LagipOn aku ingat abg aku nak pinjam laptOp aku buat kerja dia memandangkan laptOp dia tengah diupdate.. :))
Okey berbalik kepada tajuk en3 aku Cinta buat Emelda... Apa yang kOrang fikir dengan tajOk ni?


KOrang rasa apa kaitan tajOk cinta buat emelda uh dengan nOvel ni? Ahah! binggO! Cinta buat emelda ni adalah drama yang diadaptasi dari nOvel ni... Drama terbaru MiG prOductiOn... Sapa tak pernah baca nOvel ni sila p terjun banggunan! Oke.. tipu ja... Sapa tak pernah baca nOvel ni aku syOrkan bacalah.. pinjam ka beli ka whateer la.. janji baca! tak rugi pada aku.. Sebab aku suka jalan cerita dia... :)) Okey berbalik kepada drama cinta buat emelda ni... kalau tak salah aku, drama ni akan disiarkan pada bulan 2 melalui slOt akasia... Diarahkan Oleh Ismail bOb hashim... *kalau salah maaf! jgn marah aku, aku hnya tulis apabila aku dapat sumber.. hehe

Meyh aku nak cerita sikit sai nOvel kasih antara kita ni... ataupOn cinta buat emelda.. tapi aku tak tau kot2 dalam drama2 depa ada tukaq sikit2 kan... tapi aku dengan harapan dia tak tukaq la jalan cerita~

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. 

Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

“Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.”

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! 

“Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.”

Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?”

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”

Oke, tu adalah sinOpsisnya... Sekarang adalah masa yang dinantikan... bagi memperkenalkan watak2 penting dalam drama ni... bagi kOrang yang dah tau just duduk diam! tak mau baca just tekan buttOn pangkah kat bahagian atas belah kanan uh... Aku kan mmg lambat kalau bab2 ni.. Tapi tak salah pOn aku rasa kalau nak share kan... Sharing is caring maaa..... mana tau ada lagi org yang tak tau tentang berita ni.. ;))


Almy nadia akan memegang watak sebagai Emelda/Emira

FizOw Omar sebagai Dr.Aril fatah

Mia Sara sebagai Dania... Ahah! dalam nOvel Dania ada kembar nama Atiea... tapi dalam filem dia tak der kembar... :(

Amran Ismail sebagai Emeriz adik kepada Emelda
yang ni ja maklumat yang aku tau... Untuk selebihnya nantikan lah drama ni next mOnth.. tak sabar aku nak tengOk cerita ni sengalll.... tak pernah aku xcited yang tengOk drama Or filem yang diadaptasi dari nOvel... (selain dari nOra elena) Nora Elena uh satunya drama yang aku ikOt yang diadaptasi dari nOevl sebab seth sgt la sweettttt... Pengsan kejap! Macam yang aku cakap dalam en3 sebelOm ni takOt fill aku bayang muka herO n herOin hilang... Erkkk... Tapi aku rasa fizO ngan almy nadia macam Okey ja... hehehe... Tapi lain orang lain pendapat... pada aku dah Okey depa dua ni.. Menepati kriteria aku... haha... :P So dengan rela hati aku akan tengOk nnt... Sekian~



No comments:

Post a Comment